CHAPTER 5: Komender Dean

101 7 0
                                    

"Huahhhhh." Ken baru saja dilepaskan dari klinik sekolahnya semalam dan dia kini berada di rumahnya. Pagi yang indah itu menerangi bandar Arien. Semua orang ada rutin harian mereka. Tambahan lagi pada waktu cuti.

Ken berjalan ke tingkap biliknya dan melihat keadaan jalan raya yang sesak itu. Sewaktu dia melihat keadaan jalan raya di tingkap biliknya itu, Ken berfikir yang adakah kejadian semalam adalah mimpi dan realiti.

"Betul ke yang dia suka aku?" Bisik hati Ken. Ken terus mengelengkan kepalanya lalu mengambil tualanya dan terus pergi ke bilik air.

Selepas dia membuka pintu bilik air itu, dia terlihat Raiya sedang mandi tanpa ada seutas benang pun di badannya.

"APAKAH YANG!!!!!"Jerit Ken yang terkejut kerana Raiya berada di bilik air rumahnya.

Dengan pantas Ken menutup pintu bilik airnya.

"Ma-maaf-maafkan sa-saya, sa-saya ti-tidak ta-tahu ya-yang aw-awak a-ada di ru-rumah sa-saya." Kata Ken dengan gugup dan memulakan perbualan.

Muka mereka berdua sangat merah kerana menahan malu.

"Tak apa, awak tak perlu minta maaf." Kata Raiya

"Ma-macm ma-mana aw-awak a-ada di ru-rumah sa-saya ni." Soal Ken dengan masih gugup.

"Sebenarnya semalam sewaktu awak tertidur di dalam teksi itu, saya cuba untuk mengejutkan awak sebab kita dah sampai di rumah awak. Tapi awak tak sedarkan diri. Nasib baik pak cik yang memandu teksi itu membawa awak ke dalam rumah awak. Selepas itu, saya memberikan wang kepada pak cik yang memandu teksi itu. Sebenarnya saya tiada tempat tinggal. Sebab itu saya tidur di sebelah awak kerana malam tu hujan." Kata Raiya dengan panjang lebar tentang apa yang berlaku semalam.

"Hei Raiya, betul ke apa yang awak cakap semalam?" Soal Ken.

"Be-betul." Jawab Raiya dengan gugup. Muka mereka berdua merah dan yang paling merah adalah Raiya. Sebab dia baru sahaja meluahkan perasannya dihadapan Ken.

Setelah Raiya selesai mandi, Ken melihat pemandangan di belakang rumahnya.

"Ken, awak boleh mandi sekarang." Kata Raiya yang muncul tiba-tiba di belakang Ken dan Ken terkejut.

"Haih, saya ingatkan apalah tadi. Awak ada baju nak dipakai ke?" Soal Ken. Raiya terdiam dan tiba-tiba mukanya bertukar merah menahan malu.

"A-ada." Jawab Raiya. Raiya baru sahaja nak membuka tuala yang menutupi badannya dihadapan Ken.

"BERHENTI!!, kenapa awak tukar baju di sini, awak boleh tukar baju di dalam bilik saya." Kata Ken.

Lalu Raiya pun bergerak ke bilik Ken. Ken pula bergerak ke bilik airnya.

"Ke-Ken, nak ta-tak sa-saya te-temankan aw-awak ma-mandi?" Soal Raiya dengan gugup dan dia cuba untuk membuka tualanya itu.

"BERHENTI!!! Tak per-perlu." Jawab Ken lalu menutup pintu bilik airnya.

Setelah beberapa minit Ken mandi, dia menuju ke biliknya untuk menukar pakaiannya. Selepas dia buka pintu biliknya, dia secara tidak langsung terlihat Raiya sedang memakai pakaiannya. Ken kaku begitu juga Raiya. Muka Raiya kelihatan sangat merah.

"KENAPA!!!" Kata Ken dan terus ditampar oleh Raiya. Setelah mereka selesai memakai pakaian mereka masing-masing. Raiya dan Ken sudah berada di dapur dan Ken hendak pergi ke kedai untuk membeli barang makanan.

"Ken, aw-awak nak ke ma-mana?" Soal Raiya gugup kerana Ken telah terlihat dia memakai pakaiannya.

Ken pula masih mengusap di pipinya kerana ditampar oleh Raiya.

"Saya nak pergi ke kedai sekejap. Nak beli makanan. Awak nak ikut ke?" Tanya Ken.

Raiya hanya mengangukkan kepalanya. Mereka berdua berjalan ke bandar untuk membeli barang yang diperlukan. Raiya memandang Ken dan terus memeluk lengan Ken. Ken terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh Raiya.

Ken memakai seluar jean kelabu hitam, dia memakai jaket tanpa lengan bewarna biru tua dan baju di bahagian dalam jaket itu pula bewarna putih. Dia juga memakai hud jaketnya sehingga menutup separuh mukanya.

Raiya pula memakai seluar jean biru muda, dia juga memakai jaket tetapi ada lengan dan warna jaketnya sama dengan warna jaket Ken. Baju di dalam jaket itu pula bewarna hijau kebiruan. Dia juga memakai skarf di lehernya dan ianya bewarna putih.

"Kenapa awak peluk lengan saya?" Soal Ken.

"Kenapa, tak boleh ke?" Jawab Raiya pula.

"Bukan tak boleh, cuma saya malu lah." Jawab Ken.

"Tak perlulah awak malu dengan saya." Kata Raiya.

Setelah lama mereka berjalan. Mereka telah sampai di kedai yang mereka tujui.

Setelah sampai di kedai itu, mereka pun masuk dan membeli barang-barang yang diperlukan. Setelah selesai, mereka pun keluar dari kedai itu.

Tiba-tiba Ken dapat merasakan satu daya kuasa yang kuat datang ke arah mereka berdua.

"Raiya, hati-hati!!!" Ken mendukung Raiya untuk pergi dari tempat itu.

Seperti yang dijangkakan Ken, satu pancaran laser terkena tempat mereka berada tadi dan "BOOOOOOOMMMMMM." Letupan yang berlaku telah menyebabkan tempat itu hancur. Nasib baik tidak terlalu banyak orang awam di tempat itu.

"Seperti yang dijangkakan, deria kamu sememangnya tajam putera api, puteri ais." Kata suara lelaki misteri itu.

Lelaki itu sudah pun berada di belakang Ken dan Raiya. Mereka pun menoleh kebelakang.

"Siapa kamu dan kenapa kamu panggil kami sebagai putera dan puteri hah!!" Soal Ken dengan nada kemarahan.

"Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Dean, salah seorang komender daripada kumpulan Vasaine." Jawab lelaki yang bernama Dean itu.

KEN THE LAST FIRE ELEMENT (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now