10 : Kifarah Dunia

14 0 0
                                    


Perempuan

Bagi aku senang untuk dimiliki

Tak perlu susah untuk dicari kerana selalu terhidang di depan mata

Banyak sudah hati perempuan yang aku sakitkan

Ada di antara mereka telah aku 'rosakkan'

Bagi aku mereka semua tak berharga langsung

Pakai buang -

Anak dara orang,isteri orang,tunang orang ...

Semuanya pernah masuk dalam jerat aku

Dosa ? Apa tu ?

Ibu bapa aku tak pernah pun didik aku dengan agama

Sebab tu lah aku bebas buat apa saja yang aku suka

Hidup aku ni tak adalah kaya sangat tapi mampu lah nak sara anak gadis orang

Selepas itu,aku pun jumpa dengan gadis yang betul-betul aku suka dan sayang

Labuh tudung dia,senyuman dia dan kelembutan budi bahasa menarik hati aku

Tak sampai setahun,kami pun disatukan

Masa itu,aku telah insaf dan ingin berubah

Isteri aku banyak mengajar aku tentang agama

Disebabkan dia,aku rasa bahagia dari kehidupan aku sebelum ini

Aku dah berjanji yang aku tak akan ulangi kesilapan aku di masa lalu

Aku berjanji.

Setahun setelah kami mendirikan rumah tangga,aku dan dia dikurnia seorang cahaya mata

Perempuan ....

Cantik dan lembut wajahnya seperti ibunya

Aku gembira tak kepalang.

Tapi Allah lebih menyayangi isteri ku. Dia telah kembali menghadap ilahi.

Setelah pemergiannya,aku berniat di dalam hati untuk terus mendidik anakku menjadi insan yang berguna

Aku menatang dia dengan kasih sayang yang penuh

Tidak pernah aku menaikkan tanganku ke wajah anak perempuan ku satu-satunya

Mungkin kerana itu,

Dia menjadi liar dan tidak sama seperti arwah ibunya

Suatu hari ...

Pintu rumah ku diketuk sekuat-kuatnya

Aku pun menjadi panik dan membuka pintu itu secepat yang mungkin

Anak perempuan ku yang menangis kuat terus memeluk tubuhku

Pakaiannya berdarah ...

Darah apa itu ?

Setelah puas aku bertanya,akhirnya dia menbalas pertanyaan ku ...

" Ayah...saya dirogol.Dia perangkap saya ayah ..."

Kepala aku bagai nak pecah mendengarnya

Aku nak saja melepaskan kemarahanku pada anak perempuanku itu tapi

Tiba-tiba hatiku berdetik

Ini adalah balasan untuk kesalahan kau yang dulu.Banyak anak gadis orang yang telah kau rosakkan.Maka pada hari ini,kau rasakanlah penderitaan yang dihadapi oleh mereka dan ibu bapa mereka yang penat menjaga dari kecil.

Rasakanlah ...

Menangis aku di situ juga.

Kifarah yang aku dapat di dunia

Ampunilah dosa-dosa ku ya Allah ....

Aku seorang ayah yang tidak berguna untuk anakku

Maafkan ayah Mira

Maafkan ayah ....

Ayah sangat menyesal dengan kesalahan ayah di masa lalu.

Sampai sekarang ayah tidak sempat meminta maaf kepada mereka

Kerana itu,dosa dahulu kembali menghantui ayah

🍂🍂🍂

Mereka yang pernah melakukan dosa besar pasti akan ditimpa balasan sesuai dengan perbuatan mereka tidak kira di dunia mahupun di akhirat .

Masha Allah

Bertaubatlah dan mohonlah maaf pada orang yang pernah kita sakitkan dulu

Sebelum terlambat.

Love Is FitrahWhere stories live. Discover now