I'm so very tired . i'm tired of thinking about the things I should say to you . i'm tired of wondering if i'll ever be enough for you . i'm tired of praying that one day, just maybe one day you'll look into my eyes and say that you love me too . i'm so very tired and I want to sleep , never to wake up again .
**************
IRIS
"U makan ni . semua kusut dalam kepala u tu boleh hilang"
"pening la.."
"kejap je tu , takde ape ape la"
"iris.."
"ape kau buat ni .."
"apa kau cakap"
"I love u maya arisa"
Aku terjaga ,aku cuba buka mata tapi cahaya yang menyinggah mata aku menghalang . aku cuba gerak kan badan tapi terasa pautan erat dipinggang . aku cuba ingat apa yang terjadi
Satu persatu otak aku menangkap , kejadian semalam menjadi satu gambar jelas . aku lihat tangan di pinggang aku , aku pegang tangan lembut milik tubuh yang sedang peluk aku erat . nafas dia boleh aku rasa di belakang leher aku
I love u maya
Mata aku terbuka luas , cahaya dalam bilik asing yang aku berada sekarang dah tak aku hirau kan . suara aku yang mengata kan cinta pada maya terngiang dalam fikiran kau . aku tekup muka dengan kedua dua tapak tangan aku , aku mengeluh kuat .
Kenapa la kau bodoh sangat iris?
"tak elok mengeluh pagi pagi ni" suara maya terdengar di belakang aku
Suara serak bangun tidur maya buat jantung aku berdegup kuat . macam mana aku nak pandang muka dia selepas apa yang terjadi semalam
Tangan aku ditarik maya di genggam dengan tangan dia di perut aku , badan aku di tarik lebih rapat . terasa lembut bibir maya di kulit bahu aku
"morning sayang"
Sayang? Sejak bila?
Tapi tersenyum aku dalam hati , perkataan sayang yang keluar dari mulut maya bagai kan bunga bunga yang mekar di waktu pagi . menyenangkan mata , menyejukkan jiwa .
"aku tahu kau dah bangun"
Maya tarik badan aku mengadap dia , aku tutup mata aku . dia ketawa kecil
Rambut aku di selit ditelinga
"aku kat mana ni? macam mana aku boleh ade kat sini?" maya cium hidung aku
"kau tak ingat ape ape ke?"
Aku geleng kepala " aku ingat aku keluar dengan nadia je" aku tipu
"tu je kau ingat?" aku buka mata pandang muka maya
Walaupun baru bangun tidur kecantikan dia sedikit pun tak hilang
"ye" jawab aku ringkas
Riak wajah maya berubah hampa
Melihat muka dia macam tu ,mahu saja aku cium muka dia , peluk tubuh dia , kata cinta lagi untuk dia tapi ego aku menghalang .
Aku bangun
"kau nak pergi mana?"
Mata aku meliar cari kasut yang aku guna semalam
"balik"
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan 'Aku' (Book 2)
RomanceLihat tanda tanya itu , jurang antara kebodohan dan keinginanku untuk memilikimu . Ada apa dengan cinta?