5

4.3K 141 7
                                    

i never needed you like i do right now , i never hated you like i do right now - make me (cry)

**************

MAYA

Tiba saja di hadapan rumah kelihatan kereta remy di ruang garaj kereta . mesti remy marah aku , aku tinggal kan dia tanpa alasan apa apa di airport tadi

aku buka pintu perlahan lahan , menjenguk sedikit kepala untuk melihat isi rumah . aku tidak nampak tubuh manusia yang aku jangka kan . aku masuk dan tutup pintu perlahan

"booooooo!!!!!"

"arrghhhhhhh" terjerit aku bila dengar suara remy tiba tiba di belakang aku

remy menggila ketawa sambil menahan perut

jantung aku yang berdegup kencang kembali normal

"kau memang nak bunuh aku kan, kalau aku kena heart attack cane?" aku memukul bahu remy yang masih tidak berhenti mengetawakan aku

"kata master , kena sergah sikit kecut perut ke?" diterus kan ketawa dia lagi

"tu terkejut la mangkuk"

"dah rumah sendiri masuk macam pencuri , padan la" di kesat air mata palsu dia

remy senyum senget , dia tarik dan peluk aku erat

"aku rindu kau" dicium seluruh muka aku , kena rasuk ke remy ni

"woi lepas, geli la . kau ni dah gila ke ape" aku tolak remy tapi dengan badan sado dia ni memang tak berganjak langsung

"kau dah la tinggal aku tadi , nak manja sikit pun tak boleh . kau pergi mane?"

belum sempat aku jawab pertanyaan remy , mommy datang mencelah

"remy, nak jadi menantu aunty ke yang cium anak aunty macam tu " aduh ke situ pula mommy

"eeeeuuuwwwwwwww" keluar dari mulut aku dan remy serentak

tak kan mungkin aku dan remy , fikir saja pun kelakar .

iye , remy ni baik , handsome . siapa saja yang tak nak jadi pasangan dia . aku dengar di sekolah ramai perempuan kejar dia tapi bagi aku dia hanya sekadar kawan baik tidak lebih dari tu .

bayang kan kami bersama tapi setiap masa bergaduh, mahu pecah rumah . betul betul tak mungkin

******

hari ni hari pertama aku ke private school yang mama urus kan , kata nya mama pelabur terbesar sekolah tu . menarik kan

seboleh nya aku nak pergi ke sekolah biasa , hidup macam budak budak yang lain tapi tahu la mama dan mommy , semua nak sempurna untuk aku . nasib la remy pun sekolah di situ

aku bersandar di kerusi sambil menunggu mommy sedia kan sarapan

muncul mama cium pipi aku dan cium bibir mommy . mommy senyum tengok wife dia dah siap untuk ke pejabat

"sayang , mood anak kita tak ok pagi ni" mommy mengadu kepada mama

mama pandang aku sambil angkat kening sebelah

"sepatutnya mama dan mommy kena moody tau , ni first day maya ke sekolah tapi maya tak bagi kami hantar " mama tarik kerusi duduk di sebelah aku

"sorry ma , maya nervous sikit. Dah lama maya tak pergi sekolah and bergaul dengan manusia yang lain" terukir senyum di muka mama

mommy hidangkan sarapan atas meja dan duduk bertentang dengan aku

"kalau macam tu biar mommy je hantar maya , kurang la sikit nervous maya tu"

Ada Apa Dengan 'Aku' (Book 2)Where stories live. Discover now