chapter 5:kawan

74 10 2
                                    

Hari ni aku pergi ke sekolah macam biasa.Sebelum berangkat ke sekolah aku memandang pantulan diri aku di cermin.Aku menghela nafas berat.Muka aku kelihatan pucat.Hmm baik aku berangkat ke sekolah sekarang.Kalau tak lambat pulak nanti.

Krukkk

Ah!perut ni.Time ni jugak dia nak bunyi.Laparnya.Baru aku sedar aku tak makan apa-apa sejak semalam.Makanan takde pulak.Aku memandang jam di pergelangan tangan.7:12 pagi.

Alamak!

Tak sempat nak beli makanan ni.Hish!!Tahan jelah!.Tanpa mempedulikan perut yang berkeroncong aku terus memulakan perjalanan ke sekolah.

.

.

.

.

.

Sungguh..kau yang ku mahu

Berdoa semoga kau akan berubah

Mendampingi ku

Selalu

Lagu Warkah untuk mu bermain dalam telinga aku.Aku tak tahu kenapa aku minat sangat lagu ni.Mungkin kisah yang sama.

Penderitaan...

Kesedihan...

Perjalanan aku ke sekolah terasa sekejab.Aku memasuki perkarangan sekolah tanpa memandang orang sekeliling.Bahkan pengawas yang bertugas pun aku tak pandang langsung.

Buat apa nak pandang?bukan nya diaorang nak tegur aku...mengutuk ada lah.Aku dah biasa dengan semua tu..hahahaha aku ni macam orang jahat..padahal aku sama je macam diaorang.

Kenapa aku tak bela diri aku?Senang je jawapan aku..

No one care...

Kalau aku mati pun diaorang tak kisah.Sekadar angin lalu je agaknya.Sedangkan aku yang hidup ni pun tak dipeduli.

"Khai!"

Eh-suara tu kan..suara Kaitou?

Kaitou kelihatan dari jauh melambaikan tangannya sambil berlari mendekati aku.

Aku tak memberi respon.Marah tak...gembira pun tak.Gembira tu memang tak lah!.

Sampai je di hadapan aku,Kaitou menundukkan wajahnya.Aku mengerutkan dahi.Kenapa dia ni?

"Maaf"

Eh?

"Saya tahu..saya tak layak berkawan dengan awak.Maafkan saya.Saya berniat baik.Jujur saya cakap....saya betul-betul nak berkawan dengan awak."kaitou mengangkat wajahnya.

Apa?

"Sudi tak awak terima saya sebagai kawan?"

Aku terkedu.

Aku bermimpi ke?

Kenapa aku rasa sebak?

Cecair hangat mengalir di pipi mulusku.

Tapi ada perasaan lain kali ini.

Bukan penderitaan

"Khai awak okey?saya buatkan awak menangis ke?ma-maaf!!"Kaitou cemas melihat air mata aku mengalir deras.kaitou dapat mengagak khai akan memarahinya.Namun sesuatu di luar dugaan kaitou berlaku.

Khai....tersenyum?

Aku mengesat air mata dengan senyuman menghiasi wajah.Aku terharu.Walaupun aku dah memarahi dia.....dia tetap nak berkawan dengan aku.

Aku mengangguk perlahan.

"Saya terima awak sebagai kawan..Kaitou"panggilan aku terhadap kaitou turut berubah.Aku memanggilnya dengan gelaran 'saya' dan 'awak'.

"Be-betul ke ni?awak terima saya sebagai kawan?"kaitou bertanya dengan suara yang begitu gembira.Sekali lagi aku mengangguk.

"Jom lah kita masuk kelas.Lambat pulak nanti"

"Hehehe okey jom Khai-sama"Kaitou tabik hormat pada aku.Aku tertawa kecil.Kami berjalan bersama ke kelas.

Aku memandang langit dengan senyuman yang tak hilang dari bibir ini.

Mak ayah..

Tak semua orang jahat pada khai

Khai pasti boleh kuat

Walaupun mak ayah tiada di sisi Khai

Doakan Khai yaaa...

Menanti hujanWhere stories live. Discover now