Prologue

36 4 3
                                    

                               Prakata
Hai semua, nama alter ego saya adalah PERSONA. Ini adalah rekaan fiction, fantasi, rpg saya yang pertama. Diharap agar dapat memberikan komen yang membangun. Maaf sekiranya salah tatabahasa dan susunan ayat. Saya dah cuba yang terbaik dan akan sentiasa memperbaiki penulisan saya. Terima kasih kerana membaca. Saya sertakan maksud simbol didalam penulisan saya di bawah untuk membantu pembacaan anda.
Simbol:
1. [...] - dialog watak
2. (...) - nama watak
3. * - sound effect

Alright, enjoy the story - PERSONA

______________________________________

~Didalam sebuah bilik yang separa malap, kelihatan satu lembaga diatas  kerusi sedang sibuk membelek-belek dokumen diatas meja sambil diterangi lampu mejanya.

[Haaahhh~](???)
Lembaga tersebut mengeluh panjang.

[Dah takde masa lagi, 'benda' ni kena siap hari ni jugak. Kalau tidak, haihhh~]
Lembaga tersebut mengusap mukanya dengan kedua tapak tangannya sambil mengeluh semula.

*Tok! tok! tok!
Kedengaran pintu berhadapan dengan lembaga tersebut diketuk.

[?! ]
[Masuk..] (???)

*Eeekkk~
Pintu tersebut dibuka dan kelihatan lembaga seakan seorang wanita berpakaian korporat sedang berdiri di hadapan pintu. Wajahnya sukar untuk dilihat kerana malapnya cahaya didalam bilik tersebut.  Wanita  tersebut melangkah menuju ke arah meja tersebut dengan perlahan sambil melihat kearah lembaga tersebut.

[Selamat pagi Tuan Pengerusi](wanita???)

[Owh, Setiausaha Mia.. Dah pagi ke?! Saya tak sedar langsung ](???)
Jelas lembaga tersebut sambil melihat jam di telefonnya yang menunjukkan pukul 7 pagi.

[Haihh~ Tuan Pengerusi lupa untuk tidur lagi ya? Sudah berapa kali saya cakap, kalau tuan tak cukup tidur tuan akan jatuh sakit nanti. Kalau tuan jatuh sakit, susahlah saya nak uruskan syarikat ni seorang diri!](Mia)
Tutur Setiausaha Mia dengan nada yang marah.

[Ha,ha,ha...](Pengerusi???)
Lembaga tersebut hanya mampu tersengih sahaja. Lembaga tersebut tak mahu ingat kembali situasi sebelum ni di mana beliau tertidur secara tiba-tiba ketika sedang memberi ucapan untuk sesuatu majlis pelancaran bagi produk keluaran syarikatnya.  Doktor yang merawat beliau menyatakan bahawa beliau menghidap narkolepsi atas sebab kekurangan tidur. Disebabkan oleh insiden tersebut, video beliau tertidur disiarkan di media sosial dan seluruh dunia kenal beliau. Satu nama gelaran telah diberikan kepada beliau... Tapi itu masa yang akan datang...

[Okay! Apa jadual untuk hari ini?] (Pengerusi???)

[Untuk hari ini, Tuan ada mesyuarat bersama dengan lembaga pengarah pada pukul 9 nanti berkenaan perkembangan hasil jualan produk-produk kita serta isu-isu berbangkit. Pukul 2 petang ni pula, Jabatan CII(Creation, Imagination, & Innovation) ingin berbincang dengan Tuan berkenaan projek baru yang akan dilaksanakan untuk hujung tahun ni. Dan akhir se-] (Mia)

*Truut! Truut!

[??!!] (Pengerusi???/Mia)
Telefon diatas meja berdekatan lembaga tersebut berbunyi.

*Click!
Lembaga itu mengangkat ganggang telefon tersebut dan menjawabnya.

[Hello?! Tuan Pengerusi!! Kita dah berjaya dah!!! 2 DuNia dah siap 100%!!! Usaha kita akhirnya berjaya Tuan!!!] (???)
Jelas pemilik suara tersebut dalam nada yang gembira.

[Betul ke Tuan Pengerusi?!Akhirnya~~] (Mia)
Suara Miia seakan-akan sebak meluahkan kata-kata tersebut.

[Huuuhhh~ Akhirnya... Terima kasih J! Nampaknya kita dah boleh berganjak ke fasa yang seterusnya.](Pengerusi???)
Tutur lembaga itu kepada suara di dalam telefon tersebut.

[Sama-sama Tuan! Saya akan lengkapkan persiapan untuk fasa kedua. Tuan datanglah ke makmal saya bila Tuan dah bersedia.]( J )

[Baiklah, kita jumpa nanti!](Pengerusi ???)

*Click
Lembaga itu meletakkan semula ganggang telefon tersebut ke tempat asalnya.

[Mia! Cancel appointment saya dengan lembaga pengarah pagi ni! Cakap kat mereka yang saya tak cukup tidur dan takut narkolepsi saya datang balik. Postpone mesyuarat saya dengan mereka kepada hari esok! Saya nak jumpa J sekarang juga untuk bantu siapkan fasa ke dua. Faham?](Pengerusi???)

[Faham Tuan Pengerusi!](Mia)
Angguk Mia.

[Baiklah, saya gerak ke makmal dulu! Jumpa kat sana nanti!] (Pengerusi???)
Lembaga tersebut melangkah laju keluar dari bilik tersebut seakan-akan berlari-lari anak.

Mia melihat lembaga itu keluar dari bilik dan menoleh kearah langsir di bilik tersebut.
Mia bergerak kearah langsir itu dan menyelaknya sehingga cahaya mentari menerangi bilik tersebut.
Mia berbisik kepada dirinya

[Sekarang, kerja kita dekat bahagian 'sini' dah selesai. Tapi untuk bahagian 'sana' pula macam mana? Siapa yang dapat bantu selamatkan Du Nia...?](Mia)
.......
....
..

2 DuNiaWhere stories live. Discover now