Loving you has been the greatest adventure of my life . now , it's time for me to have one of my own .
****************
IRIS
Bagai terjaga dari mimpi aku terkejut dengan apa yang aku laku kan sesaat lepas
Aku cium pipi maya tanpa sedar . tanpa sedar!
Aku cepat cepat cuba jarak kan badan aku dari maya tapi pegangan tangan dia di pinggang aku kuat . maya jarak muka dia sedikit tapi hanya seinci , di tenung mata aku lama, jantung aku berbunyi sekuat guruh di luar
Maya rapat kan muka dia , semakin rapat sampai aku dapat rasa kucupan dari bibir dia di hujung bibir aku . bagai di awangan aku pejam mata , bibir dia di biar begitu lama . hujung tshirt dia aku pegang erat
Bila aku rasa nafas dia hilang dari muka aku , aku buka mata . maya pandang aku dengan tersengih
"kau suka aku" kata dia pada aku sambil di angkat kening
Dengan kuasa tapak tangan , aku tolak muka dia kebelakang
"berangan je kau" keluar dari mulut aku sedikit gementar
Maya ketawa kecil , di hidup enjin kereta . dia memandu dengan senyuman lebar bersisa di bibir dia
Hangat bibir dia masih terasa di pipi aku
Aku betul kan kedudukan aku , pandangan aku di buang ke luar cermin . senyuman yang mahu terukir aku simpan . perasaaan aku pada maya makin hari tak dapat aku bendung .
Aku tak pernah merasa ingin bersama seseorang sebegini sekali . bila aku dalam pelukan dia aku rasa selamat , tenang . pelukan yang sempurna , ciuman seperti aku dapat seribu mimpi indah . kalau boleh aku tidak ingin bangun dari mimpi ini
Sesekali dari anak mata aku nampak maya memandang ke arah aku , aku tak tahu apa yang dia fikir kan , apa perasaan dia bila aku tiba tiba cium dia tanpa izin
Tapi tiada riak marah di muka maya
Perasaan malu mula menebal di muka aku
"kau ok tak? Merah je muka kau" tanya maya masih ketawa
"shut up maya" jawab aku mengetap gigi
Aku sudah mula suka kan maya ke? Betul ke perasaan aku ni?
Aku tunjuk arah pada maya untuk ke rumah aku , kami tidak berbual hanya hanyut dengan fikiran masing masing . maya pun tidak mengusik aku , aku curi curi pandang dia .
kenapa baru sekarang dia muncul dalam hidup aku ? kalau aku luah perasaan suka ni pada dia, dia terima aku ke? Ada ke perasaan suka dia pada aku?
Tidak habis habis otak aku berfikir , setiap persoalan bermain mencari jawapan sampai tidak sedar kereta maya dah parking di depan rumah aku
"kita dah sampai princess"
Aku tengok di luar masih hujan " terima kasih" kata aku perlahan tapi aku tahu maya dengar
Bila aku nak buka pintu kereta maya tarik tangan aku , aku pandang dia bingung . maya tanggal jacket yang dia pakai, di beri pada aku
"letak atas kepala kau . aku tak nak kau sakit"
Aku hanya mengangguk tapi satu lagi kejutan aku terima bila maya cium dahi aku , walaupun sekejap tapi rasa nya bagai terkena renjatan elektrik
Senyuman yang aku simpan tadi mula terukir dengan sendiri
Apa dah jadi?
Aku merenung jauh melihat ceiling , dengar deruan hujan buat aku teringat kembali kejadian di dalam kereta dengan maya
Aku alih pandangan aku pada jacket yang tergantung di sudut bilik , aku ambil jacket itu dan baring di atas katil sambil bayang kan tuan jacket ini yang aku peluk sekarang
Aku suka dia
***
Nasib aku kurang baik hari ni , sampai saja di loker dah terpacak haikal di situ . nak mengelak pun dah tak sempat
Langkah aku perlahan dengan harapan haikal hilang dari pandangan aku tapi hampa
"hai sayang" sapa haikal senyum nampak kan sebaris gigi dia
"hai" jawab aku ringkas
"sekarang ni susah i nak jumpa u . u hilang mane?"
Haikal cuba rangkul pinggang aku tapi aku mengelak
"orang tengok la" dia cuba cium pipi aku pula tapi cepat tangan aku menolak tubuh dia "jangan la"
"ape masalah u , sentuh sikit tak boleh . lagak suci" keluar dari mulut haikal berang , mungkn malu bila orang sekeliling dah mula pasang telinga
"kau cakap elok elok sikit , kalau kau nak sangat sentuh perempuan kau pergi cari orang lain . tapi aku ,sorry aku tak hingin dengan kau .perasaan cinta aku ni takde langsung untuk kau . dah lama aku sabar sebenarnya lepas ni jangan tunjuk muka buruk kau depan aku lagi . kau dengan aku dah takde ape ape . so shu shuuu"
Bebanan yang aku tanggung selama ni aku keluar kan sekali nafas . haikal di situ menahan marah di gempal kuat tangan dia
Aku buka loker buat macam tiada apa yang berlaku tapi di hempas oleh haikal
"kau betina memang cari nahas dengan aku kan" haikal tolak bahu aku kuat
Belum sempat punggung aku labuh di lantai , sepasang tangan sambut aku dengan kemas . aku toleh belakang melihat senyuman di muka maya
"wooo bro , tak lelaki la pukul perempuan" kata remy di sebelah maya
"korang jangan masuk campur la . ni hal aku dengan iris"
"kawan aku ni marah kalau aku biar perempuan kena pukul" remy tunding jari ke maya
"kau tak kan berani" haikal sengih mencabar remy
Bukk!
Satu tumbukan singgah di muka haikal
"tu untuk nisa" belum sempat haikal bangun untuk balas remy tumbuk di perut dia pula " tu untuk iris"
Tak sangka ada juga orang pertahan kan aku , tapi maya hanya ketawa dari tadi . apa yang kelakar pun aku tak tahu
***
Aku duduk di meja dengan maya, remy dan nisa . aku cari lily dari tadi tapi tak jumpa , kunci dan henfon aku masih lagi hilang
"kau dah jadi lelaki sejati sekarang" bangga maya pada remy
"tengok tangan la " di tunjuk tangan dia ke depan tapi di tepis maya kasar
"aucchhh"
"kenapa?" tanya nisa disebelah remy risau
"sakit" remy muncung mulut
Nisa ambil tangan remy di urut lembut
Ohh ni kisah dorang sebenarnya
Aku alih muka pandang maya, dari tadi di tatapnya muka aku .
"kau kenapa?" aku tolak dahi dia dengan jari telunjuk
"kau single sekarang?"
"yup"
"bagus"
"kenapa?" tanya aku hairan dengan perangai maya
"boleh la aku hantar kau balik lagi"
Digenggam tangan aku di bawah meja
__________________________________________
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan 'Aku' (Book 2)
RomanceLihat tanda tanya itu , jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu . Ada apa dengan cinta?