Bab 3

538 23 0
                                    

"Usoppppp!"
"Lari Mat! Hantu Mawar dalam tu! "
Bambambam!Hentakan larian Mamat kedengaran. Kami berdiri dimuka pintu sambil melihat rumah arwah makcik Senah dari jauh. Apa hubungan arwah Makcik Senah dengan Mawar? Siapa yang chat aku selama ni? Aku mengeluarkan handphone dari poket.. aku buka kembali chat-chat kami sebelum ni. Ya!Dia selalu mengelak untuk berjumpa denganku. Aku lihat kembali gambar-gambar arwah Mawar. Ada gambar perempuan lain bersamanya. Kelihatan sungguh mesra dan rapat. Aku perhatikan gambar -gambar lain. Mataku tertumpu pada seorang lelaki yang aku pernah nampak. Lama aku amati dan aku perasan dia lelaki berbadan besar yang berjiran dengan Kamal. Siapa pula dia? Aku mula rasa bersemangat untuk selidik punca kematian Mawar. Klungg!! Bunyi notifikasi memeranjatkan aku.Mawar? Berdebar-debar aku menekan punat 'chat'.

Mawar : Tolong saya!

Gulpp!! Air liur yang aku telan seakan-akan aku menelan bilah pisau. Aku mematikan telefon dan berbaring di atas tilam.Walaupun mataku terpejam namun akal fikiranku asyik memikirkan soal Mawar. Aku akan cuba selesaikan semua ini kerana aku tak nak diganggu lagi. Wajah Mawar bermain difikiran aku. Tiktiktiktik!! Tingkap aku diketuk.
      Bayang-bayang seseorang diluar tingkap bilik aku. "Apa kau nak?! " aku menegur. Bayang tersebut berpusing menunjukkan arah rumah makcik Senah. Aku mengajak Mamat untuk kesana. Setibanya dirumah arwah Makcik Senah terdapat kelibat seseorang didalam rumahnya. Dari susuk badannya seperti lelaki berbadan besar yang diganggu Mawar. Kami perhatikan dari luar sahaja.Lelaki tersebut seperti sedang mencari sesuatu.Keadaannya gelisah dan kusut. "Arghhhhhhhhh! "
Panggghhh!! Kedengaran bunyi sesuatu terjatuh. Aku dan Mamat mengintai di sebalik tembok apabila lelaki tersebut berlalu pergi. Pintu rumah arwah makcik Senah berkunci. Maknanya lelaki tersebut ada kunci rumah arwah. Kami ekorinya sehingga disatu peti surat. Dia meletakkan sesuatu. Peti surat milik Makcik Senah!!  Apa yang dia sembunyikan? Kami ekorinya lagi dan destinasi terakhirnya di rumahnya sendiri. Aku ternampak Mawar berselendang putih berdiri ditepi pintu rumah apabila pintu ditutup. Dia memandang aku dengan penuh harapan. Siapa yang tergamak bunuh kau? Kami yang sedang melangkah balik berpaling kembali apabila mendengar Mawar mengilai dan kemudiannya meratap. Hihihihiiiiii!!!
      Aku cuba mengumpil peti surat milik Makcik Senah tapi tak dapat. Aku balik ke rumah dan berehat sahaja untuk malam itu.Suara hilaian Mawar kedengaran sehingga di rumah aku. Aku menutup telinga dengan bantal. Selepas habis waktu kerja keesokan harinya aku cuba untuk menemui lelaki besar tersebut.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumusalam"
Lelaki tersebut buka pintu dengan muka sembab dan tak terurus.
"Maaf bang mengganggu. Saya ada benda nak tanya abang. Boleh? "
"Kau nak tanya apa? "
"Pasal budak perempuan bernama Mawar. "
Dia terperanjat apabila nama Mawar yang keluar dari peti suara aku.
"Kenapa dengan Mawar? "
"Saya rasa abang kenal dia. Siapa yang bunuh dia?"
"Pergi!! Jangan semakkan kepala aku! Bukan aku yang bunuh dia!"
"Abis tu siapa? "
"Aku bagitahu kau. Lepas tu kau kena tolong aku. Aku tak sanggup kena ganggu dengan hantu Mawar! "
"Siapa?"
"Makcik Senah! "
"Haa? Dia dah mati."
"Aku tahu.. Ada sesuatu yang dia ambil.Aku tak tahu apa yang dia ambil dari Mawar.. Kau tolong aku! "
"Apa yang disorokkan dalam peti surat? Saya nampak."
"Kau ambil kunci ni. Kau tengok sendiri."
