CHAPTER 1

7.9K 192 5
                                    

"Uri, apa cita-cita kau bila besar nanti?" Si Daisy menanya saya sambil kasih kuyak-kuyak tu daun sirih si nenek.

"Saya mau jadi penyanyi. Kau pula Sinut mau jadi apa?" Saya pula menanya si Daisy. Sinut tu nama kampung dia.

"Saya mau jadi Pramugari." Si Sinut bilang dengan yakin.

"Huiyooo, tabal-tabal lah tu mekap kau pakai nanti tu kan." Teringat saya time naik kapal terbang MAS selalu, mekap Pramugari selalunya cantik-cantik dan terang.

"Jadi kau pun mau jadi famous macam si Abu Bakar Ella lah ni kan?" Si Sinut bilang lagi sambil ketawa.

"Eh, bukanlah! Saya mau jadi macam Mariah Carey bah." Saya balas dengan angan-angan yang tinggi.

Masa tu kami sedang main masak-masak sana belakang rumah aki si Sinut. Guna tin kaya lepas tu taruh sikit air dalam tu tin, lepas tu campur daun sirih, kunun-kunun mau masak sayur. Kami letak dua biji bata di sana atas tanah, satu di kiri dan satu lagi di kanan. Di tengah-tengah pula ada daun kering. Tin kaya tadi kami letak di atas bata. Si Sinut pi ambil mancis aki dia sana poket seluar aki dia, lepas tu kami bakar tu daun-daun kering, kunun-kunun gas kami.  Bila ada api kami happy, lepas tu bila mendidih tu air terus kami happy lagi.

"Yay!!!! Tengok ah Nut saya jadi Chef Wan. Ya puan-puan, gaul sehingga sebati yer, kurangkan api lepas tu kita letak garam." Saya ambil tu tanah terus kasih masuk dalam tin, kasih gaul lagi sana dalam tin. Berabis si Sinut ketawa.

"Bukan begitu bah. Sini saya buat, petang ni kite nak masak ape? Ha? Ape die tak dengar lah? Okay, petang ni kite nak masak kuih ubi. Macam tu lah Chef Wan, Uri. Kau ni, tu pun tidak tau.." Si Sinut ambil tu taik kucing atas tanah terus dia kasih masuk dalam tu tin.

"Eeeeee!!!! Yuck!!!!!!!!" Saya lari jauh-jauh lepas nampak si Sinut ambil tu taik kucing tanpa geli. Berabis si Sinut ketawa-ketawa tinguk respon saya. Silaka!

Macam tu lah aktiviti kami semasa kecil.  Si Sinut tinggal di kampung bersama-sama nenek dia, iaitu berjiran dengan rumah nenek saya.

Dari kampunglah kami berkawan rapat. Kalau balik kampung saya mesti akan cari si Daisy. Kami akan bermain masak-masak, main jual-jual guna daun sebagai duit, main getah, buat kek guna tanah lembab dan main kahwin-kahwin. Si Sinut ni dari kecil lagu aki dan nenek dialah yang jaga, mama dia anak bongsu dalam adik beradik tapi termengandung sebelum kahwin, lepas tu bapa dia pula tidak mau bertanggungjawab. Mama dia kemudian lari pergi Kuala Lumpur ikut lelaki lain. Kesiankan hidup si Sinut?

Nama saya pula Ivory, tapi si Sinut sekeluarga dan keluarga saya saja yang panggil saya Uri. Saya membesar dan tinggal di bandar raya Kota kinabalu. Saya ada tiga orang adik-bradik, satu abang sulung, nama dia Mark, tua empat tahun daripada saya, kakak pula nama dia si Ivy, tua dua tahun dari saya. Saya anak bongsu. Saya lagi suka kehidupan di kampung sebab macam-macam bulih main, kalau di KK pula limited sikit.

11 tahun kemudian, selepas peperiksaan SPM iaitu semasa umur kami sudah masuk 17 tahun, si Sinut pindah ke KK dan menumpang tinggal di rumah kami. Parents saya okay ja, sebab dorang tau kami rapat. Dia cakap dia mau cari kerja sementara tunggu result. Saya pula tidak tau apa mau buat, jadi saya plan mau cari kerja bersama si Sinut.

Abang saya masih belajar di KL, kakak pula belajar di UMS, tapi dia tinggal di hostel. Selepas beberapa lama cari kerja, kami pun dapat kerja sebagai Promoter di sebuah shopping mall. Well, baru mau cari pengalaman kan. First gaji tu, saya simpan sikit duit untuk beli handphone sendiri yang lagi canggih. Si Sinut pula berabis beli baju-baju seksi. Dia cakap, dia tidak sabar sudah mau pakai baju seksi sebab terpengaruh sama pemakaian orang sekeliling di bandar.

Lepas satu bulan dia tinggal di rumah, abang sulung saya si Mark pun balik dari KL. Si Mark masuk rumah bawa luggage bag dia. Masa tu saya sama si Sinut sedang tengok TV.

FRIEND AND FOE (21+)Where stories live. Discover now