11 : Hidayah Hati

11 0 0
                                    


Telekung ini

Sudah lama tidak berusik.

Sejadah ini

Sudah lama tidak aku gunakan untuk sujud kepada Penciptaku

Kufur kah aku ?

Munafik kah aku ?

Bila aku senang aku melupakan segala rahmat dan nikmat yang Dia berikan pada aku

Tapi bila aku susah,Dia juga yang aku cari untuk meminta pertolongan

" Ya Allah,ampunilah dosa hamba mu ini yang sungguh banyak menyakiti perasaan Mu.Berikanlah daku hidayah dan petunjuk atas apa yang berlaku dalam hidup ku ini  ya Allah ... Tetapkanlah hatiku hanya untuk mentaati perintahMu dan meninggalkan laranganMu "

Sungguh aku berasa kesal dengan diriku

Aku rasa menyesal yang teramat kerana semasa hidup aku tidak banyak mengejar pahala dari Allah SWT

Dunia yang tidak berharga itu yang aku jadikan sebagai Syurga

Sedangkan aku lupa bahawa kesenangan di dunia itu hanyalah bersifat sementara

Alhamdulillah,Allah memberikan cahaya hidayah kepada ku

Alhamdulillah kerana hidayah yang Dia berikan,aku tidak mahu berasa menyesal lagi

Aku ingin mendapatkan keredhaanNya dalam setiap ibadahku

Biarlah manusia mengatakan aku berlagak alim tetapi hati ku tetap akan terus memuji Kebesaran Allah SWT

Kerana aku tidak mahu menyesal yang tiada akhirnya di akhirat kelak

Aku tidak sanggup hidup merana selamanya disana

Love Is FitrahWhere stories live. Discover now