PROLOG

558 33 1
                                    

Tak..tak..tak.. Bunyi tapak kasut memecah kesunyian di sepanjang koridor istana itu. Kegelapan pada malam itu disinari dengan cahaya bulan purnama yang sangat terang sehingga mampu menampakkan kelibat seseorang yang berjubah labuh dengan mengenakan hud di kepalanya.

Cahaya bulan telah menyinari kulit mukanya yang cerah dek tidak tertutup dengan hud miliknya. Rambutnya yang panjang sehingga paras dada juga turut bersinar dengan pancaran cahaya daripada si purnama. Ada sesuatu yang juga turut kelihatan dari wajahnya. Darah. Ada darah mengalir dari bibirnya.

Dia berhenti seketika di laluan koridor itu. Bunyi tapak kasut serta merta hilang dari pendengaran. Tangan kanannya diangkat lalu dibawa ke arah bibirnya untuk mengelap kesan darah yang belum hilang dari wajahnya. Dia memerhati tangan kanannya yang kotor dengan kesan darah tadi. Dia, tersenyum. Senyuman yang menyimpan sebuah rahsia dan juga senyuman yang sukar untuk difahami maksud disebaliknya.

Dia meneruskan langkahnya dan berhenti di depan sebuah pintu. Dia memandang di sepanjang laluan koridor itu sekiranya ada yang memerhati dirinya. Setelah mengesahkan tiada sesiapa pun di kawasan itu, dia pun membuka pintu itu dan mengatur langkah masuk ke dalam.

PUTERI SUMPAHANWhere stories live. Discover now