Aku cuma gadis biasa. Lahir dari ibubapa dari keturunan yang biasa juga. Nenek moyang kami hampir pasti cuma petani-petani yang berumah di hujung kampung dan tidak pernah melihat Sultan. Malah tidak pernah pun melihat hulubabalang Sultan. Atau hamba-hamba Sultan. Kita-kita ini cuma orang-orang yang sederhana, tidak pernah mendapat rezeki yang melimpah ruah, semuanya cuma cukup-cukup makan. Tidak pernah lebih, tetapi tidak pernah tiada. Tidak terlalu kenyang, tidak terlalu lapar. Anak-anak muda keturunan kami semuanya di lahirkan cukup sifat, membesar dengan sederhana, dan mati sebagai orang tua yang sederhana akibat penyakit yang sederhana.Begitulah sederhananya aku dan keluargaku.
Apabila aku bertemu dia, perasaan ku seperti ... how do I say it ... tertanya-tanya. Sentiasa tertanya-tanya. When will he be taken away from me? Kesempurnaan ini, bila kah ianya akan berlalu dari dakapan ini, daripada aku yang serba sederhana ini. Aku dapat merasakan, dia bukan untuk aku. Kerana aku memang terlalu sederhana untuk kegembiraan yang bersifat utopia. Kegembiraan itu terlalu total. Terlalu sempurna. Dan kesempurnaan adalah terlalu jauh dari kesederhanaan.
Namun, tetap aku dakap dia dengan rapat ke dadaku. Tidak mungkin aku rela dia hilang dari sisiku. Aku lindungi dia dari prejudice diriku sendiri. Daripada prejudice masyarakat. Aku sederhana, so what? Perfection menyintai aku dan biarlah. Let it be, let it be, jerit The Beatles dalam kepalaku.
Hidup sememangnya cliché. Apatah lagi untuk orang yang simple untuk aku. Di lahirkan, berteman, gembira, sedih dan akhirnya akan bertemu demgan Sang Pencipta. Aku hanya akur. Semuanya susah tertulis di Lauhul Mahfuz. God really knows best.
YOU ARE READING
JULIEN DAN ZAHARAH
RomantikBUKU SUDAH DI TERBITKAN OLEH DY KREATIF NETWORK dan di jual di semua cawangan kedai buku Popular dan beberapa toko-toko buku lain. Kisah cinta yang paling simple dan yang paling manis bermula di tahun 2004. Ini kisah Zaharah seorang gadis Melayu yan...