Pagi Isnin itu sama seperti pagi-pagi yang lain pintu pagar Universiti sudah mula dipenuhi kenderaan, kelihatan semua penuntut-penuntutnya bersemangat memulakan kelas mereka pada hari tu. Tapi lain pulak ceritanya dengan Ray. Dia masih lagi lambat seperti hari-hari yang lain. Bangun-bangun sahaja dia lihat rumah sewa sudah pun kosong.
"Hadoyaii.. Bebudak nih sume pergi kelas tak kejutkan aku ke? Siyut betul la". Padahal dah beratus kali si Mie kejutkan Ray. Dengan tangan, kasi semua siap nasib tak simbah dengan air panas je.
Lepas siap mandi, Ray pun bersiap-siap untuk pergi berjuang di menara gading. Di atas meja makan kelihatan secawan kopi yang masih hangat dan sebungkus biskut tiger. "Baik jugak hati korang buatkan aku air siap ada biskut tiger lagi. Kalau macam ni tak payah naik motor la jawabnya, pergi kelas berlari je macam iklan biskut tiger. Ha..Ha..".
Sesudah siap bersarapan, Ray pun bergegas menuju ke tempat letak motor. Cuma nasib tak berapa baik sewaktu menuruni anak tangga dia boleh tergilincir pulak, langsung berguling sampai ke bawah. Nasib baik takde orang masa tu, kalau tak mana nak sorok muka weii.
"Siapa la pulak yang sesuka hati buang kulit pisang dekat sini ni. Korang ingat zoo ke main campak-campak kulit pisang. Tak pasal-pasal aku jadi mangsa kekejaman korang", bebel Ray sambil menggosok kepalanya yang sengal akibat gulingan 360 darjah tadi.
Sampai je dekat motor terus dia bukak Solex, pulas kunci motor dan hidupkan enjin. Tapi dah dekat lima minit enjin motor tak nampak macam nak hidup pun. Benda pertama yang dia periksa ialah tangki minyak.
"Alamak.. Tangki minyak kering pulak. Kalau macam ni sampai esok pun motor ni tak nak hidup. Semalam baru aku isi minyak penuh. Ni ada la makhluk yang nak pedajal aku ni". Bila di periksa betul-betul baru dia perasan ada kesan petrol dekat bawah motor dan yang lagi tak best, hose minyak dekat karburator dah tercabut.
"Perghh.. ada pencurik minyak pulak dah sekarang ni. Dah bertahun aku duduk sini tak pernah jadi macam ni. Apesal malang sangat hari ni. Macam tak nak kasi aku pergi kelas je hari ni", kata Ray sambil menahan marah.
Nasib baik dekat rumah ada simpanan petrol khas untuk kes-kes kecemasan macam ni, jadi dia pun naik semula ke tingkat lima dan turun semula dengan bekas botol coke yang berisi minyak petrol. Tapi sekali lagi Ray tergolek kebawah gara-gara kulit pisang tadi tu. Nasib baik botol minyak tu tertutup rapat kalau tidak mau mandi minyak petrol pagi tu.
"Hai dik.. Main guling-guling ke? Boleh makcik join sekali. He.. He..", sapa sorang makcik yang kebetulan naik tangga masa tu. Yang lagi tak syok, masa tu anak dara dia yang comel lote tu ada sekali sambil tersenyum tengok aku. Habis hilang kemachoan yang aku pertahankan selama ni.
"Ooo saya tengah practice untuk sukaneka ni makcik", jawab Ray selamba sambil bersiul konon nak nampak cool la. Makcik ni memang baik dengan Ray. Dia berniaga nasi lemak dekat bawah apartment tu. Memang tiap-tiap pagi Ray beli nasi lemak dekat gerai dia tu, regular customer la katakan siap dia bagi telur free lagi.
Sampai-sampai je dekat motor, bila pusing belakang Ray nampak anak makcik tu kenyit mata dekat dia. Ray balas balik kenyitan mata awek tu dengan jelirkan lidah. Merah padam muka dia, marah lah tu. Ha..Ha..
Hose karburator dah siap dipasang, minyak sudah siap diisi. Lepas hidupkan enjin motor Ray bergegas menuju ke kelas. Dah lambat tahap gaban dah ni kang kena ceramah pulak dengan lecturer dia Puan Putri.
Segala korner dia sesah nak cepat sampai punya pasal siap polis traffic yang berhenti dekat traffic light seberang jalan menjegilkan matanya. Ray angkat tangan tabik tanda hormat. Masak Ray kalau dia kejar dengan motor 750 dia tu.
Keluar-keluar je dari jalan motor nak menuju kejalan besar tiba-tiba ada sebuah kerata warna putih menghimpit Ray sehingga dia terjatuh ke tepi jalan, nasib baik jatuh atas rumput. Bila Ray bangun dia tengok handle motornya dah bengkok akibat jatuhan tadi. Darah Ray dah mula menyirap. Tak sampai beberapa minit, empat buah kereta pulak sampai dekat situ. Semuanya kereta Mitsubishi Evolution.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Rock Jutawan
RomanceKisah yang akan aku coretkan ini bukanlah realiti malah bukan juga imaginasi cuma minda ini ingin berbicara, bicara tentang sebuah kisah cinta yang aku sendiri tidak pasti mana originnya. Ini adalah kisah cinta antara Ray dan Qis, sebuah kisah cinta...