Teaser campak-campak 3

2K 201 52
                                    

Masuk sahaja dalam bilik Encik Nuh. Dia menarik lenganku hingga aku terdorong merapat padanya. Mujur  aku tak tersembam di dada sasanya itu.
“Apa bos ni?” Ternaik nadaku bila dia bertindak begitu. Wajahnya serius merenung tajam pada aku.
“Tell me. Apa dia cakap pada awak tadi? Did he hurt you?” Terbuntang mataku mendengar soalan darinya. Dia sedar ke apa yang Wadi buat pada aku tadi?
Aku kemam bibirku.. Menunduk ke lantai
“Bos.. saya nak berhenti kerja.. saya tak boleh..” Jujurnya aku mungkin nampak tabah tapi hati aku rapuh. Aku tak sanggup berhadapan dengan semua ini. Aku tak boleh hiraukan mata-mata yang memandang sinis pada aku dan dia tadi. Yang lebih penting aku tak tahu nak berhadapan dengan Wadi macam mana. Wajah bengis dia betul-betul mengganggu aku.
Encik Nuh hela keluhan nipis. Dia lepaskan pegangannya sebelum meraup mukanya.
“Please.. bertahan untuk tiga bulan saja. Lepas tu everything will be okay.”
“Tiga bulan?” Aku pandang wajahnya dengan rasa pelik.
“Okay. Two weeks. Untill we get married. Awak perlu berada disisi saya saat ini.” Aku pandang matanya yang kelihatan mengharap. Hidung aku yang mula berair tadi aku kesat dengan hujung lengan baju.
“Baiklah. Saya ikut encik tunang saya saja.” Memang patutlah aku cuba belajar jadi pasangan yang memahami kan? Kalau dah dia kata begitu. Aku ikut saja.
Encik Nuh melebar senyum.
“Sebut lagi.” Arahnya.
Aku angkat kening. “Sebut apa?”
“Tadi tu.. ikut siapa?”
“Ohh.. ikut Encik Tunanglah.” Aku jeling dia. Sengajalah tu.
“Bahagia je rasa. Kalau panggil Encik Suami mesti lagi bahagia kan?” Dia pegang dadanya dengan senyuman bahagia.
“Awak. Sini dekat saya.” Panggilnya.
“Kenapa?” Aku mendekat padanya.
“Sentuh sini kejap.” Dia tunding dadanya. Membulat mata aku dibuatnya.
“Tak mahulah!” Aku geleng  laju.
“Alah.. sentuh sikit je. Lapik baju kan? “ Ish.. dia ni mengada-ngada pulak. Tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Tiba-tiba gedik semacam je.
Aku hulur tangan  menyentuh dadanya.
“Feel it?” Bisiknya dengan suara yang husky. Seksi kut! Aduhh! Menggeletar rasa lutut aku. Aku angkat muka memandang wajahnya. Dia beri satu renungan redup.
“Rasa?” soalnya lagi. aku terkelu. Tenggelam dalam renungan matanya.
“Rasa bertapa debarnya hati saya untuk awak..”

”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Semanis Mimpi ( Sudah Terbit) Where stories live. Discover now