[ sara ]
Tesla kesayanganku memasuki perkarangan rumah auntie Maria . Selamba derk je aku ni.
Kehadiran kami disambut baik oleh auntie Maria dengan suaminya, uncle Mikael. Masakan tidak, habis pipi aku yang gebu macam Park Jimin ni dibelasahnya auntie Maria.
a/n: any army here ? 😏Aku sisirkan sedikit rambutku ke belakang telinga. Malu. Baru kali pertama jumpa dah kena macam ni. Keluarga auntie Maria ni memang peramah agaknya.
Lupa nak perkenalkan, auntie Maria ni bestfriend mummy yang dah lama terpisah sebab family auntie Maria duduk dekat London for almost ten years straight. Maybe that is also the reason why she asked for help from mummy sebab baru nak adapt since ni tahun pertama diorang stay kat Malaysia and for good.
Mataku merayau, mengusyar rumah agam auntie Sofiea yang berkonsepkan ala ala Inggeris style. Cantik.
Aktiviti mengusyarku terhenti apabila satu suara serak - serak basah menerjah gegendang telingaku.
"Ma, pa who's this girl over here?" Pandangan serong plus senyuman sinis atau lebih layak digelar smirk dihadiahkan kepadaku.
"Tengku Farhan Anaqi, attitude!"
Auntie Maria yang kurang menyenangi akan tingkah mamat yang hensem tapi poyo nokharom itu, segera menegur.Aku memberi senyuman mengejek.
"Haa padan muka! Itulah sapa suruh kerek sangat!" Petahku sendiri.
"Ara, who are you talking to ?" Mummy bertanya.
"Huh ?"Aku menayang muka blur yang sangat 'cantik' dekat mummy. Takkanlah nak cakap dekat mummy yang aku sembang sorang - sorang, tak pasal - pasal kena cop sewel nanti.
"Ini Tengku Sara Sofeya. The new babysitter." Suara auntie Maria menyentak lamunanku.
"Babysitter ? Bukan maid ke ?" Aku separuh berbisik dekat mummy yang asyik tersenyum penuh makna sejak Datin Sofiea mengenalkan aku sebagai seorang babysitter baru di rumahnya..
"Ala... mummy lupa perkataan babysitter semalam. Takpa two in one la."
Mummy mengekek ketawa.Aku dipermainkanlah ni? Kesian aku. Dahla kena jadi maid ngan babysitter.
"Tengku... ermmm... tak perlulah bertengku dengan Sara. Segan la." Aku menunduk malu. Iyelah mummy dengan daddy pun tak pernah kenalkan aku dekat kawan - kawan diorang dengan gelaran tengku.
Terlerai tawa semua homo saphien yang ada kat situ. Lagi - lagi tu ha mummy tu.
Kecuali mamat tindik tu. Muka priceless, feeelingless dan mintak kakiless.Aku mencebik. "Apa yang lawak sangat?" Hatiku berdesis.
"Sara don't want auntie bertengku dengan Sara, tapi Sara sendiri bertengku dengan auntie. You're funnylah. It's okay it's okay... Macamni lah, just called us mama and papa."
"What ?!" Kan dah terjerit aku ngan mamat tindik tu.
Gamat rumah agam mama dengan tawa warga tua.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Muncung aku ni dah boleh sangkut hanger kot. Mummy lah, nak berpisah dengan aku sekejap je pun tapi gaya macam nak berpisah setahun.
"Mummy, I'll be fine. Malu lah. Mama and papa keep looking at us."
Nampak tak panggilan dah bertukar, apabila sudah didesak inilah jadinya."I'm gonna misshh you sho mushhh, baby." Mummy menenyeh - nenyeh mukaku, aku rasa pipi aku dan merah tahap gaban dah. Ya Allah mummy ku sayang. Aku yang merasa malu.
Aku melambai - lambai ke arah mummy yang sudah menekan hon kereta terchenta ku dengan banyak kalinya. Seronok lah tu dapat bawa kereta aku.
Aku mencebik, memusingkan badan aku 180 darjah dan....
Buk!
"Shit" aku separa berbisik. Yelah, mampus aku kalau mama ngan papa dengar aku terlepas cakap.
"Oh sorry! Saya tak nampak awak." Suara milik sang manusia yang membuatakan aku terjelepok bagai cempedak di luar pagar. Aku menepuk - nepuk debu di telapak tangan dan di seluarku.
"Awak ni memang bu.." Aku terpaku. Dah rasa macam fall in love at first sight.
Indah sungguh ciptaan tuhan lagi - lagi yang tengah berdiri depan aku ni siap hulurkan tangan nak tolong aku.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku menerima hulurannya sambil tersengih - sengih lagak orang terkena panah cinta. Tapi memang pun.
"Hai, saya Tengku Ahmad Aryan.. awak ni siapa ?" aku tersentak.
"What?" Ya Allah aku terkantoi ke ? Macam manalah aku boleh terday dreaming ni.
Tawanya terlepas. Mak ai dia gelak pun menggoda. Aku rasa pipi aku ni dah merah lagi sekali.
[ Aryan ]
"Eh? You okay tak? Your face.. it's red." Aku bertanya.
"Erm... Not really. Tadi my mummy tenyeh - tenyeh my pipi . And my name is Sara Sofeya. Saya babysitter ke maid eh? Tak kesah la either way pun boleh. Hi." Aku melemparkan senyuman. Kalau aku mummy dia pun aku akan gomol - gomol pipi dia. Comel.
Bau perfume Sweet Like Candy by Ariana Grande menerpa rogga hidungku. Addicting.
"Ermm... saya masuk dulu eh? Annyeong!" Damn! She's cute.
Well Sara Sofeya, seems like I've found my new entertainment. Ugh! I'm missin London already!
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Henlo, chapter two comin through.
Hope you enjoy as much as I enjoy writing this.
Much love,
nom