Bab 2

607 22 0
                                    

      Tiada lagi bayang arwah diluar tingkap bilik aku. Aku bangun dari katil lalu menuju ke tingkap untuk menutup tingkap dan langsir.
"Mamat cepatlah,nanti lambat nak punch card!"
"Ye.. Kejap aku nak pakai stokin."
Aku menunggu Mamat dikoridor luar. Aku perhatikan rumah makcik Senah dari jauh. Kenapa tak ada saudara maranya yang datang ke rumahnya? Semenjak berjiran aku tak pernah nampak anak arwah. Orang kat sini kata dia ada seorang anak perempuan. Lagipun baru setahun aku kenal arwah.
Arwah tak pernah pula cerita pasal anaknya.Memandangkan sekarang musim hujan terpaksalah aku memandu  kereta ke tempat kerja. Setibanya aku ditempat kerja aku cuba cari pengesahan mengenai kematian makcik Senah. Dari laporan arwah mati akibat dipukul dengan benda tumpul.
Aku tutup kembali file arwah.Sebab apa arwah dibunuh? Barang-barang berharga masih ada bersamanya ketika arwah dijumpai mati.Aku bekerja seperti biasa pada hari itu. Klungg!! Chat dari Mawar.
Mawar : Assalamualaikum.. awak sibuk ke?
Aku : Taklah, tengah lunch hour ni. Awak Dah makan ke?
Mawar : Belum lagi. Tak lapar.
Aku : Oh.. kalau macam tu malam ni saya belanja makan nak tak?
Mawar : Tak boleh lah awak. Saya Ada hal. Lain kali ye.
Susah betul aku nak jumpa Si Mawar ni.Tak apalah, lepas ni aku nekad nak pergi cari dia. Badan aku lesu sangat bila pulang dari kerja. Rasa macam nak demam. Aku telan panadol dan terus berselubung didalam bilik. Mamat pula singgah kedai makan dibawah. Ting! Ting! Kedengaran bunyi sudu..
      Jelas bunyi paip sinki dibuka Dan bunyi seperti seseorang sedang mengacau air dalam cawan.Aku masih di dalam selimut.Kting!Kting!Makin laju bunyi cawan digodek.
"Hello! Mat! kau kat mana? Balik Cepat.. ada orang lain Kat dapur."
"Ala kau ni.. kejap-kejap aku tengah naik ni. "
Aku dah berpeluh dalam selimut yang tebal ni.
"Usop.. buka pintu ni. "
"Kau tak bawa kunci ke?! "
"Bukalah"
Aku bangun dari katil... Pintu bilik ku buka perlahan. Aku dapat lihat satu susuk tubuh manusia dari belakang duduk di kerusi makan. berbaju kurung berselendang putih. Hatiku terdetik 'Mawar Hitam?'. Aku tidak terus menegurnya. Ku lihat wajahnya dari tepi. Hidungnya mancung, bibir mugil miliknya menawan hati aku. Siapa saja yang melihat kau akan terpikat. Aku bagai dipukau dengan perasaan aku sendiri. Toktoktok!! Usop! Buka pintu ni!" Makin kuat suara Mamat memanggil aku. Aku sungguh tertarik melihat keayuan wajah Mawar sehinggalah senyumannya mengeluarkan darah ditepi bibir. Tangannya seakan-akan menggodak sesuatu. Bila aku perhatikan dia sedang menikam tangannya sendiri.
"Usop! Bangun! "
Pokpokpok! Pipi aku yang ditumbuhi jambang ditampar Mamat.
"Sakitlah! Eh?  Kenapa ramai kat sini?"
"Kau pengsan kat pintu bilik nasib baik aku boleh umpil cermin tingkap ni bila dengar bunyi benda jatuh.Ni,abg Nasir tolong tendang pintu.Kau ni kenapa? "
"Aku nampak Mawar duduk kat situ berdarah tangan dan mulut dia. "
"Angau kau ni dah teruk."
"Memang ada.. kat situ.Cuba kau tengok."
Mamat memeriksa...
      Aku rasa tak sedap hati apabila Mamat memegang sehelai kain putih di kerusi makan. Aku masih terbayangkan wajah gadis yang aku puja sebelum ini.
"Usop.. aku jumpa ni.Aku rasa kau tahu."
"Aku bermimpi ke ni?Aku nampak dia kat situ."
"Aku rasa lebih baik kau selidik siapa perempuan yang kau chat tu. Zaman sekarang macam-macam boleh jadi."
"Ni semua kerja gila! "
"Relaks lah Usop.Kau kena tenang. Selidik dulu."
Malam tu aku mematikan telefon kerana tidak mahu diganggu oleh sesiapa terutamanya Mawar Hitam. Aku  asyik teringat lembaga menyerupai Mawar. Lalu aku menghidupkan semula telefon. Klungg! Hatiku berdebar-debar untuk membaca chat yang entah dari siapa.
1 notifikasi dari Mawar Hitam:

