Aduh Nayli.. Main melantak je tak kira alergik Kan? Maklumlah orang belanja. 😅
http://www.wasap.my/60173255126/NovelMell
Sebaik sampai ke mejaku. Aku langsung ke pantry memandangnya masa ada sedikit sahaja lagi untukku bersarapan.
"Eh.. Lily. Nasi lemak harini? Macam tak percaya je." Tegur Kak Sham yang sedang menyisip air Milo.
Aku letakkan bungkusan nasi lemak di meja bulat yang terletak di pantry itu.
"Orang belanja Kak Sham." Aku sengih sebelum bergerak ke rak mengambil sudu dan pinggan.
"Wadi?" Tanya Kak Sham. Hurm. Semua orang pun tahu tentang kami.
"Wadi mana makan semua tu Kak Sham. Dahlah Lily. Lupakan Wadi tu. Aku yang dok depan kau ni kau tak nak. Aku pun jambu jugak." Sampuk Saiful yang entah datang dari mana.
Aku jeling Saiful tajam. Tak suka dengan kata-katanya.
"Sibuklah kau. Aku dengan dia bukan ada apa-apa." Rengusku garang.
"Tengok. Sebab kau garang macam ni Wadi tak mahukan kau. Cuba jadi lembut macam Wardah tu. Manja." Giat Saiful lagi. Menanah telinga aku mendengarnya.
"Biarlah aku garang pun. Tepi, aku nak bancuh air." Halauku pada Saiful yang berdiri disebelah tempat membancuh air.
"Ehh. Tak payah bancuh air Lily. Itu haa. Kak Sham dah bancuh Milo. Tadi Bos baru mintak." Halang Kak Sham sebelum aku membuka nescafe 3 in1 itu.
"Oh yeke? Thanks Kak Sham. Tapi sekejap. Bos baru?" Soalku lalu mengambil duduk di hadapan Kak Sham. Tak tahu pula kami bakal mendapat bos baru. Macam mana aku boleh terlepas berita?
"Siapa kak? Lelaki ke perempuan? Cantik tak? Handsome tak?" Saiful terus menyoal bertubi-tubi. Kepochi betul lah mamat ni. Laju dia menarik kerusi disebelah Kak Sham.
"Lelaki. Handsome. Dengar kata bujang lagi. Umur 33 tahun. Dari HQ kita di Johor tu,” beritahu Kak Sham selamba sambil hirup air milonya.
"Dengar kata juga bos baru tu cucu Big Boss dekat HQ. Cucu Dato’ Hajar.” Sambung Kak Sham. Aku senyum nipis. Dah tentulah kaum kerabat juga yang dihantarnya.
"Makan Kak Sham.. Pul." Pelawaku sekadar berbahasa pada mereka berdua. Malas mahu lanjutkan perbualan lagi. Nanti tak pasal-pasal lambat pula siap makannya.
Selepas membaca doa makan aku teruskan suapan. Ya Allah. Sedap sungguh nasi lemak sambal sotong ini. Lamanya aku tak makan sambal sotong.
"Eh. Lily? Kamu makan nasi lemak sambal sotong?" Tegur Kak Sham.
"Ya.. kenapa Kak?" Aku terhenti seketika dari menyuap nasi.
"Err..Tak ada apa. Cepat sikit. Bos baru tu nak adakan breefing dengan semua staff kejap lagi pukul sembilan suku nanti, " beritahu Kak Sham. Serentak itu kami melirik jam dinding. Alamak! Sudah jam 9 pagi. Kelam kabut aku habiskan suapan.
Sedang aku mengemas fail-fail kerjaku aku terasa badanku dihurungi rasa gatal dan miang. Nak kata aku tak mandi. Aku mandi kut.
Tanganku mula menggaru sana sini. Ya Allah. Apahal pula ni? Lama aku tak gatal-gatal macam ni.
"Cepat Nayli. Semua dah berkumpul kat bilik meeting." Panggil Suraya, kawan sekerjaku yang lain dari mejanya.
Cepat-cepat aku bergegas mengikut langkah Suraya.
Aku masih tergaru-garu. Aduh.. gatal sungguh ni..
"Lily. Kenapa muka kau bengkak?" Tegur Suraya saat kami sudah berada dalam bilik meeting. Berdiri beramai-ramai bersama staff lain. Termasuk Wadi dan Wardah yang berdiri di hujung sana. Wadi kulihat memandang tajam padaku.
"Hah? Bengkak? Teruk ke Su?" Aku mula cemas. Tangan aku naik menyentuh muka. Rasa gatal semakin menjadi-jadi. Badan mula berpeluh-peluh.
"Kau makan apa?" Suraya tanya dengan kening berkerut. Baru aku teringat yang aku alergik pada makanan laut. Lagi-lagi sotong. Allahu..
"Aku.." Pandanganku mula berbalam-balam. Tahulah aku alergik aku sudah semakin teruk.
"Bos.." Aku dengar suara Suraya sebelum aku melorot jatuh dan ada tangan yang menyambut tubuhku.
Selepas itu segalanya gelap.#Teaser4
#Semanismimpi
#Mellmariann
YOU ARE READING
Semanis Mimpi ( Sudah Terbit)
RomanceNawal Nayli, cintanya pernah berputik pada sahabat sendiri. Namun sayang cintanya tak bersambut. Dia dianggap sekadar teman tapi mesra oleh Wadi. "Lily, Saya minta maaf sekali lagi. Tapi Saya perlukan ruang untuk kenali orang lain. Saya dah ada kek...