BAB 2- Haiz

13 3 0
                                    

Hai semua, Persona kembali lagi dengan bab yang seterusnya. Maaf lambat sangat, sori korang 🙇. Baiklah, kita teruskan. Teringat balik masa zaman sekolah dulu. Takde banyak benda yang kena fikir. Buat kerja sekolah, main, belajar, lepak, tidur. Sejak nak menempuh alam dewasa ni makin terbeban rasa. Tulah, masa kecil dulu tak sabar nak dewasa, sekarang dah dewasa barulah rasa nak kecik semula. Haih 😩
Anyways, we are going to learn about our MC(Main Character). It's gonna be long. Please bear with it. Enjoy!!!! 🙆

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

.
...
....

*SCCRREEETTT!!!!

Sebuah kereta merah menyala berjenama Skyline GTR Type R berhenti secara mendadak dihadapan bangunan sekolah. Beberapa orang pelajar dalam perjalanan ke sekolah tersebut memandang kearah kereta merah itu.

Kelihatan Haiz keluar dari tempat penumpang kereta tersebut. Haiz menutup pintu kereta tersebut dan bergerak kearah pintu pagar sekolah.

*PIN! PIN!

Haiz menoleh kebelakang dan melihat kearah kereta tersebut. Tingkap kereta tersebut diturunkan dan kelihatan Alia sedang melihat ke arah Haiz.

"Haiz, lupa nak cakap. Hari ni akak tak tahu balik pukul berapa. Nanti lepas balik sekolah Haiz telefon akak dulu ya?" (Alia)

"Okay!" (Haiz)

"Alright, love you! Mmuaahh!" (Alia)

Alia mengenyitkan mata kanannya sambil membuat 'flying kiss' ke arah Haiz. Haiz tersentak dengan tindakan Alia.

"Bye!!" (Alia)

*SSSCCRREEEETTTT!!!
*VVRRROOOMMM!!!

Alia menutup tingkap kereta tersebut lalu memecut laju ke jalan besar dan hilang dari pandangan.

"Haih~ "

Haiz mengeluh dan hanya mampu tersengih sahaja diatas tindakan Alia tadi.

Haiz menoleh semula ke arah pintu pagar sekolah dan melangkah masuk ke dalam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

*KRRRRIIIIINNNNNNGGG

Loceng menandakan waktu kelas bermula telah berbunyi. Kelihatan kelibat pelajar dan guru bergerak masuk ke dalam kelas masing-masing. Disudut tangga di tingkat empat, Haiz sedang penat menaiki tangga menuju ke kelasnya. Haiz merupakan pelajar kelas pertama iaitu Tingkatan 5 Jaya. Disebabkan kelas tingkatan 5 ditempatkan ditingkat paling atas, Haiz terpaksa menaiki tangga setinggi empat tingkat setiap hari. Walaupun perkara ini dianggap remeh bagi pelajar sebaya dengan Haiz, ianya tidak mudah bagi Haiz.

Ini kerana Haiz jarang aktif bersukan dan melakukan aktiviti lasak melainkan dia rasa perlu. Haiz lebih suka bermain permainan video, membaca komik dan menonton anime sepanjang hari. Pernah juga Haiz aktif didalam sukan sebelum ini seperti tennis, softball dan memanah. Setiap permainan tersebut disertainya atas tujuan berbeza.

----------------------flashback----------------------

Haiz bermain tennis ketika darjah enam. Ini disebabkan anime 'Prince of Tennis' tengah terkenal pada waktu itu lalu mempengaruhi Haiz untuk menyertai kelab tennis. Haiz berlatih bersungguh-sungguh setiap hari kerana dia tak pernah dipilih untuk mewakili sekolah dalam apa-apa acara sekalipun. Berkat usahanya,Haiz mendapat naib johan diperingkat negeri dan berhenti bermain setelah memasuki sekolah menengah.

2 DuNiaWhere stories live. Discover now