Episode 1

1.3K 70 49
                                    

              Penang, mid February 2004
     •Dream Catcher, Useless, But Beautiful•

Suhu bilik itu terlalu dingin untuk aku. Aku menggigil tidak terkawal hingga aku terasa seolah-olah semua tulang-temulangku bergetar berlaga antara satu sama lain. Walaupun aku sedang baring terperosok di bawah selimut tebal bilik hotel itu dan secara zahir hanya terlihat mukaku dari dagu ke atas sahaja, namun kesejukan bilik itu tetap membeku. I am damn near freezing.

Aku bukan tak boleh tutup aircond tu, tapi bilik tu tak berkipas. Dah lah tak berkipas, tingkap pulak punyalah kecik, angin pun tak ada keinginan nak masuk melawat. Bermandi peluh lah aku kalau aku tutup aircond. Kalau banjir pulak bilik dengan peluh aku, harus aku boleh mati lemas.

Aku bangun bergegas  dari katil, aku bungkus badanku dengan comforter macam hantu pocong, lalu lari terkedek-kedek secepat mungkin untuk mengambil remote contro aircond yang terletak di sebelah peti television di depan katil. Kemudian aku berlari dan berdiri di hadapan tingkap, lalu menghalakan remote itu ke arah penghawa dingin, sebelah tanganku memegang selimut rapat ke tubuhku yang sedang menggigil.

"Bodoh! Bodoh! Hotel bodoh! Damn this hotel!" getusku, sambil menggodek-godek punat-punat remote control itu, sebagai satu usaha untuk menaikkan suhu bilik. Macam-macam cara yang aku cuba, macam-macam butang yang aku dah tekan, namun tetap kecewa. Usahaku itu semua cuma membuang karan dan membuatkan aku merasa lebih sejuk.

Dari malam semalam lagi aku dah terlalu merana bersejuk di dalam bilik itu. Yang menghairankan, Anum (kawan ketat sejak tingkatan dua), tidak pun merasa membeku, malah selamba sahaja dia memakai baju nipis ketika tidur. Agaknya lemak dia setebal lemak walrus, tak padan dengan badannya yang kurus kering. Dan dia tidur punyalah lena tak macam aku yang cuma tidur-tidur ayam dan yang asyik bangun untuk berebut selimut dengannya.

Aku lemparkan alat itu keatas tilam katil sambil mengeluh kuat. Keluar asap dari mulut, macamlah aku ni tengah duduk kat dalam freezer pulak. Atau di Antartika. Yang pasti hanya penguin-penguin sahaja yang boleh bertahan lama dalam bilik tu. Kalau aku tak keluar daripada situ dalam masa yang terdekat, aku pasti boleh kehilangan akal. Atau menjadi ais. ABZ, air batu zaharah. Aku mesti mencari sumber haba utuk kembali normal.

Aku menjatuhkan selimut ke atas lantai, pecut laju-laju masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu dengan pantas. Lega, kerana suhu di dalam bilik kecil itu lebih sesuai dengan darah manusia. Aku membasuh muka, menggosok gigi, melakukan segala-gala yang perlu, kemudian menadah tubuhku kepada nikmat pancuran air yang panas. Ahh, nikmatnya. Kalau boleh seharian aku ingin berpanas dan bermalas di situ. Absolutely heavenly.

Malangnya, perut aku lapar.

Keluar dari bilik air, aku sprint sekali lagi membuka almari, mengambil baju dan memakainya dengan pantas. Seluar jeans hitam lusuh kegemaranku dan kemeja T hijau dengan cetakan gambar kumpulan The Beatles. Berjalan ke meja solek, aku berbedak seadanya and bergincu tipis (cuma lip balm) dengan pantas dan selepas berpuas hati melihat bibir pucatku mempunyai warna, aku mencapai talipon bimbit, meletakkannya di dalam beg tangan hobo Fossil kesayanganku, memakai kasut Converse hitam dan bergegas untuk keluar dari bilik hotel yang beku itu.

Aku terfikir untuk off kan penghawa dingin, tetapi aku teringat pesanan Anum semalam ....

"Beb, kalau kau keluar bilik, jangan tutup air cond. Aircond tu leceh, kalau nak restart lambat nak sejuk."

Mungkin Anum itu penguin, menyamar sebagai manusia!

Oleh itu, terus sahaja aku mengunci bilik itu dengan cermat dan di biarkan alat penghawa dingin berhantu itu membekukan jisim-jisim lain di dalam bilik itu. Asalkan bukan aku. Entah-entah petang nanti bila aku balik, bilik tu sudah penuh dengan salji. Boleh lah aku buat snowman. Hahaha.

JULIEN DAN ZAHARAH Where stories live. Discover now