Episode 3

626 53 10
                                    

                        •Be Still My Heart•

"So, the secret is out?" Tiba-tiba sahaja Anum muncul di tepi meja.

"What secret?" Tanya Harvey (atau Henri).

"We're just teasing Zaharah." Jawab Anum sambil tersengih.

"Has this got anything to do with the strong hands joke?" Devika mencelah, kelihatannya seolah-olah dia mengetahui cerita, mungkin Anum sudah pun bocorkan rahsia ketika keduanya bersama-sama memesan makanan.

Anum dengan senang hati (damn her!) menceritakan tentang peristiwa siang tadi. Sebuah meja, enam orang mengelilinginya, semua orang sedang ketawa kecuali aku. Aku cuma senyum, senyuman aku perit. Jari tangan kanan aku mengetuk-ngetuk perlahan meja menahan malu.

This is a circus and I'm the clown.

Apa nak buat, memang Julien dah tipu aku hidup-hidup. Aku gagahkan diri duduk dengan penuh kesabaran di situ sementara Anum menceritakan pasal kejadian tengah hari tadi dengan terperinci, satu demi persatu, di sulami ketawanya. Ikhlas cakap aku hanya ingin menendang meja itu dengan seluruh tenaga dan menjerit, damn you mat saleh bodoh. Lebih menyakitkan hati, mat salleh bodoh itu itu hanya tersenyum dengan mimik muka yang menjengkelkan aku, seolah-olah kejadian siang tadi satu jenaka untuknya. Aku ingin sangat menyimbah lencun mukanya itu dengan air!

Seorang pelayan lelaki datang, meletakkan empat mangkuk laksa di atas meja. Anum dengan berhati-hati segera menolak semangkuk ke arahku, kerana dia tahu aku sedang marah. Dia kenal sangat dengan aku, dia tahu aku sedang panas hati. Harapannya, kesedapan laksa itu akan menyejukkan hatiku yang membara. Hampir serentak dengan itu, adik pelayan kecil tadi datang bersama-sama seorang lagi budak lelaki dan meletakkan dua gelas air barli dan tiga gelas berisi hanya ais berserta tiga botol air mineral di atas meja kami.

"Oh, kau dah orderkan aku air barli. Baik nya kau."

Aku abaikan sahaja kata-kata Anum. Menjeling pun aku tidak. Takkan sesenang itu aku nak maafkan dia. Setakat ayat bodek satu lapis.

"Sepuluh ringgit semuanya."

Julien bangun untuk menyeluk dompet dari poket seluarnya, mengambil beberapa keping ringgit Malaysia dari dompet itu seraya menyerahkannya kepada pelayan cilik itu. Belum sempat dia hendak duduk kembali, mamak dari gerai pasembur pula datang dan meletakkan sepinggan besar pasembur di tengah meja.

"Thirty-seven ringgit."

Mamak itu tujukan permintaannya kepada Julian yang masih lagi berdiri memegang dompetnya. Bukan main lagi si mamak berbahasa Inggeris dengan orang putih. Padahal orang putih itu pandai berbahasa Melayu. Mamak itu pun macam aku juga, kena tipu hidup-hidup.

"No, no ... let me pay that." Henri/Harvey pula bangun untuk membayar. Julien menolaknya kembali duduk sambil ketawa. Tawanya menyakitkan telinga aku. Sengaja aku mengangkat tangan menggosok kedua telingaku yang tidak gatal. Mata aku, aku julingkan ke atas. Anum terpandang karenahku, lalu dia menekup mulut menahan ketawa.

"Ceh, berebut nak bayar la pulak." Kutukku perlahan, di bawah nafas. Perlahan saja suara aku, kutuk cara penakut. Dari bawah meja, aku terasa Anum mencubitku perlahan. "Jangan cubitlah, penipu."

Aku sembulkan mata aku pada dia.

"Zara nampak marah." Julian tiba-tiba bersuara.

"Za. Ha. Rah." Aku membetulkan. Pandai-pandai namaku yang sedap dia tukar suka-suka hati. Mat saleh bodoh bangang.

"Friends call her Ara." Anum mencadangkan.

"Saya lebih suka panggil Zara."

Lantaklah. Aku tidak mahu masuk campur dengan perbualan mereka. Panggillah aku apa pun, ada aku kesah? Aku menceduk laksa dengan sudu garpu dan masukkannya ke dalam mulut. Masam pedas masin kuah laksa itu semuanya bergabung baik dengan tawarnya mee laksa dan hirisan sayur-sayuran. Oh enaknya. Deria rasaku menjadi riang ria menerima cetusan rasa serba lengkap yang sudah lama aku idam-idamkan. Terlupa sementara sakitnya di tipu. Sangat berbaloi aku terpaksa pakai dress Anum untuk mendapatkannya. Aku menyeka kuah laksa yang ingin mengalir dari tepi bibir. Gelojohnya. Aku memang buruk lantak.

JULIEN DAN ZAHARAH Where stories live. Discover now