CANTIK (2)

38 3 3
                                    

Aku menoleh ke kiri dan kannan. Pandangan bertukar daripada melihat jalan raya di sebelah kiri ke sebelah kanan. Melihatkan jalan raya yang agak sesak dengan kenderaan membuatkan aku berasa sedikit rimas. Aku mahu cepatlah! Bentak hatiku kasar.

Setelah lampu trafik bertukar hijau pantas handle motor kapcai milikku aku pulas. Motor kapcai ini menderu laju membelah jalan raya. Motor hasil belian gajiku berbulan-bulan semasa di zaman awal pekerjaan itu masih lagi berjasa pada diriku. Walaupun sudah agak buruk, aku tetap menghargainya dengan memandunya ke stesen minyak. Hanya untuk menghadiahi motor ini dengan minyak yang harganya sering meningkat mahal supaya perjalananku pada pagi ini berjalan dengan lancar. Aku tidak mahu terlewat ke tempat kerja. Sudah jelak aku ditegur boss. Menyampah!

Setelah selesai membuat bayaran, aku berjalan kembali ke arah motorsikalku. Sambil itu pandangan mata aku tertancap ke arah motor Kawasaki Ninja yang beratur di belakang motorku. Jika hendak dibandingkan memang aku tidak akan menang. Aku hanya mampu membeli motor murah. Sedangkan pernah juga aku termimpi-mimpikan menunggang Kawasaki Ninja dengan gagahnya di jalanan. Mimpi tidak semestinya boleh menjadi kenyataan. Itulah kehidupan.

"Takpe bro. Aku tetap sayang kau sampai bila-bila." aku menepuk-nepuk kusyen motor sebelum bunyi dehemen yang menyapa cuping telinga menghentikan gerakku.

"Kot ye pun nak bermesra dengan motor buruk kau tu tak perlulah dating kat sini! Aku nak isi minyak juga! Cepat sikit boleh tak?" bentak pemilik motor Kawasaki Ninja kepadaku dengan kasarnya.

Aku memerhati susuk tubuh lelaki di hadapanku ini. Turut juga aku meneliti ke arah seorang lelaki jambu yang berada di atas motor miliknya. Aku tersengih kecil. Sangkaku pemilik motor Kawasaki Ninja itu memang hanya tidak berbudi bahasa tatapi rupa-rupanya awek berhalkum pun dia layan. Dasar gay! Aku kemudiannya hanya menggeleng perlahan sebelum menarik keluar nozzle lalu dicucuk ke tempat isi minyak. Minyak diisi perlahan dan cermat sehinggalah ke titisan minyak yang terakhir. Kemudian nozzle itu dipulangkan ke tempat asal. Tempat isi minyak dikatup semula dengan penutup. Enjin motor dihidupkan. Tali topi keledar diperkemaskan. Lalu aku terus memecut laju meninggalkan stesen minyak setelah punggungku selesa di atas kusyen. Jauh meninggalkan pasangan jijik itu di belakang.

"Macam tiada perempuan cantik je dalam dunia ni!"

Aku meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Ke arah bangunan Wisma Mas Tanah di Kuala Lumpur dari Gombak iaitu lokasi rumah sewaku. Handle semakin dipulas ke bawah. Aku mahu cepat sampai ke tempat kerja. Urusanku memberi makan kepada peneman ke tempat kerja telah selesai. Kini hanya perlu bergegas ke tempat kerja. Sungguh, aku memang telah lewat. Sudahlah semalam aku ambil cuti sakit. Hanya kerana ingin membelikan hadiah buat Nabilah Husna. Sambil-sambil itu, bolehlah aku keluar berjalan-jalan. Siapa Nabilah? Dialah wanita pujaan hatiku.

"Ah! Aku dah tak sabar. Aku kena cepat ni. Mesti Nabilah tengah tunggu aku."

Semakin dekat aku ke destinasi tujuanku. Sudah tidak sabar untuk aku rampas hatinya. Sudah tidak sabar juga untuk aku memeluk batang tubuh mungilnya yang gebu itu. Bermain mata dengan kelopak matanya yang redup. Ahh, syurga duniaku.

"Bila kau hadir di dalam diriku... Indahnya bagai irama dan lagu..." aku mula menyanyikan bait-bait lagu Sedalam-dalam Rindu nyanyian asal oleh Tajul. Penuh bahagia hadir menyerbu dada. Penuh rasa yang diungkap dalam bait lagu. Penuh emosi melayan kegembiraan hati.

Manakan tidak apabila hati Nabilah kini tergenggam erat dalam genggamanku. Tiada siapa lagi dapat menghampirinya selagi aku hidup. Kerana sihir Jalur Cinta yang bakal aku gunakan ke atas Nabilah akan membantu. Kami berdua akan bertaut erat dan rapat dalam hubungan kasih.

Tidak akan aku membenarkan mana-mana lelaki mendekati dirinya. Sungguh panas hatiku melihat keakraban Nabilah dengan pekerja lelaki yang lain. Sungguh, perit dan pilunya hati ini melihat orang yang kau cintai seolah-olah mempergunakan diri kau untuk kepentingan sendiri. Sedangkan selama ini aku yang melakukan sebarang kerja pejabat buatnya. Aku juga yang banyak menolongnya dalam beberapa hal rahsia. Membantunya menjadi seperti mana dia sekarang. Tetapi mengapa harus lelaki lain yang ditumpahkan perhatian yang selayaknya aku terima?

GELAP Where stories live. Discover now