Tiga tahun kemudian..
Kring!!!
Aku mencelikkan mata dengan berat hati.Rasa macam nak lelap balik je mata ni.Aduh...penatnye.Malas nak bangun.Tapi aku kena pergi sekolah.Aku melangkah ala-ala zombi ke arah bilik air.Sesekali aku terlanggar dinding.Huhuhu sakit ooo.Akhirnya aku selamat sampai ke bilik air.Aku pon malas nak citer apa aku buat.Dah masuk bilik air mesti lah aku mandi.Tak kan makan kot.
..
.
.
.
Aku menuruni tangga sambil memasang butang kemeja sekolah aku.Rambut yang pendek aku sisir mengunakan jari."Khai dah siap!"aku berlari ke arah meja makan dengan senyuman.Namun sampai saja di meja makan senyuman aku memudar.Aku menatap meja kosong dihadapan aku.
Apa aku merepek ni?
Mana ada orang lain dalam rumah ni.
Mak ayah kan dah tinggalkan aku.
Walaupun banyak harta yang mereka tinggal untuk aku..
Aku tetap sendirian.
Sunyi.
Tanpa mengisi perut aku terus berangkat ke sekolah.
..
.
.
.
Aku berjalan kaki menuju ke sekolah.Jarak rumah aku dengan sekolah tak jauh mana pun.Lagipun kalau aku nak boleh je aku naik motor sendiri.Kenapa tak percaya?umur aku dah 17 kot.Mesti lah dah pandai bawak motor.Nak bawak kereta pun boleh cuma belum cukup umur je.
Aku memandang jam di pergelangan tangan.7:14 pagi.Hahaha memang kena denda la aku.Lagi satu minit je.Aku selamba je jalan lambat.Kalau aku lari pon dah tak sempat.
Aku memasang earfon yang bersambung dengan MP3 di telinga.MP3 memainkan lagu "one call away".Aku terus berjalan hingga tanpa aku sedari kaki dah melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah."Ehem!"
Dengan langkah santai aku terus berlalu tanpa mengendahkan suara asing itu.Bukan sengaja.Dah aku tengah pasang earfon kat telinga.Tiba-tiba earfon aku ditarik perlahan.Aku menoleh.
"Awak datang lambat"mamat pengawas tu memandang aku sambil menunjukkan jam tangannya.Aku memutarkan mata.
"Hmm kau tulis jelah nama aku."aku pasrah.Malas nak bersoal jawab kat sini.Dia memandang aku.
1 saat
2 saat
3 saat
4 saat
5 saat
"Oi!"aku menegur.Tak selesa aku kena tenung je.Muka aku bukannya cun mana pun nak di tenung lama-lama.
"Saya lepaskan awak"wajah tegas yang menghiasi(?)pandangan aku tadi menghilang dan digantikan dengan senyuman manis.
"Eh?kau biar betul?"aku mengerutkan dahi.Di luar alam pengawas senang-senang nak lepaskan pelajar lambat macam aku ni.
"Ya saya lepaskan awak.Kali ni jelah."mamat pengawas tu memberikan jawapan kepada pertanyaan aku.Tanpa senyuman aku mengucapkan terima kasih serentak meminta diri untuk balik ke kelas.
"Op..op kejab"aku kembali menoleh mamat tadi.
"Nama awak siapa?saya Kaitou"si pemilik nama menghulurkan tangannya.Aku menyambut huluran itu.
YOU ARE READING
Menanti hujan
Short Storykisah seorang gadis yang sungguh tragik.Dia kehilangan kedua ibubapanya..rakan-rakan pula mulai menjauhinya..sikapnya yang ceria hilang sekelip mata.Masih adakah 'bahagia' untuk dirinya. "kenapa aku dijauhi semua orang?aku hanya mahu 'bahagia'."-k...