Lelaki yang di sana itu.
Yang sedang tersenyum dan ketawa itu.
Aku suka kan dia.
Aku ingin sekali memilikinya tetapi semua itu tak akan pernah berlaku.
Dia kacak. Orang yang soleh.
Aku pula ?
Ayat ini selalu aku dengar,
" Perempuan yang solehah hanyalah untuk lelaki yang soleh dan perempuan yang tidak baik hanyalah untuk lelaki yang tidak baik "
Allahu Rabbi ....
Kenapa rasa membuak-buak itu sering hadir dalam jiwa aku ?
Apa benar dia saja lelaki yang aku mahu kan selama ini ?
Mana hilangnya perasaan cinta aku pada kekasih hati ku yang telah lama menanti cinta aku ?
Kenapa rasa ini baru muncul sekarang ?
Kenapa ?
Dia orang yang soleh. Aku bukanlah sesiapa.
Cuma wanita yang masih mempunyai banyak dosa.
Sungguh dia tidak layak untuk aku.
YOU ARE READING
Love Is Fitrah
PoetryCantik belum pasti berakhlak baik,tetapi yang berakhlak baik sudah pasti cantik. Love ? Cinta ? Itu adalah universal . Tak terikat pada lelaki dengan perempuan saja tetapi keluarga,ibu bapa,guru dan sahabat 乂❤‿❤乂 [×] Ini bukanlah novel tapi coretan...