Can't wait for the day that somebody tells me i'm the best thing that ever happened to them and they mean it .
**************
MAYA
"Maaf maya , saya terpaksa hubungi parents kamu jugak" kata pengetua masih terngiang di telinga aku
Bilik pengetua di penuhi orang yang menanti apa yang akan terjadi pada nasib aku bila mama dan mommy tiba
Suara Datuk Bandar aka papa haikal bergema di seluruh bilik , sesekali perkataan sinis di tujukan pada aku
Remy dan nisa duduk di sebelah aku , iris dan lily di depan . aku pandang muka iris , dia di beri rawatan sebelum hadir dalam bilik ni . setiap apa yang keluar dari mulut iris boleh ubah nasib haikal atau pun nasib aku
Sekarang tuduhan tertumpu kepada aku , haikal masih belum sedar kan diri . dua orang anggota polis bersedia untuk menjalankan siasatan . sekarang hanya menunggu parents aku dan parents iris .
"sekarang kita tak dapat hubungi parents iris . so hanya tunggu parents maya" terang pengetua selepas letak gagang telefon
"tunggu ape lagi . sah sah budak ni nak bunuh anak aku . sumbat je dalam penjara . tak berguna pun budak macam ni" tegas datuk bandar
Kami hanya diam kan diri . aku sedikit tidak terganggu dengan kata kata datuk bandar . yang lebih aku risau sekarang , mama dan mommy dan orang yang dalam bilik ni bila tahu siapa parents aku
Semua mata beralih ke pintu bila pintu bilik pengetua di buka .
Jantung aku berdegup kencang , tangan aku berpeluh . rahsia yang aku simpan dari iris akan terbongkar tanpa aku rancang .
Muncul muka mama di muka pintu dengan riak wajah yang belum pernah aku nampak sebelum ni . dalam bilik sunyi , hanya dengar nafas masing masing .
Aku cari muka mommy di belakang mama tapi tiada .
mata mama hanya memandang aku , kaki dia melangkah ke arah aku . mama berdiri di depan aku , tangan dia belek belek seluruh muka dan di cium dahi aku
"oh my godddd" aku dengar suara lily di sebelah
"ade cedera mana mana ? sakit mana mana?" tanya mama serius
"tak , maya ok ma" jawab aku sambil geleng kan kepala
Tangan mama di muka aku dilepas kan . mama pandang semua orang dalam bilik . di renung muka iris lama
"sape yang fail tuduhan kat anak i?" tanya mama lantang
Aku beralih tengok iris , mata kami bertentang . mata dia pandang aku dengan penuh tanda tanya . di kerut dahi dia berkali kali
"er . e . " tergetar suara datuk bandar untuk jawab pertanyaan mama " anak u cik Aliya , belasah anak i separuh mati . i yang fail kan tuduhan tu"
"oh datuk bandar , patut la . anak dan bapa sama je" semua orang dalam bilik terdiam dengar apa yang mama cakap
Muka datuk bandar merah , di gempal tangan dia di sisi .
Mama duduk di atas kerusi bertentang dengan datuk bandar , di silang kan kaki dia . skirt yang pendek semakin pendek
"anak u cedera kan iris yang u tahu anak dato hamdi , dan mengikut keadaan iris kalau anak i maya tak datang tepat pada waktu nya , anak u yang tak berguna tu akan rogol dia . anak i hanya pertahankan maruah kawan dia dan diri dia . so kita boleh jumpa di court . u boleh fail sebanyak mana tuduhan yang u nak . u tahu ape nasib u kalau lawan dengan i kan?" sambung mama tepat ke muka datuk bandar
Kami hanya menanti balas dari datuk bandar tapi yang kami dapat hanya dengusan dari dia . dengan arahan dari datuk bandar , dua orang anggota polis keluar mengikut dia dari belakang keluar dari bilik pengetua
"fuh mama kau hot gila bila marah" kata remy berbisik . sempat lagi
Tapi mata aku dari tadi tidak putus dari iris , dia hanya tunduk memandang lantai . butir butir air mata dia menitik jatuh
Aku , remy , nisa , lily dan iris keluar dari bilik pengetua . mama masih di dalam berbincang
"iris kejap" panggil aku bila nampak iris mahu pergi
Lily hanya senyum dan tinggal kan kami berdua
"iris , tengok aku please" aku cuba angkat dagu iris tapi dia menepis
"kau tipu aku maya"
"aku cuba bagitau tapi takde masa yang sesuai" aku pegang dua bahu iris tapi dia tetap macam tu tanpa pandang muka aku
"aku suka kau maya , sangat . lebih dari kawan . aku mula sayang kau tapi kau tipu aku ." air mata di pipi di kesat " aku tak tahu ape lagi yang kau tipu aku , entah perasaan kau kat aku pun kau tipu"
"tak iris , aku betul betul suka kan kau . aku minta maaf . please jangan buat aku macam ni"
Iris ketawa sinis "sape buat sape sekarang . dah la maya . jangan tunjuk muka kau depan aku lagi . kau boleh bawak muka dan tipu kau tu kat perempauan lain"
Iris tolak tangan aku jatuh dari bahu dia "dan terima kasih tolong aku . aku harap aku dapat balas"
"iris .." panggil aku lemah tapi iris hanya berlalu tinggal kan aku . air mata aku mula bertakung di kelopak mata
Apa yang aku harap kan jadi sebalik nya , air mata yang aku tahan mengalir jugak . aku kehilangan iris sebelum aku dapat kan dia
Aku melihat tubuh iris sampai dia hilang dari pandangan aku " kau tak perlu balas ape ape iris , cukup ade di sisi aku" kata aku sendiri
"bagi dia masa , mungkin dia masih terkejut dengan ape yang terjadi hari ni" aku terkejut dengar suara mama di belakang , cepat cepat aku lap saki baki air mata dipipi
Aku toleh belakang dan peluk mama erat
"mommy mesti menangis berbaldi kat rumah tu" aku ketawa kecil bayang kan keadaan mommy sekarang
***
Sampai saja di rumah , badan aku di terjah mommy . setiap inci badan aku di periksa . hanya luka sikit tapi di rawat bagai bertarung dengan mati
Datuk bandar bernasib baik bukan mommy yang hadir kan diri kalau tak muka dia mesti hancur macam anak dia . mommy memang lembut tapi sekali dia marah lebih teruk daripada mama
Malam itu , rehat aku , lena aku , mimpi aku semua nya ada iris . aku mula sedar aku bukan hanya suka kan dia tapi aku cinta kan dia
Seksa di dada bila fikir dia tak kan pernah jadi milik aku , perit rasa hati bila fikir dia berdamping di sisi orang lain
Apa perlu aku buat untuk dapat kan iris?
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan 'Aku' (Book 2)
RomanceLihat tanda tanya itu , jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu . Ada apa dengan cinta?