CANTIK (3)

29 3 0
                                    

Aku berjalan perlahan menghampiri kubikel meha kerjaku. Wanginya bau badan yang menusuk ke rongga hidung membuatkan aku berasa bangga. Bangga dengan kecuainku yang telah menyebabkan terlahirnya minyak wangi ini. Minyak wangi yang pastinya tiada tandingan jika dibandingkan dengan minyak wangi sedia ada di pasaran. Mungkin juga jika aku membuka bisnes menggunakan minyak wangi ini aku akan menjadi kaya. Aku mula berasa rimas dengan pandangan aneh yang dilemparkan terhadapku. Mungkin sahaja wajahku kelihatan seperti kerang busuk sehinggakan rakan-rakan sekerjaku semua memandangku pelik. Ke bau badan aku terlalu wangi sehingga mereka semua berasa cemburu?

Sengih aku dibuatnya. Memainkan lawak hambar di minda sendiri. Ah sudah, mengapa ada suara berbisik kedengaran? Aku toleh pandang ke belakang. Terlihat di suatu sudut ruang kerja berhampiran dengan sebuah pasu bunga tiruan yang penuh bersawang, dapat aku lihat sekumpulan pekerja wanita yang sedang riuh bergosip sesama mereka. Entah mereka sengaja atau pun tidak, namun butir bicara mereka terdengar jelas di cuping telingaku.

"Bau apa yang wangi sangat ni? Suami kau ada beli minyak wangi baru kat kau ke Jule? "tutur May, seorang pekerja perempuan berbangsa Cina kepada rakan pengampunya. Juliana Yakob atau lebih gemar digelar Jule. Nama glamorlah katakan.

"Entahlah May. Aku macam biasa pakai je minyak wangi Aurora yang suami aku beli masa di Jordan hari tu. Tak habis lagi. "balas Jule dengan nada angkuh yang diselitnya penuh bangga mengenai pemberian suami keduanya, Haji Haroun. Setelah suaminya menceraikannya dengan talak satu atas sebab yang tidaklah aku ketahui, suami kedua ini sering dipuji dan dibanggakan di hadapan rakan sekerja.

"Ceh! Setakat Jordan... "kali ini cuping telingaku menangkap luahan suara Nora. Seorang pekerja wanita berbangsa Melayu yang baru setahun berkahwin dan kini perutnya memboyot menanti masa memuntahkan seorang cahaya mata.

Mungkin Nora berasa cemburu. Namun perasaan itu tidak terlihat di wajah tenangnya semasa mengusap perut besarnya.

Aku perasan bahawa Jule tidak henti-henti menjeling ke arah Nora dengan pandangan tidak puas hati. Entah apalah konflik wanita berdua ini.

"Ke si keding tu? Takkanlah... Dia mana pernah bau macam ni... "

"Tapi bau ni muncul waktu dia masuk sini kot... Tapi kau tahu kan? Aku suka lelaki yang wangi. "balas Jule terhadap pernyataan May. Aku melihat ke arah batang tubuhku. Keding sangatkah aku?

"Gatallah kau ni... Suami penyayang dah ada nak juga cari yang lain... "May berkata lalu tertawa mengekek-ngekek. Jule turut terikut sama meluah ketawa.

"Hahaha... "

Ah, malas aku melayan kerenah mereka. Langkahan kaki diteruskan ke arah kubikel meja kerjaku yang terletak di sudut yang agak hujung. Sesudah sampai ke kubikelku aku tidak terus duduk di atas kerusi roda yang berlapikkan bantal nipis itu. Sebaliknya aku mencapai sebuah cermin kecil dari dalam laci meja. Cermin lipat itu aku buka lipatannya. Refleksi diriku terlihat di balik cermin. Tampang wajahku tersenyum meneliti wajah kacak yang segak dengan rambut kilat berpomade hipster. Pomade yang aku beli di pasar malam dengan harga RM 25.

Dengan bantuan cermin itu, aku menyaksikan tanganku tangkas memperkemaskan ikatan tali leherku. Segak sungguh rasanya bertali leher merah dengan kemeja putih jenama Padini. Sambil-sambil aku meletakkan beg sandangku di atas meja kerja, pandangan mataku dikerling ke arah Jule dan May. Mulut mereka masih lagi tidak henti-henti mengatakan gosip yang entah betul atau tidak. Biasalah perempuan.

Gosip dan perempuan berpisah tiada.

"Takde kerja ke? Ke nak saya bagi kerja? Gosip je tahu! "suara Engku Aiman pula menyapa cuping telingaku. Apa lagi, pantas May dan Jule bergerak kembali ke tempat kerja masing-masing. Lalu berpura-pura sibuk menyiapkan tugasan.

Aku tertawa kecil. Engku Aiman mengubah pandangan ke arahku. Aku tersengih sebelum terus duduk dan menghidupkan komputer. Tertera Windows pada skrin komputer setelah CPU dihidupkan. Aku mengerling pandang ke arah Engku Aiman. Kelihatan dia berjalan terus ke bilik pejabatnya sebelum pintu bilik itu tertutup memakan tubuh Engku Aiman.

Biarkan sajalah. Dia tu bos.

Tatkala kursor dibawa ke ikon Microsoft Words, belum sempat aku membuka perisian tersebut namaku kedengaran dipanggil orang. Lunaknya suara yang memanggil ibarat lemak manis mengundang senyum yang lebar. Tatkala aku memandang ke wajah so dia, aku diserbu rasa.

Cinta.

"Ye, ada apa yang boleh saya bantu, Cik Adila? "ujarku dengan seoles senyuman di wajah yang aku ukir seikhlas hati. Sama seperti ikhlasnya hatiku mencintai wanita tercantik dalam syarikat.

"Wah! Wangi awak harini ya, "aku sedar saat Adila berkata mesra denganku ada beberapa pasang mata yang iri hati.

Jeles sebab orang sepertiku yang Adila rapatkan diri.

"Saja test perfumes baru. "

"Oohh... "balas Adila ringkas.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu Adila? "

"Kalau awak free, nah! Tolong siapkan laporan dan masuk dalam tiga fail hitam ni. Saya ada hal dengan bos tengahari nanti. Jadi sibuk sikit. Boleh tolong kan? "mana mungkin tidak aku katakan. Jadi hanya anggukan yang diberi.

"Saya pergi jumpa bos dulu ye, "aku melihat pemergian Adila yang lenggok jalannya pasti menangkap setiap pasang mata yang memandang.

Tubuhnya lesap di balik pintu pejabat milik Engku Aiman, CEO syarikat Mas Tanah. Entah kenapa hatiku mula terdetik. Alangkah indahnya nama Nabilah itu namun sayang sekali, aku terpaksa menggelarnya sebagai Adila. Agar rahsia kekal tersimpan kemas. Walaupun dulunya Nabilah Husna itu berwajah hodoh, kini tidak lagi. Buktinya yang berjalan masuk ke dalam pejabat Engku sebentar tadi ialah Adila. Masih segar di ingatanku saat itu. Saat di mana Nabilah menjadi Adila. Hodoh menjadi cantik.

Mana mungkin aku lupa bila mana aku sendiri berada di situ. Tatkala upacara itu diadakan.

😨😨😨

GELAP Where stories live. Discover now