Aku memegang kunci bertangkaikan Mawar Hitam dengan jantung berdegup laju.
Klikklikk! Peti surat dibuka. Terdapat satu bungkusan kecil yang dibungkus dengan surat khabar. Aku buka dengan berhati-hati. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati cincin berbatu intan bersama dengan jari manis yang telah mereput. Adakah ianya milik Mawar? Aku pergi semula ke rumah lelaki tadi dengan membawa bungkusan jari.
"Jari siapa ni bang?"
"Jari Mawar.. aku jumpa dalam rumah makcik Senah."
"Apa hubungan abang dengan arwah berdua?"
"Sebenarnya aku.. aku.. "
Bayangan Mawar kembali ke rumahnya.Dia berdiri ditepi tembok rumah dengan tangisan hiba...
Lama kelamaan bayangannya hilang dibawa angin.
"Siapa abang yang sebenarnya? "
"Aku tunang Mawar. "
"Siapa yang bunuh Mawar?"
Dia hanya mendiamkan diri sambil memegang bungkusan jari manis Mawar.
"Bukan aku yang bunuh Mawar. Aku sayang dia, aku cintakan dia."
"Habis tu siapa yang bunuh? Saya tengok abang yang tak tentu arah. "
"Mak tiri aku yang bunuh. Dia yang rancang semuanya."
Pada ketika itu aku telah menekan punat record di handphone.
"Siapa? "
"Makcik Senah!"
"Apa?"
Ketika itu aku bagai di awang-awangan.Sanggup dia membunuh Mawar. Dari cerita lelaki yang dikenali sebagai Fairuz,ibu tirinya tidak sukakan Mawar yang dikatakan mahu merampas harta tinggalan arwah suaminya iaitu bapa Fairuz. Rupa-rupanya makcik Senah mengalami tekanan perasaan dari usia muda tetapi tiada siapa yang tahu kerana arwah kelihatan normal pada luaran. Dia sanggup membunuh Mawar yang dikatakan telah merampas kebahagiaannya bersama anak-anak. Fairuz menceritakan bagaimana Mawar dibunuh... Aku mendengar dengan penuh minat sambil ekor mataku menjelma kelibat Mawar berselendang putih memerhatikan aku dengan wajah sayu dan merintih. Fairuz duduk dihadapan aku dengan menggenggam erat bungkusan jari Mawar yang mereput. Kelibat Mawar Makin dekat dengan tingkap yang dibuka Fairuz. Fairuz duduk membelakangkan tingkap. Muka Mawar yang tersiat mengeluarkan darah pekat dan meleleh ke selendang. Aku tergamam apabila dia berdiri betul-betul ditingkap belakang Fairuz memerhatikan kami. Bau busuk menusuk ke lubang hidung. Fairuz menoleh kebelakang.
"Maafkan abang... abang dah balas dendam untuk Mawar. Abang sayangkan Mawar. Tunggu abang ye sayang." Fairuz bangun untuk mengikut Mawar.
"Bang!! Bawa mengucap.. Ingat Allah. Dia bukan Mawar. Tu syaitan bang! "
Fairuz berdiri kaku lalu menangis.
"Siapa yang bunuh Makcik Senah? Abang tahu tak? "
Fairuz tak bersuara...
"Siapa?Kita boleh selesaikan hal ni cepat. Saya tak nak diganggu lagi."
"Aku yang bunuh."
"Ya Allah! Sampai hati abang bunuh mak tiri abang sendiri."
"Dia punca Mawar mati. Aku benci dia! Dia siat muka Mawar, aku siat muka dia. Biar dia rasa apa Mawar rasa!"
"Hahahahahaha!!"
Tawa Fairuz menyeramkan aku. Aku rasa aku patut beredar apabila dia seperti kerasukan. Aku keluar dari rumahnya dengan secepat yang boleh. Dalam perjalanan balik aku ditemani bayangan Mawar.Setiap kali aku bertembung dengan orang pasti mereka akan menunjukkan sesuatu dibelakangku. Aku pasti dia bersama ku.
Aku berjalan dengan laju kadang-kadang aku seperti berlari anak. Apabila sampai dirumah Mamat sedang menunggu aku di ruang tamu.
"Kau pergi mana? Aku dah tahu siapa yang bunuh Makcik Senah."
"Aku dah tahu. Aku sendiri pergi berjumpa dengan pembunuhnya."
Aku memainkan rakaman audio yang aku ambil tadi.
"Aku yang bunuh! #$"@'!!"?*/.Hihihihihi!"
Mamat memandang aku.
"Kau rakam apa? Siapa yang ketawa besar tu? "
"Kau rasa? "

JODOH PUAKA Where stories live. Discover now