Fiksyen Sains Nuklear & Penyinaran Radiasi

26 2 0
                                    

Karya-karya yang mempunyai genre ini amat asing bagi pembaca di Malaysia oleh kerana penggunaan dan aplikasinya yang terhad dikalangan pemain industri, bidang perubatan dan juga bagi sektor pembuatan di kilang-kilang. Tetapi, tahukah anda karya yang mengangkat tema radiasi ini sebenarnya telah digunapakai dengan meluasnya di kalangan pengkarya fiksyen di seluruh dunia dan banyak genre sebegini banyak ditayangkan di saluran penstriman berbayar?

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memberikan kesedaran maksima kepada masyarakat tentang sisi berguna bagu bidang nuklear itu sendiri dan membuang tanggapan buruk yang menyatakan sains nuklear dan penyinaran radiasi ini adalah sesuatu yang amat merbahaya dan perlu dijauhi. Selain sisi buruk yang acap kali dimomokkan oleh media, cakupan bidang ini sebenarnya mempunyai prospek penceritaan yang lebih meluas dan menarik untuk digarap.

Aplikasi radas penyinaran radiasi bukan sahaja baik untuk proses pembunuhan kuman dan proses sanitasi selepas pek makanan di sterilkan, bahkan ianya kegunaan yang cukup meluas dan aplikasi terbesarnya adalah mempunyai keupayaan dalam menjana bekalan tenaga elektrik bagi satu jangka masa yang panjang dengan kos yang lebih murah dan efektif. Namun, segala macam langkah keselamatan perlulah diambil bagi menangani segala kemungkinan senario kes paling teruk yang boleh berlaku dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Antara contoh negara yang menggunakan sepenuhnya tenaga nuklear dalam menjana elektrik mereka adalah negara Jepun dan beberapa lagi negara Eropah yang lain. Negara kita dikhabarkan pernah cuba untuk membina stesen janakuasa nuklear sendiri, namun cadangan itu ditentang habis-habisan oleh masyarakat. Masyarakat negara ini cuba mengambil iktibar daripada peristiwa Chenorbyl yang berlaku puluhan tahun lalu di Ukraine.

Antara karya pilihan pula yang mengangkat tema sains nuklear dan radiasi ini seperti 'Sweet Tooth' dan juga siri 'The 100' yang ditayangkan di siaran Netflix.

Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now