BAB 2

314 14 2
                                    

Matanya masih tidak lepas memandang lelaki itu. Dirinya rasa tercabar dengan cara pandangan lelaki itu ke arah dirinya. Puteri Winda berjalan mendekati lelaki itu. Mungkin lelaki itu sebaya dengan dirinya, fikirnya. Zail juga masih berlawan mata dengan puteri itu. Langkah gadis itu semakin mendekati dirinya. Gadis inilah perempuan yang paling dibencinya sejak dulu lagi, kekejamannya sudah tidak asing lagi dari topik perbualan rakyat-rakyat di kerajaan itu sehingga menimbulkan kebencian dalam dirinya pada si Tuan Puteri. Srrringgg.. Bunyi pedang ditarik keluar dari sarungnya.

"Siapakah gerangan lelaki biadap di hadapan beta ini?" Puteri Winda sengaja berbasa-basi dengannya dengan pedang diletakkan tepat di kiri lehernya. Mungkin kalau dirinya membuat pergerakan kecil ke kiri, lehernya pasti akan terluka terkena dengan bilah pedang yang tajam itu.

"Patik adalah seorang rakyat yang sangat mengagumi kekejaman Tuan Puteri," dia sengaja memberi jawapan sedemikian kepada si sang puteri. Matanya masih memandang tepat ke anak mata gadis itu. Tetapi ada sesuatu yang telah menarik perhatiannya dari terus memandang mata si gadis. Di hujung gerai sana, ada seorang wanita tua berpakaian lusuh sedang memerhatikan mereka dengan muka yang sedih. Namun, disebalik riak sedih itu, Zail juga dapat mengesan kebencian yang terbuku di wajah wanita itu.

Kemarahan Puteri Winda semakin membara dengan lelaki di hadapannya. Lelaki itu seolah-olah lupa kehadiran Puteri Kerajaan Gelima di situ, lebih-lebih lagi jawapan yang diterimanya juga sangat mencabar maruahnya, kerana dia tahu, lelaki itu cuba menyindirnya. Mulutnya terus menyebut satu perkataan ringkas dalam nada berbisik, cukup dia sahaja yang boleh mendengarnya, sambil merenung ke leher lelaki itu. Selesai.

Mata lelaki itu kembali merenung ke matanya. Zail perasan ada cahaya merah dari mata puteri itu ketika dia masih lalai melihat wanita tua di belakang sana. Adakah benar pandangan anak matanya tadi? Dari mata Tuan Puteri kah cahaya itu tadi muncul?

"Apakah yang Tuan Puteri telah lakukan?" dia penasaran dengan riak wajah si Tuan Puteri di hadapannya. Puteri Winda tersenyum membalas soalan lelaki itu. Pedangnya dimasukkan kembali ke dalam sarungnya yang digantung di sebelah kanan pinggangnya.

"Tiada apa. Beta hanya berfikir menangkap saudara hanyalah memenuhkan bilik kurungan. Sebalikya, saudara patut berterima kasih pada beta kerana beta sudi melepaskan seorang biadap berlegar-legar di luar untuk meneruskan..". "Sisa-sisa kehidupan yang indah." katanya sambil menyudahkan dengan tawa yang tersirat kejahatan.

Puteri Winda terus mengatur langkah meninggalkan Zail. Hanya itu yang boleh dia lakukan untuk membayar kebiadapan lelaki itu kerana dia tahu Ayahandanya pasti tidak akan berkenan dengan tindakannya mengurung rakyat tanpa sebarang sebab yang kukuh. Dia sangat berpuas hati. Puas, kerana lelaki itu tidak akan mempunyai masa yang lama untuk hidup.

***

Puteri Winda terus berjalan menuju ke biliknya. Dayang Ena menyambutnya di koridor. Seperti biasa, Ena tidak akan berani memandang lama wajah si Tuan Puteri itu. Dia lebih banyak menundukkan wajahnya sambil berkhidmat pada Puteri Winda. Pedang diberikan pada dayangnya. "Sediakan air mandian dan pakaian beta," arahnya dingin sambil berjalan menuju ke biliknya. "Baiklah, Tuan Puteri,"sahut Ena. Sampai sahaja dalam bilik, dia terus duduk di sudut katil sambil membuka but yang dipakainya. Sebenarnya, otaknya masih memikirkan gerangan lelaki tadi. Dia seolah-olah pernah melihat lelaki itu sebelum ini, tapi dia sendiri tidak dapat mencari jawapan. Benarkah dia pernah bertemu dengan lelaki itu? Sudahlah, buat apa memikirkan orang yang tidak lama lagi akan mati. Dia, tersenyum.

***

Suasana di gelanggang semakin sesak. Perlawanan akan dimulakan tidak lama lagi. Zail menoleh ke kiri dan ke kanan mencari Bali dan juga Opin. Dari tadi dia cuba mengesan mereka, bimbang sekiranya mereka terlepas jam perlawanan. Tetapi tidak mungkin mereka akan terlepas perlawanan penting ini, kerana sejak semalam lagi mereka berdua begitu bersemangat bercerita tentang persediaan mereka, apatah lagi mengenai ganjaran lumayan yang ditawarkan kepada pemenang. Masing-masing menanam hasrat untuk memenangi ganjaran itu. Dengar cerita dua kantung emas akan dihadiahkan kepada si pemenang.

PUTERI SUMPAHANWhere stories live. Discover now