CHAPTER 2: Permulaan

193 11 0
                                    

Ken yang pengsan 5 jam itu pun dah mula sedikit demi sedikit tersedar dari pengsannya.Ken meyedari yang dia berada di klinik milik sekolahnya dan dia juga tahu yang dia hanya seorang di dalam klinik itu.

Ken tidak ingat apa-apa pada masa tu,tetapi dia seperti teringat tentang suara gadis misteri itu"Sudahlah....cukuplah tu......tolonglah berhenti." Dan dia masih ingat lagi tentang dia dibagaikan dipeluk sangat erat oleh seseorang.

"Ken...helo...Ken." satu suara memanggil nama Ken dan Ken terus tersedar daripada mengelamun. "Kamu okey ke?" Tanya cikgu Fina iaitu guru kelas Ken yang menanya Ken okey ke tak.

Ken hanya menggangukkan kepalanya saja. Ken memang seorang yang pendiam dan suka saja berseorangan. Ken sebenarnya tidak mempunyai sebarang kawan di sekolah ni.

"Ni,cikgu nak bagitau kamu sesuatu ni. Dalam masa 3 hari lagi akan ada murid baru perempuan yang akan masuk ke kelas kita dan dia akan duduk di sebelah kamu. Kamu okey ke kalau budak baru itu duduk di sebelah kamu?" Soal cikgu Fina kepada Ken yang masih lagi terduduk lagi diatas katil dan dia hanya menganggukkan kepalanya saja dan cikgu Fina hanya tersenyum dan berlalu pergi meninggalkan Ken seorang diri. Ken berfikir sejenak." Betulkah itu dia?" Soal Ken di dalam hatinya.

3 hari kemudian...

Seperti yang dikatakan oleh cikgu Fina,iaitu guru kelas mereka. Memang ada murid baru akan masuk dengan cikgu Fina.

"Selamat pagi cikgu!!!!" Satu kelas mengucapkan selamat pagi ke arah cikgu Fina.

"Selamat pagi,duduk." Jawab cikgu Fina.

"Baiklah semua, seperti kamu semua sedia maklum,kelas kita akan ada seorang murid perempuan yang baru di dalam kelas kita. Cikgu harap kamu semua dapat berkerjasama dengan dia ye."kata cikgu Fina.

"Baiklah, kamu boleh masuk sekarang." Kata cikgu Fina.

Seorang perempuan yang berambut biru muda itu dengan matanya yang bewarna hijau kebiruan seperti kristal ais. Dia juga memakai uniform sekolah, iaitu bajunya bewarna putih dan kolarnya bewarna biru tua skirtnya pula bewarna biru dengan garis putih di tepi skirtnya. Dia juga memakai stokin bewarna hitam dan kasutnya bewarna biru muda.

Kemudian dia memberitahu namanya." Nama saya ialah Raiya. Saya berpindah ke bandar ni seminggu lepas. Saya harap kamu semua boleh beri tunjuk ajar." Kata budak perempuan yang bernama Raiya itu lalu menunduk sebagai tanda hormat.

Semua lelaki tergamam melihat Raiya yang sangat cantik sehingga ada yang kaku apabila Raiya melihat ke arah semua lelaki di dalam kelas itu kecuali Ken. Dia hanya melihat keluar tingkap dan tidak mempedulikannya.

"Okay Raiya, kamu boleh duduk di sebelah Ken." Kata cikgu Fina sambil menujukan jarinya ke arah Ken yang asyik tengok keluar tingkap. Satu kelas yang tadinya sunyi tiba-tiba bising semula.

Raiya hanya bergerak ke arah tempat duduknya yang berada di sebelah Ken itu.

"Dah, semua diam." Arah cikgu Fina ke arah kelasnya itu. "Okay, cikgu akan mula mengajar. Diminta semua diam ye."

"Kring." Bunyi loceng pertama menandakan waktu rehat.

"Baiklah, cikgu nak kamu hantar kerja itu pada minggu depan. Terima kasih semua." Kata cikgu Fina sebelum meninggalkan kelas itu.

"Terima kasih,cikgu" jawab satu kelas itu.

Mereka semua kemudiannya keluar rehat. Ken ada membawa bekalnya sendiri dan sama juga dengan Raiya.

Raiya melihat Ken yang sedang berjalan ke arah pokok belakang sekolah mereka. Dia duduk di tepi batang pokok itu dan kemudiannya membuka bekal lalu memakannya sambil melihat pemandangan yang cantik. Raiya menuju ke arah Ken yang sedang makan di tepi batang pokok itu.

"Hai, awak Ken kan? Awak memang suka berseorangan ke?" Tanya Raiya kepada Ken yang sedang makan itu. Ken hanya mengelengkan kepalanya.

"Habistu, kenapa awak selalu berseorangan ni? Awak tak ada kawan ke?" Tanya Raiya lagi.

Ken mengangukkan kepalanya.

"Apa kata kita jadi kawan, awak setuju tak?" Tanya Raiya lagi.

Ken terkejut dan tersedak apabila mendengar pertanyaan Raiya. Raiya yang melihat Ken yang tersedak itu pun hanya ketawa kecil.

"Sanggup ke awak nak jadi kawan saya?" Tanya Ken yang tiba-tiba bersuara.

Raiya hanya menganggukkan kepalanya dan masih tidak berhenti ketawa kecilnya itu. Ken pun tersenyum apabila melihat Raiya yang masih ketawa kecil itu.

"Awak ni lawak lah. Siapa juga yang......" belum sempat lagi Raiya menghabiskan ayatnya itu, Ken tiba-tiba dapat merasakan satu tekanan kuasa sedang menuju ke arah mereka lalu Ken memeluk Raiya untuk melindunginya.

"He...hey, ke....kena...kenapa awak pe....peluk sa....saya ni?" soal Raiya.

Tiba-tiba sebuah robot muncul di belakang mereka dan angin yang kuat serta tanah menjadi rekah apabila robot itu muncul di belakang mereka.

"Hello elemental, saya nak pinjam kuasa kamu." Kata suara yang keluar dari robot itu.

KEN THE LAST FIRE ELEMENT (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now