BAB 3

379 14 2
                                    

Dua hari kemudian..

Matanya dibuka perlahan. Silau cahaya mula mengisi pandangannya, dia cuba menyesuaikan diri dengan cahaya yang dilihatnya secara mengejut setelah beberapa hari tidak sedarkan diri. Kedengaran bunyi burung sedang berkicauan dengan rancak, seolah-olah tiada resah di dalam jiwa. Puteri Winda cuba bangun dari katilnya, namun tubuhnya terasa sangat lemah. Dia memerlukan bantuan seseorang sekiranya ingin bergerak buat masa ini. 'Mana pulak Dayang Ena ini?' getusnya dalam hati.

Bukk! Bunyi pintu biliknya dibuka. Ena masuk ke dalam sambil membawa bunga segar untuk menggantikan bunga lama di meja sebelah katil Tuan Puteri. Ena masih belum perasan akan Tuan Puteri di situ yang sedang memerhatikannya sampailah saat dia ingin membetulkan posisi selimut si Tuan Puteri, "Tuan puteri," dia terkejut melihat Puteri Winda sudah sedarkan diri. Dia bersyukur. Walaupun Puteri Winda sering mengherdiknya, namun dia masih mengharapkan kesihatan berpihak pada puteri itu.

"Ena, berikan beta air," arahnya lemah. Ena terus cepat-cepat menuang air ke dalam goblet. Nasiblah dia ada menyediakan sejag air putih di tepi katil. Ena membantu puteri itu minum dengan mengangkat sedikit tubuh gadis itu untuk menyandar pada dinding katil. Tubuh si Tuan Puteri masih dalam keadaan lemah.

"Sudah berapa lama beta tidak sedarkan diri?".

"Sudah dua hari, Tuan Puteri,".

"Bagaimana dengan lelaki itu? Sudah mati kah dia?" Ena terkejut mendengar pertanyaan si Tuan Puteri yang dianggapnya agak kasar. Lelaki itu telah menyelamatkan diri Tuan Puteri itu sendiri, tetapi pertanyaan Puteri Winda tadi seolah-olah tidak mengenang budi lelaki itu.

"Lelaki itu dalam keadaan tenat di bilik rawatan istana. Lukanya sangat parah. Tabib istana sendiri berkata bahawa hanya keajaiban sahaja yang boleh membantunya pulih," jelas Ena panjang lebar. 'Kau parah sebab sihir itu,' Puteri Winda berkata dalam hati.

"Ena, bawa beta ke bilik rawatan. Beta mahu berjumpa dengan lelaki itu," arahnya. Ena memimpin Puteri Winda keluar dari biliknya menuju ke bilik rawatan istana. Pergerakan si Tuan Puteri perlahan kerana tubuhnya masih belum pulih sepenuhnya. Sampai sahaja di hadapan pintu bilik rawatan, Puteri Winda terus mengatur langkah perlahan masuk ke dalam. Tabib Hadin berada di dalam menjalankan tugasnya merawat lelaki itu.

"Tabib Hadin," sapa Puteri Winda dari belakang. Tabib itu berpaling ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menegurnya tadi. Dia terperanjat seketika melihat Puteri Winda berdiri di belakangnya. "Tuan Puteri sudah sedar? Alhamdulillah," hatinya lega setelah beberapa hari ini dia risau melihat pesakitnya belum bangun-bangun sejak peristiwa itu.

"Tabib Hadin, Ena, tinggalkan beta sendirian di sini. Beta tidak mahu diganggu," Puteri Winda memberi arahan. Tabib Hadin dan Ena terus melangkah keluar dari bilik itu, patuh pada perintah si Tuan Puteri. Sebaik sahaja kelibat mereka berdua hilang dari pandangannya, dia terus mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan katil dimana lelaki itu sedang terlantar. Muka lelaki itu kelihatan pucat lesi seperti mayat hidup. Puteri Winda berfikir, mengapakah sihirnya masih belum membunuh sepenuhnya sampai ke hari ini, sedangkan sihir itu sudah lama diletakkan di leher lelaki itu. Puteri Winda memerhati wajah lelaki itu dalam hati yang penasaran. Masih banyak lagi persoalan yang masih belum diketahui jawapannya. Patutkah dia menarik semula sihir itu dari badan lelaki ini? Dia masih dalam keadaan dilema. Beberapa saat kemudian, barulah dia menentukan keputusannya. Ya, dia patut menyelamatkan lelaki ini. Dia mesti mendapatkan jawapan kepada persoalannya dimana jawapan hanya ada pada lelaki ini. Puteri Winda mengangkat tangannya ke arah leher pemuda itu lalu membisikkan satu ayat ringkas. Keadaan tubuh lelaki itu seolah-olah terlepas dari beban berat setelah sihir itu berjaya ditarik. Pernafasannya juga menjadi lebih lega dan lancar. Selesai. Puteri Winda sudah pun mengeluarkan kembali sihir yang menetap di leher lelaki itu. Puteri itu bangun dari tempat duduknya. Dia memanggil Ena yang berada di luar untuk memimpinnya kembali ke biliknya. Dia juga memerlukan rehat yang secukupnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PUTERI SUMPAHANWhere stories live. Discover now