•Tipah Yang Tertipu•
Petang tu aku dan Anum bermalas-malasan di atas katil lepas menunaikan solat fardhu Maghrib. Masing-masing masih bertelekung dan terbongkang memandang siling bilik hotel sambil melayan perasaan. Aku sedang berangan memikirkan tentang laksa Pulau Pinang. Selepas ber-nasi kandar tengah hari tadi, Anum kembali ke hotel. Manakala aku pergi membeli jaket dan berjalan-jalan mencari laksa. Macam-macam jenis makanan yang aku jumpa, namun jangankan laksa, bayang mangkuk laksa pun tak aku jumpa.
"Ara, jom ikut aku dinner dengan kawan-kawan aku." Ajak Anum.
Aku mencebikkan bibir mendengar saranan Anum. Aku paling tidak suka makan dengan orang-orang yang tidak aku kenali, terutamanya jika aku tengah betul-betul lapar. Terpaksa untuk bersopan-santun dan berbual-bual mengenai perkara yang remeh temeh, padahal yang ingin aku mahu buat hanyalah untuk makan dengan gelojoh hingga kenyang.
"Thank you but no thank you. Nanti aku sorang je macam orang bodoh tak tau nak cakap apa."
"Habis tu, kau nak duduk kat dalam bilik ni cakap sorang-sorang?" Balas Anum sambil menyepak kakiku dengan kuat. Macam bola di buatnya kaki aku. "Aku dah janji dengan budak-budak tu."
Aku membalas dengan sepakan yang lebih kuat. "Hoi, aku ikut kau datang sini pun dah cukup bagus. Aku ponteng kelas, tau tak? Just for you. Kau ni Anum, memang penakut. Nak pergi mana pun aku nak kena teman. Kahwinlah! Orang penakut macam kau ni memang patut kahwin cepat."
"Kalau M.Nasir ajak aku kawin hari ni, esok jugak aku bersanding." Jawab Anum bersahaja.
"Hey, he's mine. Hak akuuuu jugak yang kau nak." Balasku, tidak mahu kalah.
"Pandailah kau. He's mine, konon. Since when?"
"Since forever, beb!"
"Malaslah aku nak layan kau." Anum bangun dari katil dan menanggalkan telekungnya. "Kau nak duduk sorang kat ni, be my guest. Aku nak pergi makan laksa air hitam kat Gurney Drive dengan kawan-kawan aku."
Aku bingkas bangun. "Laksa. Ala ... aku nak ..."
Anum sudahpun menyarungkan seluar jeans pink sedondon dengan warna t-shirt nya. "Kalau kau nak, kau ikut. Tak payah nak pujuk-pujuk aku tapau bawak balik untuk kau. Aku tak kuasa."
"Lecehlah kau ni." Aku benci bila Anum buat kepala batu dia. "Aku nak pakai baju apa ni? Baju bersih tinggal sepasang je untuk pakai esok."
"Nah, pakai ni." Anum mencampakkan sehelai baju, jatuh betul-betul ke atas kepalaku. Memang sengaja dia ingin provokasi aku. Sabar je aku.
Aku menarik baju itu daripada kepalaku dan membentangkannya di atas katil. Arghh, ianya sehelai dress labuh. Yang beropol-ropol. Yang bewarna putih. Yang memang bukan aku. Aku dan very frilly girly dress memang bukan bff.
"Anum, tolong jangan buat lawak. Ini dress, kau tau? Aku tak nak. Aku nampak hodoh dan bodoh pakai dress."
Terus aku campakkannya kembali kepada Anum. Terjatuh ke bawah lantai. Anum yang ketika itu sedang mewarnakan bibirnya dengan gincu cuma membuat muka bosan.
"Do I even care? Girls are supposed to wear dresses, Ara. Take it or leave it. Pakai baju siang tadi atau baju tidur atau nak pakai telekung kau tu je pun, aku tak peduli. Lima belas minit, after that I'm out of here. Kau duduk la sorang-sorang makan maggi."
"Ha'ah. Perempuan kena pakai baju pink macam kau. Lipstick pink. Kasut pink. Semua pink. We are all Hello Kitties."
Seriously, terlalu banyak pink peningkan kepala aku.
YOU ARE READING
JULIEN DAN ZAHARAH
RomanceBUKU SUDAH DI TERBITKAN OLEH DY KREATIF NETWORK dan di jual di semua cawangan kedai buku Popular dan beberapa toko-toko buku lain. Kisah cinta yang paling simple dan yang paling manis bermula di tahun 2004. Ini kisah Zaharah seorang gadis Melayu yan...