Iris mata aku yang berwarna biru laut memandang langit yang mulai mendung.Senyum tawar terukir di bibir mulus milik aku.Tanpa aku sedari Kaitou yang berada bersebelahan...betul-betul sebelah aku memandang hairan.
Kenapa dia senyum pandang langit tu?tapi seriosly comel dia senyum macam ni.jarang kot nak tengok dia senyum.
Aku memandang jam dinding.1:25 petang.Yess!!lagi lima minit waktu balik.Aku kembali merenung langit dari tingkap kelas.
Hujan..
Tunggu aku..
Kelas tak terlampau bising dan terlampau sunyi.Cikgu tak dapat masuk kelas hari ni.Ada hal maybe..whatever lah!yang penting cepat lah balik.Langit dah mendung tu.
Kaitou mengaru kepala yang tidak gatal.Nak tegur ke tak?tegur ke tak?tegur ke tak??ahh!tegur jelah.orang kata tak bertanya maka tak tahu kan?entah betul ke tak ayat aku.
"Ermm..Khai?"kaitou memanggil perlahan.Aku memandang ke arah dia.Spoil la!aku nak layan perasaan pun tak boleh.
"Hmm..asal?"aku menjawab dengan nada statik.Kaitou terdiam sebentar.
"Kenapa kau senyum tengok langit tu?"terlontar jugak soalan tu dari mulut Kaitou.
Aku terkejut.Alamak nampak sangat ke aku senyum tadi?malunyaaaa!!mesti dia ingat aku sewel ni.
"Uhm-saje?"pehh bagus jawapan aku kan?tak masuk akal langsung.Dah takde idea.Aku bagi jelah jawapan yang terlintas dalam kepala aku nih.
"O.....key"kaitou menjawab lambat.Aku menarik nafas lega.Nasib baik dia tak banyak tanya.Kalau tak free je kena baling kasut dengan aku.Cehhh!berani ke nak baling dia?
5
4
3
2
1...
"Kringgggg!!!!"
Loceng sekolah berbunyi nyaring...tapi buat aku bunyi dia kali ni merdu sangat-sangat.Thanks loceng..kalau boleh nak je aku peluk-peluk loceng tuh(?).
Aku memasukkan pencil box ke dalam beg.Terus aku bangun dan berjalan balik ke rumah dengan selamba.Pelajar yang lain turut mengemas barang-barang milik mereka untuk pulang.Kaitou mengikuti aku dari belakang.
Mula-mula aku tak kisah.Tapi makin lama aku rasa tak selesa.Aku berhenti melangkah dan berpusing menghadap Kaitou."Kau nak apa ikut aku?"okey mungkin bagi korang kata-kata aku kasar.Aku dah tapis tau ayat aku tu.Suara pun aku lembutkan.Kesian la jugak kat dia kan.
"Sebab saya nak kawan dengan awak"kaitou memberi jawapan yang membuatkan aku teringat kenangan hitam masa silam aku.Kemarahan menguasai hati.
Kawan..
"Saya kesian tengok awak seorang diri"
Tipu..
"Kalau awak ada masalah bagitahu lah saya.Saya boleh jadi kawan baik awak"
Semuanya tipu..
"Saya akan ja-"aku memotong kata-kata Kaitou.
"Kau ingat aku percaya apa yang kau cakap tu?"suara aku berubah dingin.Kaitou terdiam.
"Kawan?huh!semuanya tipu.Aku tahu semuanya penipuan.Kau bukan ikhlas nak kawan dengan aku.Kau sama je macam diaorang.Aku lagi sanggup sendirian daripada tertipu dengan janji dusta kau."aku membelakangi kaitou dan terus meninggalkan dia.Kaitou ingin mengejar namun hujan tiba-tiba turun dengan lebat.
"Hujan?baik aku berteduh dulu."kaitou membatalkan niatnya untuk mengejar Khai.
..
.
.
.
Aku menoleh ke belakang.Kaitou dah tak kejar aku.Aku menarik nafas lega.Hujan yang membasahi tubuh aku biarkan.Memang aku sengaja basahkan diri sendiri.Jalan yang aku lalui sekarang sangat sunyi.Mungkin kerana semua orang berteduh dari hujan.Lagipun jalan ni kerap banjir kalau hujan lebat.Langkah kaki terasa semakin lemah.
Aku terduduk di atas jalan.Senyuman terlukis di wajah.Tapi sebenarnya..Tu bukan senyuman kebahagian..
Ia sekadar..
Senyuman penuh keperitan.
Aku memegang dada yang mulai sesak.Baju kemeja yang dipakai aku gengam kuat.Senyuman bertukar menjadi tangisan.Aku merintih dalam hujan.
Sakitnya..
Kenapa aku kena hadapi semua ni..
Aku cuba jadi kuat..
Mereka herdik aku..
Mereka hina aku..
Mereka jauhi aku..
Tapi aku diamkan..
Mak..ayah..
Khai tak kuat..
Hujan..
Dengarlah rintihan hati ini..
Maafkan aku..
Aku dah cukup lama bertahan..
Tangisan semakin kuat.Aku tak boleh tahan tangisan ni.Sungguh lemah keadaan aku sekarang.Biarlah aku demam sebab bermandi hujan.Kalau sakit teruk pun tak pe.
Because no one cares..
sedar siapalah aku untuk mengecapi bahagia.
Aku terus menangis tanpa melanjutkan perjalanan pulang ke rumah.Hujan turun lebat....selebat air mata aku.Lepaskan semuanya khai.
I cry not because i am weak
It because i have being strong for a long time..TBC
Maaf lah kalau citer ni pelik🙏💦kalau readers nak kenapa Khai senyum tengok hujan sebab dia melepaskan perasaan dalam hujan.Merintih.Menangis.Itu cara dia lah.Macam yang dia cakap.
No one cares.
Tunggu sambungan citer ni bila author ada idea nanti.
Tata...
YOU ARE READING
Menanti hujan
Short Storykisah seorang gadis yang sungguh tragik.Dia kehilangan kedua ibubapanya..rakan-rakan pula mulai menjauhinya..sikapnya yang ceria hilang sekelip mata.Masih adakah 'bahagia' untuk dirinya. "kenapa aku dijauhi semua orang?aku hanya mahu 'bahagia'."-k...