"Uhhh." Ken yang sudah pengsan selama 2 hari itu perlahan-lahan membuka matanya.
Pada waktu dia sedar, dia menyedari yang hari sudah lewat malam. Tiba-tiba selimut yang menutup badannnya itu bergerak dan muncul susuk tubuh seseorang dan Ken terkejut kerana dia mengenali orang itu.
"Ra...RAIYA." Jerit Ken kerana terkejut apabila seorang gadis bersamanya tidur di atas katil yang sama selama 2 hari itu.
"Hai Ken, lama betul awak pengsan." Kata Raiya sambil tersenyum.
"Ma....macam ma...mana awak bo...boleh be...berada di si...sini?" Tanya Ken dengan suara yang gugup kerana waktu itu pakaian Raiya seperti Ken telah memeluknya.
"Selepas awak pengsan 2 hari yang lalu, saya yang temankan awak. Semasa saya cakap seperti itu, mereka semua terkejut dan memberi amaran kepada saya. Tetapi saya tidak pedulikan kata-kata mereka." Jelas Raiya panjang lebar. Ken hanya mengganguk tanda faham apa yang terjadi.
"Raiya, saya nak tanya sesuatu." Kata Ken.
"Tanyalah." Jawab Raiya.
Selepas mendengar jawapan tersebut, muka Ken merah kerana menahan malu dan kata-katanya menjadi gugup. "Ada tak sa....saya bu...buat apa-apa de.....dekat aw.....awak se.....semasa sa...saya peng.....pengsan?"
"Ada. Awak peluk saya dan saya berasa panas. Sebab tu lah saya longgarkan tali leher saya. Dan awak sangat hampir dengan muka saya. Tapi bila awak tidur awak memang nampak comel." Jawab Raiya dengan tenang.
Ken tersentak dengan jawapan Raiya dan terus menundukkan badannya tanda meminta maaf. Raiya hanya membiarkan Ken yang sedang meminta maaf padanya dan dalam pada masa yang sama, dia ketawa kecil. Ken berasa hairan.
"Hei, kenapa awak ketawa dan kenapa awak nak sangat menjaga saya dan mangambil berat tentang saya?" Tanya Ken.
Raiya yang sedang ketawa kecil itu terdiam. Kemudian dia menghadapkan mukanya dengan muka Ken. Muka mereka berdua bertentangan.
Perlahan-lahan bibir mereka semakin dekat dan akhirnya bibir mereka bertemu. Ken terkejut dengan tindakan Raiya. Masa seakan-akan menjadi perlahan di mata mereka.
Kemudian, perlahan-lahan bibir mereka berpisah. Muka mereka berdua menjadi merah kerana menahan malu. Raiya memeluk Ken dan mula mengalirkan air mata pada dada Ken.
"He...hei, kenapa awak peluk saya tiba-tiba ni?" Soal Ken.
"Awak...boleh tak lain kali awak jangan buat macam ni lagi? Saya tak sanggup nak tengok awak menderita, saya juga takut jika saya kehilangan awak." Kata Raiya sambil menangis di dada Ken.
"Kenapa?" Soal Ken lagi.
"Sebab saya...." Kata Raiya. Mendengar jawapan Raiya, Ken terus tersentak dan dia mencubit pipinya dan dia sedar yang dia berada di dunia realiti. Dia juga seakan-akan tidak percaya yang dia mempunyai seorang kekasih buat kali pertamanya.
YOU ARE READING
KEN THE LAST FIRE ELEMENT (SLOW UPDATE)
AdventureKen,seorang remaja yang berumur 17 tahun. Dia adalah seorang budak biasa dahulunya sehingga ibubapanya dibunuh oleh sebuah robot dari kumpulan Vassine di hadapan matanya dan dia telah berubah kepada elemental fire. "Semua orang ada harapan mereka ma...