Mawar : Awak.. saya tunggu awak

Aku terus mematikan telefon. Aku tidur dibilik Mamat kerana terlalu takut.
Tidur malam ku makin gelisah apabila aku dihimpit dengan sesuatu yang berambut panjang serta berbau busuk. Aku pejamkan mata sekuat-kuatnya bila mukaku disentuh. Hanya hembusan nafas berbau busuk yang aku terpaksa hidu. Semakin kuat aku dihimpit.Aku cuba mencapai Mamat yang berada disebelah. Puas aku kuis Tangannya tapi dia tidak terjaga lalu aku sepak kakinya sedikit. "Allahuakhbar!!! "
Jeritan Mamat membuatkan aku buka mata. Lembaga berambut panjang berada disebelahku. Aku bingkas bangun keluar dari bilik. Mamat mengikutku dari belakang. Kami duduk diruang tamu memandangkan lembaga tadi masih berada di dalam bilik. "Jangan ganggu kami!! Pergi kau dari sini!" aku menempik kuat.
    Zommmm!! Dia memandang aku tepat pada mata apabila dia datang secara tiba-tiba. Aku terduduk di lantai kerana terkejut. Kemudian lembaga menyeramkan itu hilang melanggar dinding. Tergamam dengan apa yang kami alami kami ambil keputusan untuk menumpang rumah rakan tidak jauh dari rumah. Ketika keluar dari rumah kami dapati rumah makcik Senah terang benderang. Kami membuka langkah seribu bila ditegur seseorang yang amat kami kenal suaranya. Setibanya dirumah    Kamal kami tidak berkata apa-apa.Kamal tahu semua cerita yang kami alami setelah Mamat membuka mulut. Kamal meminta aku menunjukkan gambar Mawar Hitam.

"Allah! Macamana kau kenal dia ni? "
"Aku kenal Kat alam maya. Aku tak pernah jumpa pun.Kenapa Mal?Kau kenal ke dia ni?"
"Macam ni lah Usop. Budak ni dah lama mati. Kes bunuh juga macam makcik Senah."
Tiba-tiba aku rasa nak muntah. Perut aku menggelodak. Siapa yang aku chat selama ni!? Atau hanya aku yang berangan? Mamat menepuk bahu aku sambil berkata "aku dah cakap". Kepala lutut aku menggigil,rupanya Mawar Hitam yang aku idamkan sudah lama tidak wujud. Uwekkkkkkk!!! Makanan petang tadi keluar dari tekak aku.
      Badan aku menjadi lesu dan lemah. Aku baring di sofa dengan tuala basah menutup mata. Terasa sejuk bila kena angin kipas. Aku cuba untuk tidur kerana keletihan.
"Adoi! Sakitlah.Urut perlahan bro."
Terasa pedih dan panas pada kaki.
"Woi!  Kau Cakap dengan siapa tu Usop?"
Aku terus buka tuala dimuka.
"Siapa urut kaki aku tadi? Tak potong kuku ke sampai berdarah kaki aku."
"Hahaha! Siapa pula yang teringin nak urut kau. Aku kat luar dengan Kamal ni. "
Jerit Mamat. Aku tutup kembali mukaku dengan tuala.
"Usop kenapa kaki kau berdarah ni?"
"Aku.. aku rasa dia ada kat sini."
"Benda tu ke?"
"Yelah.. "
Kenapa dia ikut aku? Aku tak pernah ganggu atau jumpa dia.. bukan aku yang menyebabkan kematian dia. Kami tidur beramai-ramai pada malam itu dan malam-malam berikutnya. Gangguan lembaga Mawar tidak lagi menjelma. Pada hari ketiga kelibat Mawar kelihatan mundar mandir diluar rumah berselang 2 rumah dari rumah Kamal. Aku perhatikan dengan penuh minat. Kenapa dia kesana?
"Pergiiiiiiiii! Jangan ganggu aku!! "
Aku terkejut mendengar jeritan lelaki yang agak garau. Panggghhh!!! Bunyi pintu dihempas..Siapa lelaki tu? Apa hubungan dengan Mawar?
      "Pergi!! Aku tak salah! Kau yang datang! Aku tak salah!! "
Beberapa kali ayat yang sama diulangi lelaki tersebut. Ini membuatkan aku memberontak ingin tahu. Pangg!! Pintu dihempas lagi.Ramai penduduk sekitar mula keluar dari rumah untuk menjengah. Mungkin lelaki itu kenal Mawar.. aku cuba membuat andaian. Klungg! Notifikasi dari Mawar Hitam yang semakin menakutkan aku.

Mawar : Cari pembunuh saya!

Bummmm! Aku terjelepok ke lantai ketika membaca chat dari Mawar. Betul lah kata  Kamal, dia mati dibunuh. Kematiannya 3 bulan sebelum makcik Senah dibunuh. Bagai dalam alam misteri bila dia boleh chat aku.
"Mamat.. kau baca ni. "
"Dahsyat hantu sekarang boleh main handphone!"
"Haa tu yang buat aku pelik. Dia minta aku cari pembunuh dia. Macamana aku nak Cari? Tapi, aku nampak kelibat Mawar Kat rumah sana tu."
"Yelah. Aku dengar suara jantan terpekik terlolong tu kenapa?Kita tengok nak? "
Kami mengintai dari luar tingkap kelihatan lelaki bertubuh besar sedang mengibas ke kiri dan ke kanan seolah-olah sedang berlawan dengan sesuatu. Kemudian kami nampak satu lembaga terbang keluar menuju ke angkasa. Lelaki yang bertubuh besar tadi duduk di penjuru rumah yang bersepah-sepah dengan keadaan menggigil. Aku dan Mamat pulang ke rumah pada malam itu juga. Usai solat isyak kami pergi ke rumah makcik Senah kerana ada bunyi bising disitu. Pintu rumahnya terbuka dan lampu dapur bernyala. Kedengaran bunyi sudu berlaga dengan cawan. Sepantas kilat aku berlari meninggalkan Mamat disitu.

JODOH PUAKA Where stories live. Discover now