09 : Angkara Mulut

18 1 0
                                    


Aku ingatkan bila aku dah habis sekolah, kejadian ini tak akan berulang lagi

Tapi hari ini perasaan takut dan gementar kembali menguasai diri

Tiada kawan yang bersimpati dengan aku

Tiada orang yang mahu menolong aku

Tiada -

Berseorangan aku di kecam,di buruk-burukkan dan di malukan dalam laman media

Tidak ada yang mahu menyebelahi aku

Sejak di bangku sekolah lagi aku dibuli dari segi mental tetapi bukan fizikal

Fikiran aku terganggu dengan kata-kata sindiran dan momokkan mereka

Kawan aku sendiri.

Belajar di sekolah bukan suatu ketenangan bagi aku

Bila pulang ke rumah,

Mereka semua masih disitu
Berusaha untuk meminggirkan aku dari rantaian persahabatan

Siapa yang tidak sedih ?

Tertekan jangan cakaplah

Dengan masalah kerja sekolah berlambak,leteran keluarga dan sikap kawan-kawan yang menyusahkan

Ingin saja aku lari dari semua mimpi ngeri ini

Tak pernah aku sangka yang aku akan mengalami zaman remaja yang penuh dengan tekanan,ketakutan dan kesedihan

Tak layak ke aku untuk mendapatkan layanan baik dari semua orang

Sehabis baik aku berusaha menjaga hati mereka dan aku bersabar dengan semua yang mereka lakukan terhadap aku

Aku paling tak kuat bila kawan-kawan yang memusuhi aku cuba menghasut orang lain supaya membenci aku

Di sebabkan itu,aku keseorangan dan tiada kawan yang memahami

📍📍📍

Genap setahun kisah sengsara aku berlalu

Kini serba sedikit aku mula merasakan bahagia dan gembira

Aku dapat berkumpul dengan kawan-kawan yang betul ikhlas bersahabat dengan aku

Mereka yang pernah memusuhi aku malah benci pada aku kini telah berhenti sekolah dan ada juga yang berpindah ke tempat lain

Kenapa ?

Pemergian mereka semua bukan disebabkan aku

Ini berpunca dari dosa mereka sendiri

Aku tak pernah memasang niat untuk membalas dendam malah aku bersabar menunggu hari keadilan

Kini semuanya dah terjawab

Ada di antara mereka yang berhenti sekolah kerana kesalahan yang telah mereka lakukan

Mengandung anak luar nikah

Naudzubillah ....

Dan ada yang berpindah ke luar kerana tertangkap mencaci guru di dalam media sosial

Sebelum itu,guru tersebut memang naik hantu tahap gila pada perempuan itu

Dapatlah dia penampar Jepun bercambur sumpah saranah dari seorang guru yang tidak berpuas hati

Kalau aku jadi dia,aku memang akan malu yang teramat

Yelah,depan semua orang guru tersebut mengherdik kawan aku

Allah, ampuni lah dosa guru ku itu dan kawan-kawanku yang lain

Mungkin kerana peristiwa memalukan itu,kawan ku tadi tidak datang sekolah lagi dan surat berhenti dikeluarkan

Bila difikirkan balik,aku tak mahu fikir ini adalah kifarah untuk mereka semua

Aku tahu zaman remaja inilah yang paling banyak dugaan dan tekanan

Aku faham kenapa mereka semua layan aku buruk sebegitu sampai buat aku tertekan

Aku dah maafkan segala kesalahan mereka

Selepas mereka semua pergi,serba sedikit hati aku lega dan aman

Tapi rupa-rupanya sikap mereka tidak pernah berubah

Mereka terus dengan kata-kata yang tidak elok bagi seorang perempuan

Walaupun tidak ditujukan kepada aku tapi aku berasa terkesan juga

Kenapa mereka tidak boleh menjaga adab percakapan ?

Dengan keluarga,macam tu juga ke mereka berbual ?

Kalau kalian berada di tempat aku ....

Kalian mungkin akan tertekan juga akhirnya

Ada hikmah disebalik semua yang berlaku

Aku akan tetap bersabar dengan segala sikap tidak baik yang mereka zahirkan

Ya Allah,berilah aku kesabaran walaupun tidak sebesar gunung tetapi cukuplah sebutir zarah

Agar aku dapat merasakan manisnya iman di dunia ini

Berilah mereka petunjuk dan hidayah mu

Amin Ya Rabbal 'alamin ...

Love Is FitrahWhere stories live. Discover now