Chapter 1:kehilangan

179 9 2
                                    

"Mak!Khai nak pergi sekolah ni!"aku memeluk ibu ku.Aku lihat dia hanya tersenyum memandang aku.

"Hmm..hati-hati ye Khai.Jangan nakal-nakal."ibu mencuit hidungku.

"Khai tahu jaga diri Khai.Mak jangan risau.Khai kan dah besar"aku berkata manja.

Entah kenapa..aku dapat rasakan hari ni seperti hari terakhir aku bermanja dengan ibu bapaku.

Tak..

tak..

Apa ni Khai...

perasaan je tu...

"Khai anak papa!ish mana dia ni lama papa tunggu"ayah bercekak pinggang di tepi kereta miliknya.Aku dan ibu tertawa.

"Ok ibu.Khai pergi dulu"aku mencium kedua-dua belah pipi ibu.

"Babai"sambung ku sambil melambaikan tangan kearah ibu.Aku memasuki kereta milik ayah untuk berangkat ke sekolah.
.
.
.
.
.
Kereta milik ayah sudah pun sampai di hadapan pintu pagar sekolah ku.

"Dah sampai Khai..dengar nasihat ayah ni.Jaga diri.Belajar pandai-pandai..kalau mak dan ayah dah takde nanti..Khai jangan putus asa ye"ayah berkata lalu mengusap kepalaku.

"Ayah jangan lah cakap macam tu"aku tersentap mendengar kata-kata ayah.Aku tak mahu kehilangan mak dan ayah.Aku tak sanggup.

"Dah tu Khai.Loceng dah bunyi.Nanti tak pasal-pasal kena denda sebab datang lambat.Ayah pun nak pergi kerja ni"ayah memandang jam tangannya.Aku menuruti sahaja kata-kata ayah.Yelah kalau kena denda nanti naya aku.Aku membuka pintu kereta.

"Khai pegi dulu ayah"Aku sempat berkata sebelum keluar dari kereta.Aku hanya memerhatikan kereta ayah hingga ia hilang dari pandangan aku.

Kenapa ni?

Aku rasa tak sedap hati.

Tenang kan lah hati ku ini..

"Dik..loceng dah bunyi.Sila masuk ke kelas sekarang"satu suara mengembalikan aku dari lamunan panjang.Ternyata itu ialah pengawas bertugas.Dia mempamerkan wajah tegas.Tapi aku tak nafikan memang garang muka dia.

"Ba-baik"aku membalas lalu berjalan pantas menuju ke kelas untuk meletakkan beg yang masih aku sandang ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dalam kelas aku banyak termenung.Mak ayah..Khai harap mak ayah takpape.Aku menghela nafas.

"Khai"cikgu Jai menyebut namaku.Aku langsung tak menyedarinya malahan terus mengelamun.

"Woi khai!"Aira-rakan karib ku mengoncang perlahan bahu aku.Aku tersedar dari lamunan.

"Ke-kenapa?"aku perasan seisi kelas menumpukan perhatian pada aku.Dah kenapa pulak diaorang ni?.

"Khai pengetua nak jumpa awak kejab.Dekat pejabat"cikgu Jai mendekati aku.

Aku hanya mampu menurut.cikgu Jai membawa aku ke pejabat pengetua.Aku menelan air liur.Apa salah aku sampai aku kena jumpa pengetua?cikgu Jai mengetuk pintu pejabat milik pengetua.

"Masuk"suara yang sangat aku kenali menyambut.Siapa lagi kalau bukan pengetua.Dah nama pun pejabat dia.
Aku membuka sepatu ku lantas mengikuti langkah cikgu Jai dari belakang.

Aku harap takde khabar buruk.

Pengetua menatap tetap ke mata aku.Pandangan tajam itu semakin menambahkan debaran aku.

Aku dengar dengan jelas pengetua mengeluh.kenapa pengetua macam berat nak bagitahu sesuatu?

"Khai..."

Suara yang sangat simpati.

"Sebenarnya..."

Aku mengenggam tangan aku dengan kuat.

"Mak ayah awak..."

Tubuh aku mula mengigil.

"Kemalangan."

DEG!

Air mata jatuh dari tubir mataku.Aku mengeleng perlahan.

"Pengetua bergurau kan?"aku cuba lari dari kenyataan.

"Tak Khai.Saya turut bersimpati"balasan yang aku dapat memusnahkan harapan aku.

"Mak...a-ayah isk..ke-kenapa tinggalkan k-khai?"aku memegang kepala.Pengetua dan cikgu Jai cuba menenangkan aku.Namun suasana di sekitar aku menjadi senyap.Aku langsung tak mendengar kata-kata mereka.

Mak...

Dada aku sesak.Air mata aku biarkan terus mengalir dengan deras.

Ayah..

Pandangan aku berpinar-pinar.Aku rebah menyembam lantai.Mataku semakin tertutup dan akhirnya....

Gelap.

Menanti hujanWhere stories live. Discover now