"Assalammualaikum!!.. Assalammualaikum!!", jerit Ray di hadapan rumah banglo yang tersergam indah bak istana di Seksyen 7 Shah Alam. Di hadapan parkir bersusun kereta-kereta mewah. Selepas beberapa kali menjerit sehingga hampir kering air liurnya baru Ray perasan tombol loceng di pagar. Dia pun menekan tombol loceng itu.
Tak sampai 5 minit pintu pagar automatik itu terbuka dan kelihatan kelibat gadis belasan tahun berlari-lari anak menuju kearahnya. Fikirnya anak tuan rumah, rupanya... "Jemput masuk mas Ray", sapa gadis itu. "Ohh.. pembantu rumah rupanya.. Huhu", Ray berkata dalam hati.
"Jemput masuk Ray. Buat macam rumah sendiri", kelihatan makcik yang pernah ditolong oleh Ray itu di hadapan pintu utama.
"Tak payah susah-susah makcik", jawab Ray pula.
"Tak payah nak bermakcik-makcik la Ray. Panggil je Kak Jah. Semua orang panggil makcik Kak Jah je.. He..He..", balas Kak Jah pula.
Ray melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tak dapat menahan matanya daripada melilau melihat kelengkapan serba mewah di dalam banglo Kak Jah. Makanan sudah tersiap sedia di atas meja makan seperti tau-tau je yang perut Ray memang tengah menggigil kelaparan.
"Jemput makan Ray. Lepas makan kita borak-borak ye', sapa Kak Jah secara tak langsung menghentikan lamunan Ray sejak dari tadi.
Selepas selesai makan mereka beredar ke ruang tamu. "Kamu masih belajar ke Ray?", soalan itu terus menusuk ke jantung Ray. "Ada masalah sikit la Kak Jah. Saya tak dapat meneruskan course saya di UiTM tu", jawab Ray.
"So.. Ray buat apa sekarang ni?", soal Kak Jah kembali. "Saya tengah buat kerja-kerja sambilan je Kak Jah. Target saya dalam masa 2 tahun saya nak kumpul duit RM30 ribu dan sebuah rumah banglo".
Kak Jah seperti dapat menghidu sesuatu daripada jawapan Ray itu. "Cuba Ray terus terang dengan Kak Jah. Ray ada masalah ke? Mana tau Kak Jah dapat membantu", soal Kak Jah kembali. Ray serba salah untuk menceritakan kisah sebenar. Takut di cap sebagai penipu pula. Paling tidak pun di cap sebagai ingin menagih simpati.
Selepas seminit tiga puluh saat..
"Begini kisahnya Kak Jah..."
Ray pun menceritakan kisah Qis, kisah percintaan mereka yang penuh onak duri. Kisah cinta mereka daripada saat perkenalan mereka sehinggalah saat terakhir dia betemu dengan Qis....
"Bersabar lah ye Ray. Allah hanya memberi ujian pada hambanya yang tabah, yang kuat. Pasti ada hikmah dalam setiap kejadian itu".
"Terima kasih Kak Jah. Saya redha dengan apa yang berlaku", balas Ray.
"Ray.. Kamu nak tahu RAHSIA kejayaan Kak Jah? Bagaimana Kak Jah memulakan perniagaan dengan hanya modal RM90 sahaja tapi income beratus ribu setiap bulan. Kamu percaya tak kalau Kak Jah cakap yang Kak Jah buat duit dari rumah je?".
"Biar betul Kak Jah? Takkan duduk rumah je boleh dapat income beratus ribu?? Modal pun RM90 je? Saya bermati-matian kerja pun cukup-cukup makan je", balas Ray dengan nada kurang percaya. Tak mungkin begitu mudah mendapat DUIT. Hanya dari rumah? Mustahil.. Mustahil..
"Hehe.. Kamu tak percaya? Macam ni cerita dia.."
Kak Jah pun mula bercerita tentang bisnes AJAIB itu bermula dari saat dia mengusahakan bisnes itu sehinggalah dia bergelar Jutawan! Bersungguh-sungguh Ray mendengar kisah Kak Jah. Ray menyalin setiap butiran yang Kak Jah terangkan kedalam buku notanya. Baginya ini peluang keemasan yang tak patut dia lepaskan.
Tiba-tiba semangatnya berkobar-kobar. Dia betul-betul tidak menyangka di Malaysia ada bisnes yang MUDAH!
"Peluang ni hanya datang 2000 tahun sekali je Ray. Rugi kalau kamu tak buat! Lagipun kamu takkan rugi apa-apa sebab kita jual produk keperluan. Kamu sendiri pun sekarang ini menggunakannya", Kak Jah mengakhiri kisah hidupnya.
Di saat itu Ray mula tersenyum. Dia telah mendapat semangat yang baru. Permintaan ibu Qis itu akan dipenuhinya. Qis bakal menjadi teman hidupnya.
"Disebabkan kamu menolong Kak Jah tempoh hari. Kak Jah hadiahkan baranag AJAIB ini pada kamu. Kamu cuma perlu ikut arahan yang Kak Jah ajarkan tadi. Selepas ini, jatuh bangun bisnes ini terletak di tangan kamu", Kak Jah berkata sambil menghulurkan barang AJAIB itu pada Ray.
"Terima kasih banyak-banyak Kak Jah. In Shaa Allah saya akan lakukan yang terbaik", jawab Ray sambil tersenyum.
Hari itu merupakan permulaan baru dalam hidup Ray. Dia tidak akan menoleh kebelakang lagi. Dia bertekad akan meneruskan kehidupannya. Dia akan buktikan pada ibu Qis yang dia seorang yang menepati janji...
YOU ARE READING
Suamiku Budak Rock Jutawan
RomanceKisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya. Ini adalah kisah cinta antara Ray dan Qis, sebuah kisah cinta...