Plot Latar ISS & Planet Marikh

180 23 5
                                    

Tahukah anda, pada tahun 2007, iaitu 10 tahun yang lepas, negara kita telah berjaya menghantar angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-50 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)? Pertama kali di Asia Tenggara, Malaysia bekerjasama dengan Rusia dalam usaha menghantar angkasawan kita, berlepas di Baikonur Cosmodrome, Khazakhstan. Atau kita semua sudah lupa momen-momen indah tersebut?

Tahukah anda, negara Amerika sudah menghantar sebuah robot kecil yang bernama Curiosity, Perseverance dan juga Inguinity, China menghantar Zhurong dan UAE menghantar robot HOPE ke planet Marikh bagi meninjau permukaan planet gersang tersebut selai...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tahukah anda, negara Amerika sudah menghantar sebuah robot kecil yang bernama Curiosity, Perseverance dan juga Inguinity, China menghantar Zhurong dan UAE menghantar robot HOPE ke planet Marikh bagi meninjau permukaan planet gersang tersebut selain menggerudi permukaan planet itu, mengambil gambar serta mengambil bacaan data permukaan planet terbabit. Atau kita semua memang tidak berminat untuk mengambil tahu hal-hal ini sehinggkan penemuan air di planet Marikh pun kita tidak tahu?

Amerika Syarikat melalui NASA juga berjaya melakukan eksperimen penerbangan pertama kali dalam sejarah planet terbabit pada musim panas tahun 2021 melalui robot Inguinity. Yang pastinya, segala kos yang ditanggung untuk menghantar robot ini bukanlah sekecil-kecil anak.

Terlalu sedikit novel-novel tempatan berlatar belakangkan kedua-dua tempat ini, walaupun dalam novel fantasi sekalipun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terlalu sedikit novel-novel tempatan berlatar belakangkan kedua-dua tempat ini, walaupun dalam novel fantasi sekalipun. Tidak dinafikan, lambakan novel-novel sains fiksyen berfantasi tinggi ini yang menceritakan perihal peperangan antara galaksi, serangan makhluk asing keatas kedaulatan Malaysia dan lain-lain, tetapi, penceritaan kisah kehidupan yang seakan-akan benar di ISS mahupun Marikh, masih jarang-jarang ditemui dalam novel berbahasa Melayu.

Kisah hidup angkasawan negara yang terperangkap di planet Marikh dan meneruskan kehidupan berbekalkan sate kambing marikh, atau kisah bahan kajian yang dibawa oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dari Malaysia yang tiba-tiba menghidup, beraksi dan mengancam kehidupan di ISS (misalnya, nama pun sains fiksyen) mungkin boleh digarap dan dijadikan novel sambil memasukkan sekali unsur-unsur thriller. Nampak seperti agak sukar, tetapi kenapa tidak kita mencuba?

Manalah tahu, suatu hari nanti, pengarah tersohor Amerika, Michael Bay berminat untuk mengadaptasi karya sains fiksyen anda yang kelihatan hampir nyata itu ke dalam filem terbarunya. Siapa tahu, kan?

 Siapa tahu, kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now