Bab 4

604 24 3
                                    

Mamat menganggukkan kepala tanda faham. Keesokan harinya aku pergi ke Balai polis untuk membuat keterangan. Pihak polis juga ada menjalankan siasatan kepada Fairuz sebelum ini tetapi tiada bukti. Aku memberi rakaman audio kepada pihak berkuasa. Pihak polis juga terkejut mendengar hilai tawa dalam rakaman tersebut. Keesokan harinya Fairuz ditahan untuk membantu siasatan dan mungkin akan disabitkan kesalahan membunuh. Dia membunuh makcik Senah ditempat yang sama Mawar dibunuh.Mayatnya dicampakkan ke dalam longgokan sampah dengan muka tersiat dan tangan berikat. Malam berikutnya aku didatangi lembaga menyerupai makcik Senah. Dia berdiri diluar tingkap bilik aku. Bau hanyir darah menerpa masuk. Ketika itu aku sedang menggosok baju kerja. Aku perhatikan sahaja bayang lembaga tersebut.Rendah sahaja memandang tingkap aku. Benda itu menekup mukanya ke cermin tingkap maka melekatlah kulit mukanya disitu. Aku bagai dipukau apabila terdiam sahaja melihatnya. Tik! tik! tik! Cermin tingkap diketuk dengan jarinya. Aku tidak tunggu lebih lama lagi. Aku terus bangun keluar dari bilik. Ketika itu Mamat sedang makan malam sambil menonton tv.
"Elok kau keluar bilik. Tu berita pasal Fairuz. Dia dah mengaku bersalah."
Aku lihat Fairuz tenang sahaja dan aku perasan seseorang turut  berada disitu. Mawar! Dia hanya berdiri kaku berselendang putih.
"Mamat, lembaga makcik Senah Kat luar tingkap aku. Kau tengoklah."
Mamat mengintai dari luar bilik.
"Kau biarkan je.. nanti hilanglah dia."
Klungg!!

Mawar : Terima kasih.

Aku langsung tidak membalas chat Mawar dari hari tu lagi. Aku tak block sebab aku sendiri nak tahu kenapa dia pilih aku. Selesai kes pembunuhan makcik Senah. Fairuz akan menerima hukuman yang setimpal. Aku terfikir lenyapkah dendam Si Mawar Hitam? Aku perhatikan rumah makcik Senah. Ramai penduduk bercerita mengenai rumahnya yang berhantu. Mereka nampak lembaga Makcik Senah jalan terus menembusi pintu rumah dan kedengaran bunyi orang sedang menyanyi dan mengilai. Arwah memang suka menyanyi. Mawar? Kali terakhir aku ternampak kelibatnya Di rumah Fairuz. Malam berikutnya aku dapat laluinya dengan tenang. Aku lelapkan mata dengan lenanya. Apabila sepertiga malam aku rasa ada sesuatu bersamaku.
"Usopppp.Terima kasihhh... "
Sayup dan terus hilang.
Hari-hari yang aku lalui selepas itu macam biasa. Bosan tanpa teman wanita. Kadang-kadang aku baca semula chat aku dengan Mawar Hitam. Aku lihat gambar-gambarnya yang ayu dan manis. Pulang dari kerja aku singgah di taman sekitar pangsapuri untuk merehatkan minda. Disebalik keindahan alam sekitar ada sesuatu dibalik pokok besar yang sedang asyik memerhatikan aku.
Ya Allah! Mawar ke tu? Aku cepat-cepat bangun dari kerusi batu dan terus pulang ke rumah. Aku rasa pelik dengan semua ni. Macamana pula hantu boleh berchatting dengan aku? Mawar Dah mati 3 bulan lepas. Aku menonton tv dengan fikiran yang melayang entah kemana. Tok! Tok!Tok! Siapa pula yang datang senja-senja macam ni.
"Siapa?! "
Senyap je dari luar. Aku nak intai dari tingkap rasa takut pula kalau hantu yang menjengah.
"Assalamualaikum. "
Suara perempuan! Aku terus menutup mulut. Siapa tu?
"Assalamualaikum Usop."
"Waalaikumusalam...sssiiapa tu?? "
Dia tak menjawab.
Toktoktok!
Aku berdiri tegak dibelakang pintu. Aku lihat dicelah bawah ada bayang-bayang disebalik pintu kayu rumahku.
"Assalamualaikum.. Usop, bukalah pintu ni.Saya tahu awak ada kat dalam.Bukalah Usop. "
"Kau dah mati!  Kenapa datang cari aku? "
"Tak! Buka dulu saya terangkan. "
Aku buka pintu perlahan-lahan.
Ya! Mawar! Anggun berselendang putih.. berbaju kurung merah jambu. Kakinya jejak ke bumi. Siapa dia ni? Aku mengerutkan muka.
"Awak ni siapa?Mawarkan?Nak apa lagi?
"Sabar.. saya bukan Mawar tapi adik kembarnya."
"Kembar? "
"Ya.. Sebenarnya saya yang chat dengan Usop selama ni. Saya dah lama tengok gerak geri awak. Saya tahu awak akan tolong. Terima kasih banyak atas segala bantuan awak. Saya cuma datang nak ucapkan terima kasih. Saya tak akan ganggu awak lagi."
Aku cuma melihatnya pergi berlalu dengan lemah lembut.. kemudian keluar kelibat kembarnya Mawar dari hadapannya dan mereka berpegangan tangan. Aku hanya lihat mereka berlalu pergi sehinggalah sampai ditangga Mawar menoleh 360 darjah kepadaku sambil tersenyum. Ohh Jodoh puaka ku.
Tamat.

JODOH PUAKA Where stories live. Discover now