12 : Cinta is Fitrah

22 0 0
                                    


Lihat di sana tu

Pasangan kekasih sedang mabuk cinta

Mereka belum halal tetapi perasaan cinta mereka sungguh kuat hingga mereka sanggup meredah apa saja cabaran

mungkin.

Adakah kau berasa sedih kerana kau masih belum ada kekasih seperti perempuan itu ?

Atau

Adakah kau berasa sedih kerana takut yang mereka akan terjerumus dalam lautan penuh dosa ?

Fikirkan.

Cinta yang hakiki itu tidak terbina sebelum seseorang insan itu masih belum mendirikan rumahtangga

Yang kau lihat itu adalah cinta hakiki buatan Syaitan

Syaitan telah menyiram racun berbisa yang bakal memerangkap mereka sehingga mereka tidak dapat terlepas daripadanya

Perlahan-lahan Syaitan menghasut pasangan itu

Mula-mula berkenalan,
berjumpa,bercinta dan akhirnya .....

berzina.

Itu yang Syaitan lakukan pada manusia zaman ini malah sejak dulu lagi

Syaitan bijak menghasut kita untuk merasai cinta sebelum berkahwin

Tapi adakah kita pula kuat untuk melawan godaannya?

Jika benar kau inginkan cinta,bukan dengan cara bercinta tanpa ikatan

Carilah lelaki yang sesuai dengan dirimu

Tidak salah kau berasa suka dan cinta pada seseorang dalam diam

Sesungguhnya cinta itu adalah fitrah

Semua manusia akan merasainya

Maka berdoalah kepada Allah agar hati kau dan dia disatukan dalam ikatan yang halal

Tetapi bukan dengan cara bercinta yang selalu rakan-rakanmu banggakan di sekolah

Lambat laut,Allah akan memakbulkan doa kita

Jika tidak hari ini,mungkin hari esok tetapi jika tidak di dunia maka percayalah Dia telah menyediakan jodohmu di Syurga milikNya

Ianya pasti.

Kita sebagai hambaNya hanya perlu sentiasa yakin dan berusaha dengan cara berdoa supaya dikurniakan jodoh

Bersabarlah wahai hati

Tidak lama saja lagi

Jodoh itu akan menemui mu

Teruskan berdoa,berusaha,dan bertawakal kepada Allah SWT

Percayalah apabila Allah mengkehendaki sesuatu maka Dia hanya menyebut

" Kun Fa ya Kun " maka ia terjadilah .

Teruskan ibadahmu kepada Allah SWT supaya mendapat keredhaanNya

SubhanaAllah

Walhamdulillah

Walailahaillallah

Allahuakbar

Love Is FitrahWhere stories live. Discover now