BAB 1

541 21 3
                                    

Keesokan hari..

Keadaan di istana menjadi kelam kabut di pagi yang segar itu. Kelihatan beberapa pengawal istana berlarian menuju ke perkarangan utama istana. Puteri Winda juga turut tidak ketinggalan menyaksikan huru-hara yang berlaku di istana. Pagi itu dia meluangkan masa paginya untuk bersama kucing putih peliharaannya dengan ditemani dayang peribadinya di taman istana. Dari situ, dia boleh melihat dengan jelas pengawal-pengawal berlarian di koridor istana.

"Mengapa mereka berlarian, Dayang Ena?"pertanyaan si puteri dengan penuh keanggunan. Dia menoleh ke arah dayangnya meminta jawapan dari gadis itu. "Patik juga tidak mengetahui, Tuan Puteri," balas si dayang. Puteri Winda terus bangun dari kelekaannya melayan kucing peliharaannya setelah mendengar perkataan 'tidak tahu' dari gadis itu. Matanya mencerlung marah memandang Ena. "Bukankah beta sudah memberitahu yang beta tidak suka mendengar jawapan yang tidak pasti?". "Beta mahukan jawapan kedua, yang pasti jawapan yang lebih memuaskan hati. Bukan jawapan sampah,". Ena tidak berani melihat tatapan mata si tuan puteri. Dia cuba memikir jawapan yang boleh meredakan kemarahan Puteri Winda.

"Patik merasakan yang ini ada kaitan dengan kerajaan dari seberang, Tuan Puteri," nampaknya Puteri Winda berpuas hati dengan jawapan yang dia berikan. Lega, dia terselamat dari lava kemarahan Puteri Winda. Dia memerhati reaksi seterusnya dari puteri itu. Puteri Winda seolah-olah memikirkan sesuatu. Puteri Winda adalah orang yang paling ditakutinya di istana ini. Bukan dia sahaja yang gerun akan Puteri Winda, malah penghuni-penhuni istana yang lain juga. Mengingkar perintah Tuan Puteri sama maksud menempah maut di bilik kurungan. Oleh itu, tiada sesiapa pun yang berani mengambil risiko membantah arahan si puteri raja.

"Ena, beta mahu kamu jagakan Putih. Beta ingin berjumpa dengan Ayahanda," si Tuan Puteri bersuara lalu memberikan Putih kepada dayangnya.

Dia terus mengatur langkah bergerak menuju ke perkarangan utama istana, yakin Raja Saiden ada di sana. Dia berjalan masuk ke arah lantai koridor menuju ke perkarangan. Dari jauh dia boleh melihat beberapa kerabat diraja berkuda sedang berbincang dengan pihak mereka. Puteri Winda semakin menghampiri mereka. Dia melihat Raja Saiden juga ada di sana, sedang berbincang sesuatu dengan seorang pemuda dari Kerajaan Duma.

"Apa hajat Kerajaan Duma ke sini, Ayahanda? Jarang sekali dapat jengukan mengejut dari seberang," dia menghampiri Raja Saiden sambil memerhati sekelompok bangsawan di hadapannya. Pada pandangannya, tentera mereka mempunyai fizikal yang biasa-biasa sahaja, namun ada beberapa yang memiliki badan yang segak dan sasa. Raja Hariq memandang tajam ke arah Puteri Winda. "Menurut beta, kehadiran Tuan Puteri tidak diperlukan di sini, bukan begitu Tuanku?" dia kurang berkenan dengan kehadiran Puteri Winda di situ. "Kenapa tidak? Beta adalah pewaris tunggal kerajaan ini, jadi beta juga harus tahu serba sedikit mengenai kawan dan juga musuh pada kerajaan," Puteri Winda sengaja menekankan perkataan 'musuh' semasa membalas kata-kata si raja muda itu. Dia tersenyum sambil merenung tajam ke mata raja Kerajaan Duma itu.

"Bertenang Anakanda, tujuan kedatangan mereka ke sini untuk berbincang. Lagipun Anakanda sudah sedia maklum bukan? Mereka adalah sekutu kita sejak 50 tahun yang lalu." suara Raja Saiden ceria seperti bergembira dengan kedatangan orang luar ke istana. "Tapi tidak sejak insiden itu," Puteri Winda memintas.

Dia menoleh ke arah ayahnya. Serta merta reaksinya ditukar menjadi ceria sebagaimana seperti ayahnya. "Apa kata kalian berbincang di dalam? Berbincang di sini bukanlah satu idea yang baik. Nanti beta arahkan tukang masak istana hidangkan makanan yang istimewa untuk tamu kita," katanya dalam intonasi seolah-olah dia juga turut berbesar hati menerima kedatangan tamu dari Kerajaan Duma.

Raja Saiden mempelawa Raja Hariq masuk ke istana menuju ke bilik persidangan. Beberapa orang kesatria Raja Hariq juga turut mengekori di belakang. Selebihnya tinggal di perkarangan untuk menguruskan kuda-kuda tunggangan mereka. Puteri Winda masih berdiri di situ, memerhati setiap langkah pergerakan mereka. Senyuman di wajahnya beransur pudar. Beberapa saat kemudian, barulah dia bergerak masuk ke dalam istana.

PUTERI SUMPAHANWhere stories live. Discover now