[ ahmad razak ]
Aku menonton video gadis misteri yang semakin menular dengan penuh kusyuk.Memang sah! Tu Lisa!
"Panggil semua hawk dan guard sekarang. Saya nak adakan meeting. Cepat!" arahku tegas.
Sesudah semuanya berkumpul, aku segera memberi arahan untuk menjalankan misi menyelamatkan Lissa dan Rosé.
Akhir sekali, aku berpesan agar berhati-hati setiap minit dan saat kerana ia boleh menjadi satu perangkap.Misi akan dimulakan awal pagi esok. Tak aku tak boleh bagi apa-apa berlaku kat dia. Tak boleh.
[ lissa ]
"Uhuk uhuk." aku menekan perut dan mengurut tekak ku yang sudah beberapa hari tidak merasa apa-apa cecair mahupun pepejal.
Kakiku yang tidak beralas, setia bertemu tar konkrit yang kian membahang. Aku tak tahu berapa lama lagi jasad aku dapat memberi kerjasama untuk memegang roh aku yang bagaikan telur di hujung tanduk.
Langkahku diatur laju apabila terpandangkan bangunan petak yang aku rasa amat aku kenali.
Tanpa sedar, Lissa seolah - olah melangkah masuk ke dalam mulut singa tanpa sedar.
"Tolong! Tolong! " Rintih Lissa tidak berdaya.
Lobi yang tadinya hanya kedengaran derapan kasut tumit tinggi wanita kian sepi. Isinya memandang tepat ke arah gadis tersebut. Bukan kerana tiada seutas benang yang menutupi badannya tetapi kerana kehadiran dirinya di situ.
Namun kerana beranggapan dirinya sudah selamat, tubuhnya kian layu.
"Lissa ?!" Soal laki - laki tua. Dengan itu dunianya kelam.
[ hazlan ]
"Macam mana budak tu boleh ada kat sini ? Takkan dia nak..."
"Tuan, dia koma." kata setiausaha yang setia di sisi, mendatar.
"Apa aku nak buat ni?"
[ ahmad razak ]
Sesampainya kami di Kampung Genis, aku segera memberi arahan untuk memulakan pencarian.
"Mana kau Lissa ? Mana kau ?" Razak meraup mukanya kasar, kecewa.
"Boss, we can't find any trace of her since she was here naked." Report salah seorang orang kanan mat saleh aku.
"Dekat mana pun kau Lissa, aku tau kau boleh bertahan." Sekali lagi mukanya diraup dan rambutnya diramas kasar.
[ siddiq ]
Aku setia memerhati sekumpulan besar lelaki yang berkumpul di tempat last Lissa dijejaki. Otakku sudah memainkan pelbagai kemungkinan.
"Diorang ke yang culik Lissa? Tapi kalau diorang culik Lissa takkan diorang cari dia. Eh, tapi maybe Lissa lari." Aku terdetik.
Bajuku direntap kasar dari belakang.
"Arghh! Sakitla bodo!" Matanya memandang ke arah lelaki mat saleh di depannya.
"Hey don't you shout at me, you asshole!" Pistol di poket dikeluarkan dan dihalakan tepat ke dahiku. Peluh merembes keluar, laju.
"Bhob! Stop! He just a no one. Leave him alone." Lelaki tua yang ku anggap bos mereka mengarah. Lalu kaki diangkat meninggalkanku.
"Kejap! Korang buat apa kat situ?! Korang yang culik Lissa kan?!" Badan 'bos' kaku.
Matanya mencerlung tajam ke arahku. Kolar ku dicapai dan ditarik hingga tinggal 0.1 centimeter jarak dari wajahnya.
"Macam mana kau kenal Lissa?! Jawab! Kalau tak aku bunuh kau."
"Sa..saya kawan dia." Aku terketar.
"Bantu aku. Cari anak aku." Matanya merenung tajam kearahku yang membisu dan tergamam akan statement yang dikeluarkan oleh lelaki tua tersebut.
Siapa sebenarnya kau Lissa? Kenapa diorang sanggup bunuh aku untuk kau? Aku meraup mukaku,kasar.