Teaser 1

3.2K 182 36
                                    

Hai semua. Lama tak on wattpad. Ingat lagi ke cerita ni? Berita baik untuk semua yang mengikut kisah ni sejak dari 2017 lagi. M nak bagitau. Ianya bakal di bukukan tak lama lagi! Siapa yang tertunggu-tunggu lama dulu lagi. Stay tune tau! Kena dapatkan naskah yang sweet sangat ni. 😘

Ok. Jom kita bagi teaser. Sikit dulu okay. 😉

🌼🌼🌼

Teaser 1
#semanismimpi
#Mellmariann
#Akandatang

Versi belum edit.

Terkebil-kebil aku pandang syiling putih yang melatari ruang bilik rumah yang disewa aku itu. Merenung betapa sunyinya hidup aku saat ini.  Patutlah emak asyik suruh kahwin. Memang sunyi sepi saja hidup aku. Kalau bersuami kan seronok juga. Ada juga peneman. Dulu-dulu ada juga kawan serumah. Tapi lepas Faizah berkahwin, Normah dapat kerja jauh. Tinggallah aku seorang. Mujurlah Pakcik Rahim, Tuan rumah aku itu faham. Suruh aku bayar duit sewa bilik saja sampai jumpa kawan serumah yang lain. Kalau tak mampus aku nak bayar dekat sembilan ratus sebulan. Separuh gaji aku kut!
Penat berbaring, aku bangkit menuju ke tepi tingkap. Aku dongak ke langit. Pandang bintang malam yang berkerlipan. Kalaulah hidup aku gemerlapan seperti itu.
Haih.. Entah apa nak jadi dengan hidup aku. Kerja pun so-so saja. Kekasih pun tak ada. Ada crush, crush dah bagi amaran supaya jauhkan diri dari dia. Lebih malang lagi crush itu sahabat baik aku sendiri. Dari zaman kampus dulu lagi.
Pedih rasa hati aku bila ingat semula. Dia suruh aku jauhkan diri dari dia sebab dia dah ada kekasih. Kekasih yang lebih segalanya dari aku. Aku? Apa yang aku ada? Jimmy adalah, kereta aku itu. Itupun loan tak habis bayar lagi.
Teringat pesan arwah ayah.
“ Nayli.. Hidup ini bukan semanis mimpi. Tak salah berangan. Tapi Nayli kena bijak kawal perasaan Nayli. Jangan sampai Nayli terlalu berharap dengan angan-angan Nayli itu.”
Itu sebab aku dulu selalu beritahu angan-angan aku pada ayah. Tentang segala impian aku yang indah-indah.
Nak kerja bagus-bagus, Nak dapat suami kacak dan kaya. Nak hidup bahagia dengan anak-anak. Tapi baru sekarang aku sedar. Hidup ini tidak semanis mimpi, tidak seindah impian.
Bibirku dengan sendirinya mengoyak senyum nipis mengenangkan kata-kata arwah ayah dahulu.
‘Nayli patut lupakan dia kan ayah? Nayli tak patut taruh harapan pada dia kan ayah?’
Aku harap sangat perasaan ini akan cepat berlalu. Sesak dada aku bila fikir cinta aku yang bertepuk sebelah tangan ini. Jadi, mulai malam ini aku mohon sesungguh hati pada pemilik cinta sebenar untuk buang segala rasa yang aku ada saat ini untuk Wadi, sahabat baik merangkap crush aku itu. Aku tak mahu lagi terbeban dengan rasa yang mencengkam jiwa ini. Aku tidak mahu rasa yang sia-sia ini.
Aku hela nafas. Anak mataku jatuh menghala ke arah rumah kosong disebelah rumah sewaku itu. Dengar kata sudah ada pembeli. Aku harap aku dapat jiran yang baiklah. Macam Kak Liza dan abang Jaafar yang pernah menyewa dirumah itu dahulu. Tapi, sekarang mereka sudah beli rumah sendiri. Yang lebih dekat dengan tempat kerja abang Jaafar. Dulu-dulu aku selalu kagumi pasangan itu. Hidup tidaklah semewah mana. Tapi bahagia.
Aku raup muka. Banyak sangat aku fikir malam ni. Baik aku pergi ambil wuduk. Buat solat sunat dua rakaat dan tidur.  Esok nak kerja kut!

🌼🌼🌼

“Hai Lily. Minum oat je? Jomlah makan nasi lemak. Kak Sham tapau dari gerai dekat dengan rumah Kak Sham tadi. Sedap tau. “ Kak Sham ambil duduk di sebelah aku. Nasi lemak diletakkan ke atas meja bulat yang disediakan diruang pantri pejabat kami itu.
“Tak apalah Kak Sham. Ni pun dah kenyang.” Aku tolak pelawaan Kak Sham, rakan sekerja aku itu. Aku hirup oat yang aku bancuh tadi.
“Kak Sham tengok kau asyik termenung saja sekarang ni. Kau ada masalah ke? Dengan Wadi?” Sambung Kak Sham sambil mengangkat kening sebelah. Aku terbatuk kecil. Macam tahu-tahu saja Kak Sham ni.
Aku tarik senyum tawar. Sorok rasa gugup aku. Jelas sangat ke yang aku terganggu dek perihal Wadi?
“Tak ada apalah Kak Sham. Saya tengah pening fikir fasal rumah. Sampai sekarang tak ada penyewa lagi,” dalihku. Itu satu lagi hal yang memeningkan aku. Takkan aku terus susahkan Pak Cik Rahim? Dia bagi sewa mungkin sebab nak tampung hidup dia. Walaupun aku tahu Pak Cik Rahim memang kaya. Bukan rumah yang aku tinggal itu saja dia buat sewa. Banyak lagi rumah dia. Belum lagi tanah-tanah dekat kampung. Sebab tu dia tak kisah bayar sewa murah. Tapi seganlah aku, aku penyewa saja kut. Bukan anak dia.
“Apa susahnya Lily. Kahwin je. Seumur hidup jadi teman serumah  tau.” Kak Sham tolak bahu aku dengan ketawa besar. Balik-balik itu cadangannya. Kahwin. Sama macam emak aku. Aku juling mata ke atas.
“Kalaulah cari suami tu senang macam beli nasi lemak. Dah lama saya kahwin Kak Sham. Masalahnya sekarang. Tak ada yang nak kat perempuan kolot macam saya ni. Lelaki kata aje tak pandang rupa. Tapi mata terbelalak jugak terpesona dengan yang cantik kebaboom tu.” Terjuih bibir aku membalas kata-kata Kak Sham. Memang begitulah selalunya. Mulut saja kata tak suka perempuan yang cantik bermake-up. Tapi lalu saja terteleng terus kepala. Sama seperti lelaki yang aku taruh harapan dulu itu. Wadi.

Semanis Mimpi ( Sudah Terbit) Where stories live. Discover now