13 : SPM

16 0 0
                                    


Aku gagal spm tahun ni....maksud aku, aku tak dapat semua 'A' pun

Lulus sikit tapi angka gagalnya banyak dekat slip spm tu

sedih sangat.

Aku kecewa dengan diri sendiri tapi aku tak luah pada sesiapa

Aku cuma mampu tersenyum saja bila orang lain bertanya

" Result kau bape ?"

Dan aku jawab dengan gaya bersahaja tapi dalam hati...

" Okay lah,cukup2 makan "

Aku tak salahkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku selama ini

Aku pasti semua yang berlaku adalah 'keadilanNya'

Flashback -;

Cikgu : Aiman,kamu ni asyik tidur je dalam kelas.Bila nak berubah ni Man oi...SPM bukan tujuh tahun lagi tapi minggu depan !

Aku : *buat tak tahu* *mengeluh baru bangun tido sbb smlm penat main snooker*

Cikgu : Aiman,kamu dengar tak apa yang cikgu cakap ni ?

Aiman : Maafkan saya cikgu,saya semalam tidur lewat

Cikgu : Tidur lewat ? Kamu buat apa ?

Aiman : Adalah hal yang saya buat...jangan menyibuklah

Cikgu : Saya bukan nak menyibuk tapi semakin nak dekat spm ni...cikgu tengok kamu semakin malas.Apa yang jadi ?

Aiman : *getap bibir* ...Kalau cikgu nak tahu,lagi nak dekat spm ni lagi rimas,kusut,semak dalam kepala otak saya nih 😒 saya penat lah nak memerah otak,saya penat !

Cikgu : Aiman,kawan-kawan kamu yang lain pun rasa benda yang sama,bukan kamu sorang,cikgu di sekolah ni pun tertekan juga,malah setiap hari tapi kalau kamu bersabar, berusaha,bertawakal.. In Sha Allah, pasti kejayaan milik kamu Aiman

Aiman : Arghh,saya dah malas nak fikir,saya nak tido
Cikgu : 🙍 Aiman,saya harap kamu tidak menyesal di kemudian hari  *cikgu smbung mengajar di depan kelas*

Aiman : 😪 *aiman langsung tidak memikirkan kata-kata dari cikgunya itu*

" Jauhilah Syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi mu..."

Belajar di sekolah adalah jihad jika anda berniat ' Aku hendak pergi ke sekolah menuntut ilmu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah '

Tetapi,

Jika anda ke sekolah untuk mencari jodoh,tidur dan kekecohan ....

Percayalah

Kegagalan akan menemui anda

🍃🍃

Jika anda gagal Spm,Pt3,Upsr

Percaya pada ketetapan Allah bahawa semua itu sudah diizinkan untuk berlaku

Manusia memandang anda kerana pencapaian dan kecermelangan anda

Namun

Allah SWT memandang anda kerana keimanan dan ketakwaan anda

Jangan pernah berputus asa jika gagal atau tidak mendapat keputusan yang diidamkan

Teruskan usaha dan sentiasalah mentaati perintah Allah

Tidak semestinya gagalnya kita hari ini akan gagal juga pada hari esok

Ingat ingat dan ingat,

Kegagalan itu melahirkan sebuah kematangan dan keyakinan baru

Anda harus bersyukur kerana anda 'pernah gagal' suatu ketika ini

'Kegagalan' itu yang menjadikan anda kuat untuk menghadapi halangan-halangan yang lain sehingga anda berjaya

Tidak mengapa .....

Keputusan ujian anda menduka citakan ? 

Maka dari sekarang buktikan yang anda juga mampu berjaya bila berada di luar

Buktikan dan berusahalah

Biar gagal di dunia tapi jangan pernah gagal di akhirat

Ingat ya 🌸

Love Is FitrahWhere stories live. Discover now