12

3.8K 162 40
                                    

When trust is broken , sorry means nothing .

*************

MAYA

Sekarang mungkin angin jauh kan semua khabar derita dari hidup aku . mana kan tidak , sekarang aku hanya rasa bahagia , setiap senyum aku ada makna tersendiri .

Aku bernafas hanya untuk orang aku cinta , jantung aku berdegup hanya untuk orang yang aku kasih . diri aku masih lagi bergerak untuk orang yang ingin aku lindungi . setiap inci diri aku hanya untuk mereka , mereka yang telah memberi kekuatan untuk aku terus hidup

Dan sekarang mereka itu menjadi satu , dia . dia yang aku cinta , dia yang aku kasih dan dia yang aku mahu lindungi dengan kudrat yang ada pada diri aku ini .

Dia iris

"kau menung ape?" suara iris dibelakang aku

Kami di taman , badan aku bersandar di pokok dan iris di sebalik pokok itu . aku tak tahu kenapa perlu ada jarak antara kami

"banyak benda aku fikir" aiskrim di tangan aku biar kan cair , tiada nafsu untuk makan

"jangan terlalu fikir , kadang kadang kau kena luah , kalau tak pecah kepala kau nanti"

Aku gosok gosok kepala helo yang ada di sebelah aku , dia lebih memilih aku daripada tuan dia sendiri

"kenapa hati aku pilih kau?" aku bertanya iris

Gelak tawa kuat iris mengukir senyuman di muka aku

Akhir akhir ini aku dan iris semakin rapat , lebih betul semakin mesra . iris dah tak sedingin dulu , sikap dia yang lembut mula dia tunjuk.

Dia dan lily dah mula bergaul dengan kawan kawan aku , memang perubahan yang baik

Tapi hanya satu , dia belum tahu aku siapa yang sebenarnya . setiap kali aku ingin beritahu mesti ada halangan

Mungkin masa akan membantu aku

"kau ni pelik la . hati kau tapi tanya aku"

Aku bangun angkat helo duduk di sebelah iris di sebalik pokok

"aku pun tak faham dengan diri aku sendiri . yang aku tahu aku suka kan kau iris . aku sedar dari pertama kali kita jumpa kat sini . ni pokok ni ." aku ketawa mengingat kembali

"kenapa kau suka aku? Kau tak kenal aku pun"

Aku senyum pada iris , kepala aku baring kan di atas riba iris, dia tidak membantah . helo hanya main di dada aku

"untuk suka atau cinta seseorang kita tak perlu kenal dia dulu . orang kata dari mata turun ke hati , maybe tu sesuai untuk aku " iris senyum tunduk muka memandang aku , hujung rambut aku di main " lagi pun , bila kita suka kan orang tu buruk baik dia kita kena terima"

"senang nya kau fikir. Ok kalau kau kenal aku dan kau mula sedar yang aku ni bukan orang yang kau nak , kau akan tinggal kan aku macam tu je ke?"

Aku tak pernah fikir pula macam apa yang iris fikir tu . cinta ni susah macam tu ke?

"entah , aku tak tahu . tapi sekarang yang pasti nya aku tak akan tinggalkan kau walau apa pun yang terjadi ."

iris buang pandangan dia di hujung tasik , dengan mulut dia yang terkunci aku tahu otak dia ligat berfikir .

"aku suka kan kau jugak maya . jangan tanya bila dan kenapa sebab aku pun tak tahu" Aku senyum lebar dengar pengakuan iris "betul ape yang kau cakap , aku suka kan kau tapi semua benda pasal kau aku tak tahu . kau suka makan apa , tarikh lahir kau , mana kau tinggal and yang penting family kau . sikit pun aku tak tahu . "

Ada Apa Dengan 'Aku' (Book 2)Where stories live. Discover now