Fiksyen Sains Kerohanian

165 21 2
                                    

Kali terakhir penulis menonton sebuah filem sains fiksyen keagamaan yang amat berkualiti adalah pada penghujung tahun 2000, apabila negara berjaya menghasilkan sebuah filem keagamaan pertama kali seumpamanya, iaitu 'Syukur 21'. Hebat kan? Mesti ramai daripada kalangan kita yang masih tidak mengetahui kewujudan filem yang pernah tular suatu masa dahulu.

'Syukur 21' menampilkan perihal kemodenan negara Malaysia futuristik yang dikecapi, menginjak bersama-sama dengan pembangunan ummah yang selari dengan kehendak syarak serta kelestarian alam yang mendidik jiwa. Pada filem ini, di gambarkan sebagai Malaysia sudah memiliki sebuah stesen angkasa nya sendiri yang dipanggil 'RAUDHAH'. Penampilan kumpulan nasyid Raihan ketika itu seakan-akan menjadi suatu fenomena apabila berjaya membawakan watak mereka masing-masing, filem terhidup dengan suasana futuristik keislaman dan paduan sebuah pembangunan jati diri yang mantap sesama insan.

Kesannya, 7 tahun selepas itu, berkat imaginasi dan kesabaran pembikinan filem 'Syukur 21' ini, kerajaan Malaysia berjaya menghantar angkasawan pertama negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga menunjukkan cara-cara bersolat diangkasa, sehingga video ini telah tular diseluruh dunia sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Beginilah impaknya apabila kita mengeluarkan sesuatu dana yang sangat besar ke jalan yang betul dan diredhai. Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil, tetapi semangat sains dan keilmua nya amat luar biasa hebat.

Untuk rekod, antara penulis sains fiksyen keagamaan yang tersohor adalah seperti Hilal Asyraf, Azrul Jaini dan Faizal Tehrani. Sulaman antara ayat-ayat suci Al-Quran yang dikarang bersama-sama fakta-fakta sains yang hebat, lalu disaduri dengan plot penceritaan yang menggagumkan, pastinya memberikan sebuah kelainan kepada sesuatu karya terbabit. Pembuktian-pembuktian dalam Al-Quran dengan fakta saintifik mampu membuatkan sesiapa sahaja yang membaca, akan cuba mencari kebenarannya.

Itulah hasil daripada suatu karya yang berkualiti dan baik. Penulis yakin, ramai sahaja bakat-bakat muda diluar sana yang amat berminat dengan tema sains fiksyen keagamaan ini, tetapi amat takut jikalau tidak ada individu yang berminat untuk membacanya. Belum cuba, belum tahu kan? Sebenarnya, skop sains fiksyen ini begitu luas yang mencakupi dari sudut sejarah Islam itu sendiri. Jadi, apa tunggu lagi?

Terlalu banyak karya yang boleh dihasilkan dengan hanya menceritakan sejarah-sejarah peperangan dan perluasan kuasa dahulu zaman kebangkitan sistem Khalifah (misalnya), disulam sedikit bersama teknik sains fiksyen yang logik dan tidak digelakkan oleh orang-orang arif yang membacanya, dari satu sudut pandangan yang berbeza, maka terlahirlah sebuah karya yang unik dan menarik.

Terlalu banyak karya yang boleh dihasilkan dengan hanya menceritakan sejarah-sejarah peperangan dan perluasan kuasa dahulu zaman kebangkitan sistem Khalifah (misalnya), disulam sedikit bersama teknik sains fiksyen yang logik dan tidak digelakkan o...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tema Yang Takkan DitulisWhere stories live. Discover now