Sudah 5 tahun Ken tinggal bersorangan.Pada 5 tahun selepas ibu bapa Ken meninggal,Ken dijaga oleh mak ciknya tetapi dia dan kesemua keluarga Ken telah dibunuh oleh kumpulan yang sama dengan kumpulan yang telah membunuh ibu bapanya pada 5 tahun yang lalu.
"Haih, hari ni kena jugak pergi sekolah." Rungut Ken dalam hati.
Setibanya di sekolah, iaitu Sekolah Menengah Looch di bandar Arien, dia terus pergi ke kelasnya dan terus pergi ke tempat duduknya yang berada di hujung kelas bersebelahan tingkap.
Ken terus meletakan begnya di tepi mejanya. Dia memakai uniform sekolahnya, iaitu baju bewarna putih dan seluar bewarna hitam untuk lelaki. Tetapi Ken hanya memakai seluar yang sama dengan uniform sekolahnya, bahagian baju dia memakai jaket dengan hudnya dan tiada siapa pernah melihat mukanya kerana hudnya telah menutup separuh dari mukanya. Bagi baju yang berada di dalam jaketnya pula dia memakai baju berwarna merah dan dia juga selalu memakai rantai loket milik ibunya yang sudah meninggal.
Ken selalu melihat gambar yang berada di dalam loket itu sekiranya dia berasa sedih dan rindu dengan ibu bapanya. Sewaktu dia tengah membuat kerja sekolah yang diberikan, tiga orang murid sedang berjalan ke arah Ken.
"Hei!! Kenapa kau buat kerja sorang-sorang ni? Kau buatlah kerja kita orang lagi bagus daripada kau buat kerja kau tu." Kata seorang budak yang berada di depannya. Tetapi Ken langsung tidak menghiraukan sepatah kata pun daripada budak tu.
"Eh Zein, rasanya dia buat-buat tak dengar lah." Kata seorang lagi budak lelaki yang berada di sebelah kanan lelaki yang bernama Zein.
"Ohhh, buat-buat tak dengar ye. Woi!!! Aku cakap dengan kau ni dengar tak!!!!!" Kata budak yang bernama Zein tu. Ken masih tidak menghiraukan Zein yang berada di depannya itu dan terus menulis dalam buku latihannya.
"Eh, dia degil lah Zein."kata budak lelaki yang berada di sebelah kiri Zein itu.
Zein mula menjadi marah dan bengang kerana tidak menghiraukan kata-kata dia. Zein terus mengambil buku latihannya dan mengoyakkannya.
"Hahahahahaha!!!!padan muka. Siapa suruh tak hormat aku dan tak hiraukan aku." Kata Zein.
Zein dan kawannya terus mengambil buku masing-masing dan mecampakannya ke arah Ken.
"Lebih baik kau buat kerja kita orang." Kata Zein.
"Betul tu Zein. Kau pun setuju kan Ren?" Tanya budak lelaki yang berada di sebelah kiri Zein itu.
"Setuju sangat. Aku memang setuju seratus peratus lah Ryan." Jawab budak lelaki yang bernama Ren berada di sebelah kanan Zein.
Ken mengenggam tangan penumbuknya dan Zein menyedari hal itu.
"Kau marah? Apa benda yang ada dekat leher kau tu? Macam benda berharga." Kata Zein sambil mencapai loket Ken.
Tapi Ken menahan tangan Zein dan menarik tangan Zein seterusnya menumbuk muka Zein itu. Zein melayang ke papan putih kelas mereka. Suasana di dalam kelas tadi bising tiba-tiba bertukar menjadi sunyi.
Tiba-tiba Ken bergerak ke arah Zein dan sambil berkata "Jangan.......sentuh......LOKET AKU!!!!!" Kata Ken dan terus menumbuk Zein sekuat hatinya di perut sehingga Zein terbatuk darah dan terus pengsan.
Ini sebenarnya kali pertama mereka yang berada di dalam kelas itu mendengar suara Ken itu. Semua tergamam dan tangan Ken tiba-tiba keluar api yang sangat membara dan dia terus menyerang Ren dan Ryan yang masih tergamam itu. Tetapi Ren dan Ryan mengelak dan tiba-tiba Ken berada di belakang mereka dan terus menumbuk kedua-dua mereka sehingga terpelanting ke luar bangunan sekolah yang mempunyai dinding yang sangat banyak.
Mereka berdua pengsan di luar bangunan sekolah itu. Ken meneruskan serangan apabila Zein tersedar semula.
"Aaahhhhh" Ken dengan pantasnya menyerang Zein tapi secara tiba-tiba Ken berhenti betul-betul di depan Zein seperti sesuatu sedang menahannya."Sudahlah...cukuplah tu...tolonglah berhenti." Kata suara gadis misteri itu di fikiran Ken. Ken terasa seperti dipeluk oleh seseorang dengan erat dan api di tangan Ken yang membara tiba-tiba mengecil dan terus padam. Dia kemudiannya perlahan demi perlahan pengsan di dalam kelasnya.
YOU ARE READING
KEN THE LAST FIRE ELEMENT (SLOW UPDATE)
AdventureKen,seorang remaja yang berumur 17 tahun. Dia adalah seorang budak biasa dahulunya sehingga ibubapanya dibunuh oleh sebuah robot dari kumpulan Vassine di hadapan matanya dan dia telah berubah kepada elemental fire. "Semua orang ada harapan mereka ma...