PROLOG

2.1K 59 1
                                    

Kisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya..

Pagi Ahad itu hujan turun dengan lebat membasahi pohon-pohon yang menghijau, anugerah yang tak ternilai dari yang Maha Esa yang cuma segelintir manusia mensyukuri nikmatnya. Jauh dari jendela kaca kelihatan awek-awek Universiti berlari-lari anak sambil memegang buku di atas kepala menuju ke arah bas persiaran yang siap tersedia menanti.

Tersenyum aku melihat telatah mereka. Dah tau sekarang ni musim hujan apesal la tak bawak payung. Rasa macam nak turun pergi hantar payung kat dorang. Tapi aku pendamkan sahaja hasrat tu takut bertumbuk pulak aku ngan balak dorang al maklum la awek-awek yang dressed up K-Pop macam tu kompom la dah berpunya.. He..He..

Tapi bila diamati betul-betul aku macam pernah kenal je sorang awek yang berdiri ayu dekat stesen bas tu. Yang bertudung, berkulit cerah sejuk mata memandang. Hampir aku jeritkan nama yang telah kian lama aku lupakan. Ya.. nama yang dah lama aku lupakan...

Suamiku Budak Rock JutawanWhere stories live. Discover now