Perlahan-lahan, kelopak mata dibuka. Kepalaku terasa pening-pening lalat. Aku menggeleng cuba menafikan rasa sakit yang menyengat. Berdenyut-denyut rasanya. Tiba-tiba, terasa pula cairan hangat menuruni dahiku. Kelopak mata sekejap terkatup buka dan tutup. Aku cuba untuk bangun namun lututku terlalu lemah. Gagal menampung tubuh sendiri, aku jatuh terduduk.
Aku mula mengusap punggungku dengan lembut. Kemudian, telapak tangan diletakkan di sisiku. Menampung tubuh yang lemah dengan sebelah tangan. Terasa seolah-olah tanganku sedikit basah. Aku memerhati sebelum terkejut melihat takungan darah. Darah merah itu agak hanyir apabila dicium. Firasatku kuat mengatakan yang darah itu masih lagi segar dan baru. Pantas sahaja aku mengesat sedikit darah yang melekat di tangan pada seluar.
Kini, aku mengobservasi corak takungan darah itu. Kelihatan seperti punca darah ini telah diseret keluar bilik. Baru aku sedar, aku berada di dalam sebuah bilik yang tidak berkunci dengan tangan yang tidak berikat. Pelik. Sekali lagi, aku menggagahkan diri untuk bangkit berdiri. Berjaya.
"Aku kena keluar dari sini, "perlahan kaki dihayun bergerak keluar daripada bilik ini. Tapak demi tapak.
Aku semakin hampir dengan pintu keluar.
Bumm!
Aku rebah semula dengan lutut yabg kuat menghentak lantai. Denyutan di kepala semakin bertambah perit rasanya. Setiap denyutan seolah-olah menghantar impuls rasa sakit ke seluruh tubuh badan. Membuatkan aku semakin lemah dengan setiap denyutan yang terhasil.
Tak boleh, aku kena kuat.
"Ergh, "meskipun perit aku tetap berjaya bangkit kembali.
Langkahan kaki terus diatur perlahan. Aku tersandar terus ke dinding setelah meloloskan diri dari bilik itu. Aku tetap berjalan walaupun perlukan sokongan dinding. Kaki aku terus melangkah.
Tiba-tiba, imbasan memori meluncur terus ke minda.
***
Penantian dan pengorbanan yang aku pertaruhkan ternyata berbaloi. Tidak rugi aku meletakkan diri ke dalam kancah kegelapan hidup seorang manusia. Setelah membunuh dan menggunakan ilmu hitam, kini wajah Adila tersenyum manis memandang ke arahku. Adila terlihat sungguh anggun mengenakan dress merah dengan padanan lipstik yang sempurna. Menambah rasa ghairah untuk aku memagut sahaja bibir lembut itu. Namun, tidaklah akan aku ganggu temu janji pertama aku bersama Adila. Majlis makan malam penuh romantik di sebuah restoran yang mewah.
"Sorry for being late. Are you okay with it, Ashbil? "bibir cantik Adila melontar bicara.
"As long as you're here. I'm fine, "balasku turut fasih berbahasa Inggeris.
"Kalau macam tu, let's take a little selfie, "bicara Adila teruja seraya mengeluarkan telefon pintarnya.
Kami berdua bergambar bersama penuh mesra. Setelah itu, Adila bertindak memeriksa setiap satu gambar yang telah diambil. Wajahnya mula berkerut tiba-tiba.
"Huh? Gosh! Macam mana boleh lupa, "Adila mencari-cari sesuatu di dalam beg tangannya yang berjenama LV itu.
"Necklace? "aku terkejut melihat rantai yang dikeluarkan oleh Adila dari LV miliknya.
"I ingat nak pakai masa first date kita. Tapi I terlupa. "
"Kalau macam tu, biar I tolong pakaikan, "aku bergerak ke arah Adila dengan lebih rapat.
Rantai leher bersadur emas itu berpindah tangan. Aku menelitinya dengan tajam. Sah! Aku sangat pasti ini rantai yang sama dengan rantai yang aku jampi untuk Adila sebelum ini. Macam mana boleh ada padanya?
"Sayang? "Adila sudah sedia menyelak rambutnya ke tepi.
Aku mendekatkan rantai itu dengan leher jinjangnya. Lalu rantai itu dipasang lancar. Rambut Adila diturunkan kembali. Terserlah bau syampu perisa lavender tercium dek hidungku. Aku tersenyum.
Ah, pedulikan! Bukankah Adila sudah berada di bawah pengaruh cintaku? Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Kemudian, aku dan Adila sama-sama menikmati makan malam yang sungguh enak. Dari awal sehingga habis makan, senyuman tak lekang daripada wajah kami berdua. Setelah habis juadah dilantak, Adila mengajak aku untuk ke rumahnya pada malam esok. Ada hadiah buatku yang tidak sengaja ditinggalkan di rumah katanya.
Aku hanya mengangguk menerima pelawaan Adila.
***
Sudah berkali-kali aku mengetuk pintu hadapan rumah Adila, namun kelibatnya tetap belum kelihatan. Aku sudah cuba menghubunginya melalui telefon sebanyak tiga kali namun panggilanku tidak disambut. Kini, genap 10 minit aku tercegat berdiri di hadapan rumahnya.
Dalam pada aku mencuba dengan menghubunginya sekali lagi, aku perasan ada kelibat yang bergerak di belakangku. Aku memalingkan wajah cuba mengetahui akan gerangan siapakah di belakangku.
Pamm!
Aku rebah. Kesedaranku direntap keluar setelah ubun kepalaku dipukul. Dalam gelap, aku melihat kelibat itu tersenyum.
***
Jadi, itu yang terjadi. Aku datang ke rumah Adila sebelum pengsan dipukul entah siapa-siapa.
Aku bermonolog sebelum aku sedar sesuatu. Adila mungkin sahaja dalam bahaya!
"Aargh! "
Aku kenal akan empunya jeritan itu. Itu suara Adila! Aku mempercepatkan langkahku ke arah sebuah bilik. Jejak darah terlihat memasuki bilik itu. Kini, aku mula terasa debar di dada. Jantungku berdegup kian melaju. Debaran semakin kuat terasa tatkala aku mengintai ke dalam.
Rahangku jatuh akibat terkejut.
Wait for another update okay? It will surely be epic!

YOU ARE READING
GELAP
Short StoryGELAP merupakan sebuah antologi cerpen inspirasi daripada buku BAYANG. BAYANG merupakan sebuah antologi cerpen terbitan KTR Press yang bernaung di bawah tiga genre utama. Psiko, Seram dan Misteri. Sebuah cerpen saya bertajuk KHIANAT telah dimuatkan...