Teaser 3 ( Pre Order dibuka)

1.9K 164 59
                                    

Kalau sebelum ini setiap malam dia buat aku terasa damai. Lain pula setiap pagi, bahang hati aku sudah mencanak ke ubun-ubun.
'Sabar Nayli sabar' Tangan kukepal kuat-kuat. Bimbang aku terlepas amarah aku.
Arghh! Aci tak aku toreh panjang-panjang kereta dia yang halang pintu pagar rumah aku itu!
Aku jeling jam ditangan. Jarum pendek dan panjang sudah menunjukkan angka 7.40 minit pagi. Tolonglah... Sudah hampir seminggu aku tiba cukup-cukup jam 9 pagi setelah menempuh jam. Aku kena tunggu Yang Berhormat sebelah rumah ni keluar dulu. Baru aku boleh pergi kerja.
Tak boleh jadi. Aku menapak ke tepi pagar batu yang menjadi pemisah rumah aku dan jiran tak kuhadap itu. Ya. Hampir seminggu juga aku jadi pengendap sejati dia setiap pagi. Stress!
Aku menyeluk handbag bila telefon pintarku bergegar  tanda ada panggilan masuk.
"Lily, lambat lagi ke?" Suara Wadi menyapa saat aku menyambut panggilan.
"Ya. Mamat sebelah ni buat hal lagi," rengusku dengan mata yang meliar melihat kalau-kalau kelibat tuan rumah sebelah muncul.
"Hurm... So, tak dapat lah nak sarapan sama ni?" Terdengar keluhan nipisnya.
"Hurm, macam tulah.”
"Nak saya ambil ke?"  Wadi pelawa diri pula. Tolong Wadi. Jangan tunjuk caring macam ni. Aku takut aku menaruh harapan lagi. Sejak sesi luahannya. Aku cuba kuatkan diri mengelak darinya. Sungguh hati aku masih tak kuat. Padahal dia juga yang suruh kami jarakkan hubungan. Aku tak fahamlah dia ni.
"Nope. Tak payahlah. Susahkan awak je."
Bunyi pintu rumah sebelah dibuka membuat aku laju berpaling ke situ.
"Oklah Wadi. Mamat tu dah keluar rumah." Pantas aku matikan panggilan.
Dengan selamba lelaki itu keluar dari pintu pagar. Aku faham dia baru pindah. Tersangatlah faham. Halaman rumah dia sedang renovation dan dia tak boleh parkir keretanya di situ. Tapi kenapa mesti depan rumah aku? Dah tak ada tempat lain ke?
Aku menapak mengejar langkahnya ke keretanya yang terparkir elok di hadapan pintu pagar rumahku.
"Awak! Berapa kali saya dah pesan. Jangan park depan rumah saya!" Marahku. Tangan sudahku cekak ke pinggang. Mata aku mengecil mencerlung tajam padanya.
Dia yang baru membuka pintu kereta menoleh ke arahku dengan riak kosong. Muka yang selalu dia tayang. Aku ingat dia ni tak ada perasaanlah. Entah apa-apa punya manusia.
Tanpa berkata apa. Dia melolos masuk ke kereta dan memecut pergi.
Argghhh! Geramnya!! Kan aku kata. Teruk betul punya perangai!
Kaki aku hentak lalu pintu pagar aku buka dengan kasar. Hilang mood aku pagi-pagi ni.
Aku hayunkan kaki ke arah Jimmy yang sudah kupanaskan enjinnya.
Baru saja aku ingin mulakan pemanduan. Jimmy terbatuk-batuk. Bagus! Malang betul nasib aku akhir-akhir ini.
Berkali-kali aku cuba hidupkan enjin. Tetap juga tidak berjaya.
Sabar Nayli sabar.
Aku tarik nafas dalam-dalam. Nampaknya terpaksa aku naik pengangkutan awam. Pantas handbag kucapai. Bumbung Jimmy aku ketuk perlahan.
‘ Kau memang sengaja tau Jimmy. Buat aku excersize pagi-pagi macam ni.’ Gumamku langsung melangkah ke pintu pagar. Kunci pintu pagar. Haruslah aku pastikan keselamatan rumah dan juga keretaku itu. Memang aku ikut segala saranan Along bila dia mendapat tahu aku tinggal seorang. Sebab dia tahu kadang-kadang adik dia yang seorang ini cuai.
Mujur juga rumah aku tidak terlalu jauh dari jalan besar.
Aku menapak laju menyusuri lorong rumahku. Nun di hujung jalan, terdapat gerai jualan nasi lemak. Gerai Mak Bibah. Kadang-kadang aku singgah juga beli rasa teringin.
Eh! Macam kenal aje figura mamat yang sedang berdiri depan gerai Mak Bibah tu. Siapa lagi kalau bukan jiran tak kuhadap!
Ini semua dia punya fasal! Geramnya aku. Terkumat kamit mulutku menyumpah dia.
"Dik. Nasi lemak dik. Kuih pun ada,” tegur Mak Bibah waktu aku melintasi geramnya.
Aku menggeleng kecil sambil tersenyum nipis. Pada lelaki itu, aku berikan jelingan maut.
Dia pandang aku sekilas dengan kerutan di dahi. Serupa hairan kenapa aku jeling dia. Baru aku nampak eksperesi muka dia sikit.
"Bagi dua makcik. Lauk sambal sotong." Sempat aku dengar dia memberi pesanan. Untuk girlfriend gamaknya. Fikir aku. Orang kacak macam itu mustahillah tak ada kekasih kan?

#Teaser3
#Semanismimpi
#Mellmariann

Close Date : 10 Disember 2019

Untuk maklumat lanjut, sila whatsApp link di bawah.

http://www.wasap.my/60173255126/NovelMell

my/60173255126/NovelMell

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Semanis Mimpi ( Sudah Terbit) Where stories live. Discover now