BAB 1- Hitam Putih

23 5 2
                                    

Hai pembaca sekalian, Persona di sini. Maaf lambat sangat update . Ada hal sikit kat dunia fana ini hahaha. Jom kita teruskan semula dengan dunia imaginasi kita ni. Enjoy 🙌

Panduan:
1."...." -dialog watak
2.(....) -watak cakap dalam hati/nama watak yang berdialog.
3. *-sound effect

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

.
..
....

"GRUUUUUUAAAHHHHH!!!!!!"(??)

Ngauman yang garau dan memekikkan tersebut menenggelamkan bunyi-bunyi di kawasan sekeliling. Burung-burung berterbangan dan kedengaran pergerakan-pergerakan makhluk didalam hutan seakan-akan berlari dari kawasan tersebut. Hanya kesunyian yang datang selepas bunyi-bunyi tersebut hilang.

Makhluk tersebut berdiri dengan kedua-dua kakinya seakan manusia bertentangan dengan Haiz dalam jarak 100 meter. Makluk tersebut bediri gah setinggi bangunan enam tingkat sambil memandang tepat kearah Haiz. Makhluk tersebut seakan-seakan menyatakan bahawa dialah raja di kawasan ini.

Walaupun dengan jarak tersebut makhluk itu masih kelihatan terlalu besar bagi Haiz. Haiz membeku dan melihat tepat ke mata makhluk tersebut. Mata tersebut seakan menyatakan bahawa dia sekadar makanan sahaja di hadapan makhluk tersebut. Tiada apa pun yang dapat menggambarkan perasaan Haiz sekarang ini.

Haiz memacakkan pedang yang berkarat di tangan kanannya itu dihadapannya untuk dijadikan sebagai tongkat untuk dia berdiri. Kelihatan darah mengalir dari kepala Haiz dan tangan kirinya tergantung longlai berlumuran darah.

"Tak guna, mengarut apa game ni? Awal-awal dah level Hard. Kenapa mesti naga, takde makhluk lain ke? Kalau aku tahu aku aku tak buka game ni tadi."

Betul, seakan-akan permainan yang berada pada tahap kesukaran yang paling tinggi. Makhluk dihadapan nya adalah seekor naga bewarna hitam disalut emas dihujung sisiknya dengan mata merah menyala seakan delima. Naga tersebut membuka mulutnya. Kelihatan gigi-gigi taring bersusun seakan gergaji di mulutnya.

*PIIIIUUUU

Tiba-tiba kelihatan seakan-akan cahaya biru muncul di udara dan berkumpul dikeliling mulut makhluk tersebut. Turut kedengaran bunyi seperti laser tengah dicas. Apabila cahaya biru itu berkumpul, kelihatan satu sfera cahaya berwarna biru terhasil dihadapan mulut makhluk tersebut.

(Tak guna, dia nak tembak lagi ke? Takpe, ni peluang ni. Nampak macam tak besar sangat benda tu. Mungkin aku sempat elak bila benda tu dah dekat nanti.) -Haiz

Bagi Haiz, dia lebih rela untuk mengelak tembakan sfera cahaya tu berbanding daripada menerima serangan fizikal dari makhluk tersebut. Ini kerana keadaan dirinya yang cedera parah tak mampu untuk mengelak dari serangan fizikal makhluk tersebut.

Haiz bercadang untuk mengelak tembakan tersebut dan melompat ke arah cerun di arah kanannya. Haiz perasan diekor matanya kelihatan sebatang sungai di hujung cerun tersebut. Haiz bercadang untuk dihanyut dengan arus air sungai itu supaya dia dapat lari dari makhluk tersebut. Dia tak pasti sama ada dia boleh berenang atau tidak dengan keadaan dirinya yang sebegini.

(Tak kisahlah apa jadi lepas aku masuk sungai nanti. Yang penting aku nak selamat sekarang. Berenang tu fikir kemudian.)

Haiz mencabut pedang di tangan kanannya dari tanah dan berdiri dalam posisi untuk menyerang. Haiz hendak menipu makhluk tersebut untuk percaya bahawa dia akan menyerang. Sebaliknya, Haiz sedang bersedia untuk melarikan diri.

"WOI NAGA BOD*H!!! KENAPA LEMBAP SANGAT? AKU DAH TUA BANGKA TUNGGU KAU SERANG DARI TADI!!! " (Haiz)

Haiz tak pasti sama ada dia sekadar berimaginasi kerana kelihatan urat timbul dipermukaan kepala naga tersebut seakan-akan marah dengan percakapan Haiz tadi. Sfera biru dihadapan naga tadi bertukar warna kepada hitam serta merta. Haiz terpaku.

2 DuNiaWhere stories live. Discover now