Teaser 8

1.9K 164 89
                                    

"Wadi?" Cepat- cepat aku betulkan diriku supaya berdiri tegak. Pautan tangan Encik Nuh aku leraikan segera.
Wadi mencerlung tajam pada kami berdua.
"Tak sangka awak benarkan lelaki masuk rumah awak." Wadi peluk tubuh dengan senyum sinis.
Aku tercengang mendengar kata-kata Wadi. Wajahnya yang dingin aku pandang bagai ingin menelan dia. Malu aku pada Encik Nuh. Aku kemam bibir kuat-kuat. Geram dengan Wadi.
"Bukannya saya ajak saja-saja. Along yang ajak. Awak tu, kenapa tiba-tiba muncul?" Bidas aku agak kasar. Berubah wajah Wadi dengan intonasi aku.
"Kenapa? Dah tak boleh ke saya jumpa awak?" Dia soal kembali. Mata Wadi melirik pada Encik Nuh. Pandangan tidak puas hati.
Aku toleh pada Encik Nuh yang tergeleng kecil mendengar pertelingkahan kami.
"Saya ke depan dulu jumpa Along." Encik Nuh memohon diri seolah memberi ruang untuk aku dan Wadi.
"Awak ni kenapa? Tak malu ke kat bos?" Aku mendekat pada Wadi. Suaraku sedikit berbisik geram padanya sebaik bayang Encik Nuh menghilang. Tangan sudahku kepal menahan sebal dengan tingkah Wadi yang agak kurang ajar itu. Sudahlah tidak bertegur sapa dengan Bos sendiri!
“Bos kat opis aje. Kat sini bukan. Eh sekejap. Macam mana dia ada sini? Dia bermalam dekat sini ke?” Wadi pandang wajah aku curiga. Ya Allah! Aku rasa nak ketuk-ketuk aje kepala mamat ni. Dia fikir aku ni apa?
“Awak fikir saya ni apa Wadi? Kalau dengan awak yang saya kenal dari zaman U lagi saya tak ajak sebarangan. Inikan bos yang saya baru kenal tu? Awak ni makin melampau tau!” Nada aku sudah mencanak naik. Mustahil dia tak kenal aku. Dia juga yang selalu pesan pada aku supaya menjaga diri. Takkan dia lupa?
Aku merengus kasar. Lagi berlama aku dengan dia lagi aku sakit hati. Baik aku angkat kaki.
Baru saja aku mula melangkah Wadi menarik lengan aku.
“I’m sorry.. Saya minta maaf okay? Saya cuma terkejut tengok dia dalam rumah awak. Tengah pegang awak lagi. Okay. Bagitau saya sekarang. Macam mana dia ada sini?” Nada Wadi sudah mengendur. Dia merenung lembut ke mata aku dengan senyuman. Ah! Kalah aku kalau Wadi sudah mula memandang aku dengan cara begitu.
Aku hela nafas. Lengan aku gerakkan supaya Wadi melepaskan pegangannya.
“Dia jiran sebelah. Along ajak makan sini sebab dia tolong repair Jimmy.” Laporku mendatar. Masih kecil hati bila Wadi sewenangnya menuduh aku membawa lelaki ke rumah.
“Oh.. kenapa tak bagitau awal-awal. Boleh pulak dia berjiran dengan awak eh? “ Wadi usap dagunya seolah memikirkan sesuatu. Malas aku mahu melayannya. Lepas dia sakitkan hati aku. Boleh pulak dia berlagak biasa. Itu yang aku tak suka tentang sikapnya. Entah kenapa aku boleh jatuh cinta pada dia dulu.
“Mana saya tahu. Dahla. Saya nak ke depan. Tak elok perempuan dan LELAKI berdua begini lama-lama.” Sengaja aku tekankan perkataan lelaki itu. Mengingatkan dia yang selalu berpesan hal itu bila ada lelaki yang mendekatiku.
Terus aku buka langkah menuju ke ruang depan dimana Along dan yang lain-lain berkumpul. Wadi hanya mengekoriku dari belakang.
“Nayli.. sihat dah ke? Wadi bagitau umi, Nayli kena alergi. Terus Umi paksa dia bawa Umi ke sini.” Umi Wadi terus menerpa aku bila aku muncul disitu. Lenganku ditarik ke sofa dan didudukkan sebelahnya.
“Wadi tak bagitahupun nak datang sini dengan Umi.” Aku pandang Wadi yang selamba melabuh duduk di sebelahku dengan tangannya di depang kebelakangku.
Sempat lagi selepas itu aku kerling Encik Nuh yang berborak dengan Along di hadapanku. Di sofa dua. Mataku bertembung dengan anak mata Encik Nuh seketika sebelum dia larikan pandangannya menumpukan perhatiannya pada Along semula.
“Wadi ni memang. Dia tak mahu datang tadi. Nak keluar dating katanya. Tapi Umi yang tak senang duduk fikirkan Nayli. Entah dengan siapa-siapa nak berdatingnya. Suruh bawa jumpa Umi tak mahu pula.” Cebik Umi. Aku senyum kekok pada Umi. Ternyata Wadi langsung tak risaukan aku. Tentunya dia ada date dengan Wardah. Gadis itu kan kekasihnya sekarang.
“Biarlah Umi.. dah sampai waktunya dia cari pasangan hidup.” Aku cuba berseloroh. Paha Umi aku usap perlahan. Aku tahu Umi memang mahukan aku jadi menantunya dari dulu. Tapi Wadi selalu katakan yang kami hanya kawan rapat. Tak lebih dari itu hingga Umi sendiri berputus asa. Malas mahu fikirkan hal anak bujangnya itu.
“Yang depan mata tak mahu. Sibuk cari lain. Tak faham Umi.”
“Ala Umi ni. Tak sudah-sudah. Taulah sayang dekat Lily. Ada jodoh Wadi dengan Lily adalah. Umi tak payah risau. Lily bukan kemana pun kan.” Sampuk Wadi selamba. Yakin betul dia aku akan tunggu dia dan cinta aku akan teguh untuk dia. Wahlal apa yang aku rasa pada dia kini semakin kosong.
“Ada sajalah jawapan kamu. Kamu fikir Nayli akan tunggu kamu selamanya. Malaslah Umi nak ambil tahu pasal kamu. Jangan nanti dah ada yang nak dekat dengan Nayli. Kamu meroyan pula.”
Wadi buat tak peduli bebelan Umi. Tangannya sibuk berbalas whatsapp sambil tersenyum-senyum.  Tak adanya dia nak meroyan Umi. Suka lagi adalah. Tak ada perempuan kuno ni dok menganggu dia lagi.

#Teaser8
#Semanismimpi
#Mellmariann

#Teaser8#Semanismimpi#Mellmariann

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Semanis Mimpi ( Sudah Terbit) Where stories live. Discover now